07 April 2015

12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat







Assalammualaikum dan hai semuaaa



Hari tu saya ada google menggoogle dan terjumpa satu blog pasal 12 golongan yang mendapat doa para malaikat dan saya tertarik untuk repost dalam blog nie. Kenapa nak repost balik? Selain untuk berkongsi dengan korang, ia akan jadi sebagai suatu galakan untuk saya sendiri amalkan. Saya suka benda-benda macam ni..Sebelum tu nak credit kepada Blog Nie..



12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37) 


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (Tidak meninggalkan ruang kosong dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.

9. Orang yang berinfaq di jalan Allah.

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" 



11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain.




1 comment:

  1. semoga kita tergolong daripada salah satu ataupun semuanya dalam golongan ni :)

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.