09 September 2019

Resepi Aiskrim Choki-choki dan Oreo Yang Sedap!



Assalammualaikum dan hai semua..



       Dalam cuaca panas macam nie, apa kata kita buat Ice cream Choki-choki dan orea. Yang menarik semua bahan-bahan yang aku listkan ni mudah didapati di kedai Eco RM2.10. Bahan-bahan pun murah. Kalau korang singgah kedai Eco, boleh lah sambar bahan-bahan nie untuk dibuat Ice cream Malaysia. Kali nie aku nak share resepi ice cream perisa choki-choki dan Oreo.

Bajet aiskrim nie murah je dalam RM12.60. Jom kita start tutorial resepi aiskrim choki-choki and oreo.


Bahan-bahannya :



1. Choki-choki
2. Biskut Cream O (ganti oreo sama je rasa dia)
3. Plastik aiskrim
4. Susu krimer manis
5. Susu cair (evaporated creamer)
6. Gula 1kg

Enam barang darab x Rm2.10 = RM12.60


 Cara Penyediaan :


Mula-mula sekali,kita kena buat  air susu lemak manis untuk dimasukkan dalam plastik aiskrim. Guna jag besar macam dalam gambar atas nie :


1. Masukkan air panas ke dalam jug air sehingga 1/4 isipadu jag air.
2. Kemudian, masukkan separuh susu tin manis dan separuh jugak susu cair ke dalam jag air.

3. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula mengikut kemanisan yang korang nak.

4. Masukkan juga secubit garam supaya air susu ni rasa lemak manis gitu.

5. Last sekali, masukkan air suam sehingga penuh jag tu dan cuba rasa dan adjustlah setakat mana kemanisan yang korang mahukan dengan tambah gula sedikit.


*Sukatan ni untuk satu penuh jag air dan boleh hasilkan 20 hingga 25 batang aiskrim.

*Selalu aku buat dua jag air penuh. Satu jag air untuk choki-choki dan satu lagi untuk oreo.


Air susu yang lemak manis dah siap!


Untuk ais-krim choki-choki : 

1. Potong choki-choki kepada dua. Dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.

2. Spreadkan choki-choki dalam plastik macam nie.

3. Kemudian, bentukkan garisan menyerong macam ni menggunakan pembaris.

Aiskrim choki-choki nie aku suka buat pattern garisan menyerong tajam macam nie. Satu sebab design dia cantik dan menarik untuk budak-budak makan. Another sebab lagi, kita dapat rasa cokelat choki-choki tu berbanding design lama yang spread random tu tak rasa sangat choki-choki.


4. Last sekali, masukkan air susu yang kita sediakan tadi kedalam plastik.


 Untuk Aiskrim Oreo : 


1. Pecahkan biskut oreo kecik-kecik menggunakan batu lesung.

2. Masukkan dua sudu oreo ke dalam plastik aiskrim.

3. Masukkan dengan hati-hati takut tumpah pulak.

4. Macam ni lah rupanya aiskrim oreo dan choki-choki yang sudah siap dimasukkan bahan.

5. Lastly, masukkan air susu ke dalam plastik aiskrim dan ikat simpul dengan kemas.

Better buat aiskrim ni pada waktu malam dalam pukul 9.00pm. Sebab buat benda nie memakan masa jugak lah dalam 1jam hingga 2 jam macam tu. Kemudian, sejuk beku kan selama overnight dan esok pagi dah boleh buka peti dan makan.





 Tadaaaa. Aiskrim Malaysia siap untuk dimakan. Manis lemak-lemak gitu. Yummy!



Thanks for reading!



5 comments:

  1. rajinnya awak, cantik ais krim choki choki tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Oh aiskrim choki choki tu ada nampak orang buat thread dekat twitter.
    Nampak intriguing betul nak cuba. Thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  3. Nyam2 tgk ais krim budak2 zmn dulu2 ..bila la ada kerajinan nak buat nya hahaha..tq tau sharing

    ReplyDelete
  4. berapa harga aiskrim oreo and choki2 selalunya dijual er?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermula dari 50 sen sehingga RM1 satu. depends on you..

      Delete

Thank you for leaving a comment.