24 August 2019

Tips mendapatkan muka bebas jerawat tanpa produk skincare.



Assalammualaikum semua.







Adakah korang dikategorikan muka yang berminyak, acne-prone dan jerawat selalu tumbuh? Selepas jerawat tumbuh dan sembuh, ia akan meninggalkan kesan parut jerawat. Dah banyak produk skincare dibeli dari Watsons dan Guardian, tapi tak juga pulih. Pastu, korang cuba pulak produk Korea especially yang contain AHA, BHA, niacinamide, alpha-arbutin dan hyaluronic acid. Setiap kali, korang cuba produk baru, setiap kali tu jugak jerawat makin naik dah selalu breakout. Jadi, saya nasihatkan berhentilah cuba produk skincare tak kira local ataupun dari Western dan Korea. Itu sebenarnya korang ada alergic terhadap suatu bahan dalam skincare tersebut.


Pada pendapat saya, kita cuba menyelesaikan masalah muka breakout secara neutral dan sihat. Okay dibawah saya berikan tips-tips untuk mendapatkan muka yang bebas jerawat dan clean.





1) Pertama, sediakan satu kalendar dan target 3 bulan sebagai recover proses. Dalam masa nie, korang kena banned dan takboleh pakai skincare langsung. Kenapa 3 bulan? Mengikut kajian,, kulit akan menjana semula kira-kira setiap 27 hari. Jadi, kita estimated 3 kali X kulit mengalami skin regeneration process untuk mendapatkan kesan yang ideal.


2) Elakkan makanan dairy, kekacang dan makanan laut.


3) Elakkan minuman manis dan prefer more to drink air kosong.


4) Ini adalah pengecualian, seperti saya bagitahu di atas jangan pakai skincare. Tapi suitable cleanser adalah penting. Jadi, cari cleanser yang gentle cleanser seperti Eucerin, Cetaphil atau CosrX Good morning gentle cleanser.


5) Yang nie paling penting, dalam sehari pastikan makan tiga jenis sayuran. Dan antara sayuran yang bagus untuk kulit dan mudah didapati di pasar dan supermarket adalah seperti berikut:



a) Tomato
- Buah tomato terkenal dengan kepekatan lycopene yang tinggi berbanding buah yang lain. Lycopene adalah yang bertanggungjawab memberi warna merah kepada tomato. Dan ia adalah agent pengoksida yang melawan  radikal bebas berbahaya di kulit. Kulit akan menjadi cantik dan mulus apabila radikal bebas ini tiada. Sebaiknya makan tomato sebiji sehari.



b) Brokolli
- Brokolli mengandungi karbohidrat, vitamin, dan mineral yang sangat berguna untuk kesihatan kulit.



c) Carrot
- Carrot mempunyai vitamin A dan antioksidan yang tinggi untuk membaiki kulit dan menyuburkan kulit.



d) Sayur bayam
- dapat mencegah jerawat, memperbaiki sel kulit mati dan mempunyai zat besi. Makan bayam dapat menambah zat besi dalam tubuh badan. kerana kekurangan zat besi antara punca tumbuhnya jerawat.



e ) Tofu
-Amalan makan tofu sangat terkenal dalam diet China. Sebab itu muka orang chinese semua cantik-cantik. Ia kerana tofu kaya dengan protein yang dapat memperbaharui sel kulit mati. Korang boleh makan sekurang-kurangnya dau blok tofu setiap hari




Korang fokuskan kepada sayur ni dahulu kerana sayur-sayuran tersebut mempunyai banyak khasiat berbanding sayuran yang lain terutama terhadap kesihatan kulit. Kalau nak tambah sayur lain pun boleh dalam makanan seharian. Cuma pastikan tiga jenis sayuran setiap hari okay.






Selamat mencuba.








1 comment:

  1. tips yang bagus...follow sini yaa

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.