16 October 2019

Review Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser



Hai semua.


Jenama Cosrx dalam dunia skincare sudah menjadi tidak asing kepada pemakai skincare. Cosrx adalah brands Korea yang makin meningkat popular di Malaysia. Produk Cosrx mudah didapati di store ataupun online seperti Althea, Hermo, Wynora dan Shopee. Salah satu produk hot selling dari jenama Cosrx ini ialah Low pH Good Morning Gel Cleanser.




Aku dah pakai cleanser ni hampir satu tahun jugaklah dan I really love it. Sebelum ni muka aku jenis acne-prone skin dan oily skin. Selepas 6 bulan aku guna cleanser nie, jerawat aku makin berkurang. Dan sekarang walaupun muka aku masih lagi oily skin tapi bekas-bekas pih jerawat nampak makin pudar.

Aku beli cleanser ni di Shopee Wynora. Time tu ada sale 10.10. Serius murah sebab include postage fees. Penghantaran barang pun cepat dalam dua hari dah sampai. Yang ni dah kali keempat aku purchased di Shopee.


Harga : RM24.90


Jumlah volume cleanser ni ialah 150ml dan boleh tahan selama 3 hingga 4 bulan.


Instruction at the back of this cleanser.

Produk nie claim yang ia menyeimbangkan optimal pH level kulit muka. Diformasi dari bahan botanical yang asli, ia dapar meredakan, menyegarkan dan melembutkan kulit tanpa membuatkan kulit berasa kering. Level pH 5.5 dalam cleanser ni sangat sesuai untuk muka bagi menghalang pembiakan bakteria dan mempertahankan barrier kulit.


How to use: Gently massage a small amount of this gel cleanser on wet skin in the morning. Rinsed with tap water. Pat your face dry and continue with your next skincare steps.



Cleanser foams.

Bila kita campur dengan air, gel dia menghasilkan buih kecil yang banyak. Aku suka cleanser yang banyak buih sebab texture buih nie lah yang berfungsi untuk membersihkan make-up dan kotoran dengan berkesan. Masa aku study dulu, minyak ataupun oil-based dust akan terperangkap dalam buih dan membuatkan ia terapung di atas permukaan air. Apabila kita bilas sabun dengan air, maka kotoran yang bergabung dengan buih pun dibersihkan sekali. Untuk oily skin, aku nasihatkan cari cleanser yang gentle dan foam-based supaya tak mengiritasi kulit.

My current skincare sets.

My reviews

Dalam ingredients, dia ada mention bahan Betaine Salicylate dan Allantoin yang mana dua bahan ni ialah anti-inflammatory, anti-allergic dan acne-fighting. Walaupun, produk ni nama dia Good Morning cleanser, aku still guna pada waktu tengahari dan malam sebab produk ni sesuai je guna pada bila-bila masa. Cleanser nia ada sedikit bau green tea dan aku suka bau nie. Lepas aku bilas cleanser ni, muka rasa lembut dan fresh!

Ratings

Overall I will rating this product 9/10 sebab lembut dan membersihkan muka aku tanpa mengeringkan kulit muka  dan dapat mengelakkan jerawat muncul.

Will repurchased?

Ofkos, I will buy this cleanser again! Sekarang nie susah betul nak cari gentle cleanser yang murah. Ada banyak je gentle cleanser jenama lain yang di jual di drugs store tapi tak semurah cleanser dari jenama Cosrx nie tau. This my fav gentle cleanser from Cosrx! 


Thanks for reading!


3 comments:

  1. akak ada jugak pernah dgr pasal jenama ni tapi belum pernah cuba mana-mana range dia...nnt nak cikidaut la kalau sesuai utk combination skin :D

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lagi cleanser cosrx ni

    ReplyDelete
  3. macam best.. xpernah try lagi.. saya skrg still guna youth cleanser

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.