17 October 2019

Review Cosrx Blackhead Power Liquid


Hai semua.



Another best produk dari brand Cosrx ialah BHA Blackhead Power Liquid. Produk ini ada bahan Salicyclic acid ataupun dikenali BHA yang berfungsi sebagai natural exfoliater. BHA mempunyai kemampuan untuk menembusi ke bawah lapisan kulit dan membersihkan kotoran terutama di dalam pori-pori. Ia berbeza dengan AHA yang membersihkan kotoran di permukaan kulit sahaja. Selain itu, BHA juga dikenali sebagai anti-inflammatory dan antibacterial. Jadi, ia sangat sesuai untuk menghilangkan blackhead, whitehead dan jerawat especially untuk orang yang mempunyai oily dan acne-prone skin.


It claims that the BHA Blackhead power liquid helps to remove blackheads and to control excess sebum while moisturizing the skin.



Aku beli produk ni di Shopee myadore. Aku suka beli kat shopee sebab tak perlu bayar postage dan kalau pandai survey boleh dapat produk ni dengan harga yang lebih murah. Tapi make sure, kedai tu ada tanda preferred atau mall supaya tak kena tipu walaupun harga lebih murah dan affordable. Jumlah isipadunya ialah 100 ml dan boleh tahan sehingga 3 bulan. Aku pakai tiga kali seminggu je.

Harga : RM48.00


How to use

Botol dia didatangkan dengan ciri-ciri friendly use. Ia ada pump yang senang digunakan dan cuma perlu tekan pump sekali sahaja untuk mendapatkan amount yang mencukupi. Takde lah nanti membazir kalau terlebih tuang. Kemudian, sapu liquid tersebut secara rata ke atas kulit muka. Kalau guna di siang hari, jangan lupa pakai sunblock spf 30 dan ke atas tau.




My review

Aku selalunya sapu liquid ni di kawasan hidung untuk menghilangkan blackhead dan mengecilkan pori-pori. Selain itu, aku juga gunakan di spot jerawat yang baru nak tumbuh. For me elakkan pakai di kawasan muka yang lain seperti pipi, dagu dan dahi sebab produk ni agak drying. Aku pernah letakkan di pih di kawasan pipi, keesokkannya naik bumps kawasan tu dan mengeringkan wajah aku.  Maybe sebab over exfoliate dan menganggu kawasan lembab muka yang lain. Lagi-lagi kulit muka aku jenis sensitif dan tak boleh sapu cecair sembarangan. Overall, produk nie memang berkesan hilangkan blackhead kat hidung dan kecutkan jerawat. 


My rating

Aku suka produk nie terutama ia ada fungsi mengecutkan jerawat cuma kalau sapu secara berlebihan di kawasan muka ia akan mengeringkan muka aku. Disebabkan produk nie buat aku naik bumps dan sedikit breakout bila sapu di kawasan muka yang tak sepatutnya, I will just give 7.5 out of 10 for this product. 


Will repurchase next time?

Yes, I will repurchased again. Sebab ia dapat menghilangkan blackhead dan jerawat dengan berkesan terutama time waktu emergency ada event ke. Terus sapu liquid ni ke atas jerawat, esok jerawat tu akan mengering.


Thanks for reading.


14 comments:

  1. OMG i mmg pakai product ni lama dah and blackhead power liquid and mosturizer dia are my two fav products from the brand. I just x suka brand ni punya cleanser je.

    ReplyDelete
  2. kalau boleh kecutkan jerawat dengan cepat, memang best la. Jerawat, sangat menyakitkan!

    ReplyDelete
  3. pernah pakai produk, best tapi tak sesuai pula. sekarang pakai mostuirizer dia pula.

    ReplyDelete
  4. Wah menariknya, boleh cuba juga nanti nih.

    ReplyDelete
  5. Oh my, I need this. I need a subtle exfoliator product sebab exfoliator yang berupa scrub tu tak berapa minat plus I love all the products from Cosrx sebab sesuai dengan kulit saya. Cuma saya selalu beli dekat Hermo je.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah suka sangat kalau blackhead dapat dihilangkan. sebab sakit hati tau kalau dok tengok blackhead bertenggek kat hidung. haha

    ReplyDelete
  7. Macam best jea produk nie.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html

    ReplyDelete
  8. Best ni.. Mama ni dh le byk blackheads

    ReplyDelete
  9. produk inilah yg sy cari utk hilangkan blackhead tp x tau apa namanya.. thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  10. sama la kita..sisyat pun guna brand cosrx juga..tp bukan yang blackhead ni laa..hehe

    ReplyDelete
  11. Hai, saya mintak izin untuk copy maklumat ttg cosrx power liquid di ig shop saya boleh ke ? Hanya ambil maklumat yg di atas sekali sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, boleh je. no problem. I tak kisah pun berkongsi ilmu. Insyaallah, ilmu yang baik apabila dikongsi akan diberi ganjaran pahala yang setimpal.

      Delete
  12. Salam nak tanya produk ni kene pakai dalm jangka masa yang panjang macam kene sentiasa ada dalam rutin atau kita kene stop? It'll be honored if you answered it fast . Thankyou

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.