06 January 2021

Azam Tahun Baru 2021

Hai, semua.


Selamat tahun baru, everyone! Sebenarnya rasa malas betul nak update blog. Tapi, tadi bila godek godek blog dan terbaca post lama pasal azam baru yang aku tulis tahun lepas, tetiba rasa semangat pulak nak tulis azam untuk tahun 2021. haha..Bila baca post tu rasa kelakar sebab ada azam yang terlaksana, ada yang tak dan ada yang separuh-separuh terlaksana. Tapi, rasa seronok pun ada bila boleh baca balik dan ingat kembali usaha yang aku buat untuk azam tu terjadi. Jadi, tahun ni aku nak senaraikan jugak azam untuk tahun 2021 supaya tahun depan aku boleh baca balik dan boleh bagitahu kat diri sendiri. "Good job, Ain! You have do the best!". Kira post ni macam tulis surat untuk diri sendiri di masa depan lah. Tapi aku rasa apa yang aku tulis kat bawah ni berbanding azam lebih kepada wishlist maybe. Apapun, jom kita mula!


1) TOPIK 

Sekarang aku tengah buat persediaan belajar bahasa korea di Universiti Pai Chai, Daejeon untuk sambung master tahun ni. Jadi, untuk layakkan diri dapat sambung master, aku kena lulus sekurang-kurangnya level 3 untuk Test of Proficiency in Korean (TOPIK). Tapi tak mainlah level 3, aku nak target level 6 kot. Topik ujian ni keputusan dia boleh dapat dari level 1 hingga level 6. Jadi, aku target level 6. Goodluck to me!



2) IELTS

Yang ni pun sama aku nak target tinggi jugak. Target tinggi usaha pun kena tinggi lah kan. The International English Language Testing System (IELTS) ni ujian untuk uji kefasihan bahasa inggeris kita sama macam MUET. Tapi, untuk Universiti luar negara, Ielts lah diorang tengok. Setakat ni aku bercadang nak apply course online untuk buat persediaan Ielts ni. This one I aim for band score 8.0. Good luck!


3) Do extreme activities

Since aku sekarang tinggal di korea, aku dah plan macam-macam aktiviti tapi agak terbatas disebabkan covid. Contohnya musim sejuk ni bercadang nak pergi main ski dengan classmate tapi pihak kerajaan korea dah lockdown dan tutup semua pusat peranginan ski di Seoul dan seluruh korea. Tapi, takpa sebab musim bunga yang aku paling tunggu sebab pada musim ni boleh buat macam-macam aktiviti.


4) Update blog minimun 8 post per month.

Hahaha..yang ni nak gelak dulu sebelum tulis. Sebab azam yang tahun lepas tak buat pun. Yang tahun lepas punya lagi banyak 30 post per month. Jadi, kalini nak kecilkan sikit skop. Takpe, kali nie banyak idea sikit nak tulis sebab aku ada di korea mungkin boleh tulis pasal culture, food dan tempat menarik di Korea kan.


5) Beli rantai emas guna duit sendiri.

Azam special tahun ni! Nak beli rantai emas guna duit sendiri. Tapi sebelum tu kena disiplinkan diri untuk simpan duit. Insyaallah, simpan sikit-sikit lama lama jadi bukit.


Siap! My azam a.k.a wishlist untuk tahun 2021! Simple yet important! May this new year we all get to improve ourself and be a better person each day! Goodluck to me and you all! 




6 comments:

  1. selamat tahun baru. semoga tercapai semua impian

    ReplyDelete
  2. How did you actually get in Korean university? and did you apply any scholarship for pursuing your Master?

    ReplyDelete
  3. Semoga azam awak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya...

    ReplyDelete
  4. Happy new year. Semoga tercapai azam tahun baru ni :)

    ReplyDelete
  5. chayokkk awak, mogaaaa azam terlaksana yeee ^^

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.