06 December 2019

Pengalaman beli dan refund di shopee tetapi dipertikai oleh seller!


 Hai, semua.



Post sebelum ni, aku ada cerita yang barang pos aku hilang. Walaupun dah pergi kaunter serahan poslaju pun, abang posmen cakap masih tak jumpa barang aku tu. Boleh baca post tu disini. Sebenarnya, barang pos tu ialah produk Maybelline Superstay Foundation yang aku beli dari shopee. Disebabkan barang tak sampai ataupun dah hilang, jadi aku bercadang untuk minta refund duit aku di Shopee.




Barang yang dibeli.

Sebelum aku klik button refund di Shopee apps, ada satu ruangan kosong perlu diisi alasan kenapa nak refund. Aku tulis lah alasan aku barang tak sampai. Kemudian Shopee akan tanya seller barang sama ada dia post barang tu takut ada penipuan disitu. Keesokkan, aku dapat mesej lagi yang seller pertikaikan aku punya refund atau dikenali dispute the refund. Seller tu ada tunjuk bukti nombor tracking bahawasanya dia dah pos barang aku. Risau aku kejap bila dapat tahu seller dispute my request refund. Then, nasib baik Shopee maklumkan yang pihak diorang akan siasat perkara ni dengan lebih lanjut dengan logistik team dia. Cuma diorang mintak masa sikit untuk diorang siasat hal ni.

Emel dari Shopee.


Email saying that refund has been approved.


Akhirnya pada 6 Nov, dapat email dari shopee yang refund dah di approved. Duit refund akan dikreditkan dalam 5 hari waktu bekerja. Mesej tu berbunyi macam ni :

Our logistics partner has informed us that your order is lost. Our system has cancelled this order and you will get your refund in 5 to 10 working days. Apologies for any inconvenience caused. Refund amount of RM33.14 will be credited to your ShopeePay balance.

Dan alhamdulillah selepas dua hari, aku dapat balik duit refund yang mana shopee kreditkan duit tu ke dalam ShopeePay.
Notification in Shopee apps.

Bila check ShopeePay, duit refund dah ada.

Overall service perkhidmatan Shopee bagi aku sangat memuaskan dan cepat. Dalam seminggu jugak diorang settlekan pasal refund nie. Aku mula minta refund pada 1 Nov dan pada 8 Nov alhamdulillah dah dapat duit refund tu balik. Walaupun dapat pengalaman buruk sebab barang tak sampai tapi dapat refund secepat ni sekurang-kurangnya dapat menhilangkan sedih lara di hati..haha..Lepas ni, duit ni aku nak beli balik foundation. Nak try guna syarikat penghantaran yang lain pulak selain Poslaju Malaysia.

Harap post kali nie dapat membantu korang yang nak refund di Shopee. Macam aku, sebelum nak mintak refund, aku sebenarnya risau dan tertanya-tanya berapa lama proses refund? Macam mana proses refund ni? Shopee bayar refund melalui apa? Risau jugak kot kot takleh dapat balik duit refund. And after this experience, I can guarantee that Shopee really had a good sevices in handling this matter! Thank you Shopee!



Thanks for reading.

4 comments:

  1. dah refund ni boleh shopping balik barang tu. hari tu saya beli barang maybelline kat lazada murah giler time sale. try cari kat official store punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. kalau macam tu nak try tengok foundation maybelline di lazada lah pulak.

      Delete
  2. Jadi seller lah yang rugi sebab dia dah post barang tu. Courier buat hal tapi org lain pula kena tanggung. Try pakai jnt lah pula, kat kawasan sini jnt laju je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasanya kena penalti nanti courier kot. Sebab barang tu lost in the way of delivery.

      Delete

Thank you for leaving a comment.