21 September 2019

Tips cara dapatkan scholarship PIDN JPA di Universiti


Assalammualaikum dan hai semua.


Sepanjang melanjutkan pengajian ijazah  muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), aku telah menerima elaun tajan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah. Jadi, aku nak berkongsi dengan adik-adik cara untuk memohon JPA nie.




1. Apa itu PIDN JPA?


Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) ialah suatu mekanisme tajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.



2. Kelayakan


Syarat Khusus Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:



A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian: 

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30; atau

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan. dan

(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;


B. Bidang Perubatan dan Pergigian: 

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama; dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.



Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2019 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:


(i) Bidang pendidikan;

(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;

(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan

(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.



3. Mekanisme Perjanjian Pinjaman


a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau 

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau 

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.



4. Waktu permohonan PIDN buka

Selalunya waktu permohonan akan dibuka diantara bulan April sehingga Mei selama 7 hari pada setiap tahun. Jadi, sila allert kepada students yang baru memulakan pengajian tahun satu.


5. Laman Web Myself JPA

Students yang menerima tajaan akan mempunyai akaun JPA sendiri untuk melakukan pengemaskinian maklumat diri dan penerimaan wang elaun di Portal Myself JPA.


6. Berapa bayaran elaun JPA yang diterima?

Bayaran elaun JPA yang diberikan adalah berbeza berdasarkan jenis course yang adik-adik ambil di peringkat ijazah muda. Korang boleh rujuk gambar di bawah:



Sebagai contoh akak ambil kos Sains di Universiti Malaysia Sarawak, jadi setiap sem akak dapat elaun sebanyak RM5175 seperti berikut :



Alhamdulillah bolehlah buat belanja menampung kehidupan seharian di universiti yang  jauh di perantau. Thanks for reading!





4 comments:

  1. Hopefully kerajaan kita kekalkan offer scholarship dekat students yang layak :)

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik ni. Harap-harap kerajaan dapat kekalkan scholarship students tni

    ReplyDelete
  3. Info yg bagus utk panduan adik2 kita

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.