05 November 2019

Pengalaman pergi ke Pasar Payang, Terengganu


Hai semua.



Alang-alang dah bercuti di Terengganu, kitorang satu family singgah di Pasar Payang. Kalau di Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, manakala di Terengganu pula Pasar Payang lah tempat yang wajib dilawati disini. Pasar payang terkenal dengan pelbagai barangan keperluan dari barang basah, barang dapur , sayur-sayuran sehingga kan pakaian semua ada kat sini. Umi pula teringin nak beli batik Terengganu untuk pakai ketika majlis konvo aku nanti.




Pasar Payang atau dikenali juga sebagai Pasar Payang 2 ini beroperasi bermula pukul 8.00am sehingga 6.00pm. Dan lokasinya terletak di tepi sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar. Bangunan pasar yang besar dan berkonsepkan bumbung terbuka dikunjungi ramai orang tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negeri. Pada waktu puncak sekitar 11pagi hingga 1 petang, orang ramai akan bersesak dan akan berselisih bahu kerana laluan pasar yang agak sedan luas.


Laluan utama dari pintu utama Pasar Payang.

Laluan kecil diantara kedai-kedai lot.

Apa yang menarik pasal Pasar Payang ni, kawasannya sangat bersih dan cantik. Pasar ini baru je dibuka pada pertengahan Julai 2019 tahun ini selepas Pasar Besar Kedai Payang ditutup untuk dibaik pulih. Kawasan ini mempunyai kedai lot berbentuk segi empat dan menjual pelbagai barang.



Baju kelawar.

Kedai runcit. Macam-macam makcik ni jual. Abah beli serbuk nasi arab kat sini. Katanya nak try.

Beras thailand pun ada jual kat sini. Orang Kelantan dan Terengganu memang suka makan beras Thai sebab bermutu tinggi.


Badut pun ada kat sini..hehe

Gerai kuih Pok Him.

Kalau melawat pasar traditional macam ni, aku suka beli makanan tempatan dan kuih traditional. Sedap dan macam-macam kuih boleh beli dan dibawa balik. Aku beli akok dan tepung pelita kat sini.




Serunding daging pun ada jugak.

Kuih peneram is my favourite!

Kuih traditional.

Kedai makan


Selain itu, terdapat juga gerai makanan di dalam Pasar Payang ni tau. Gerai makanan ni teletak di kawasan belakang. Dari pintu utama, cuma perlu jalan lurus je baru jumpa gerai makanan ni. Korang boleh menjamu selera disini. Macam-macam pilihan makanan yang boleh diorder disini termasuk makanan panas dan sup daging. Bersebelahan gerai makanan, adalah jualan makanan ringan yang telah siap dipacking seperti keropok, dodol, budu dan macam-macam lagi. Korang boleh beli secara borong kat sini dengan harga yang murah. 

Bertimbun-timbun jenis keropok kat sini.

Botol budu pun banyak dijual secara dozen.


Best lah jalan-jalan di Terengganu cuci mata tengok suasana pasar orang sini. Betul lah orang tua-tua kata jauh perjalanan luas permandangan. Aku suka melawat tempat macam ni dan beli barang-barang tempatan dengan harga murah. Almaklumlah sekarangkan ada kempen beli buatan Malaysia. Jadi, tak salah sokong barang buatan Malaysia kan.



Thanks for reading.



8 comments:

  1. Bestnyaaaa dah lama tak pergi ganu. Dulu sekolah sana, lepas SPM terus tak jejak ganu ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah lepas ni melawat terengganu lagi..:D

      Delete
  2. Yumm. tengok makan dia macam sedap-sedap belaka. ^^ Terengganu antara 3 negeri yang sy blom jejak. hoho

    ReplyDelete
  3. feii ada pergi terengganu 2 minggu lepas dan ada jugak pergi pasar payang. sangat beza pasar payang 2010 dengan sekarang sebab dah tukar bangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. bagus kerajaan negeri terengganu nie. dia tgh upgrade dan baikpulih pasar-pasar lama jadi cantik dan bersih.

      Delete
  4. Suami akak org Kg.Losong, Kuala Terengganu. Biasa balik kg, mmg tempat wajib lah ni singgah sebelum balik KL smula...beli bekalan. Hahaha...
    Love, SNM

    ReplyDelete
  5. Wah Makin cantik pasar payang yg baru ni

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.