23 September 2019

Resepi Cekodok Pisang yang ringkas dan sedap!


Assalammualaikum semua,




Petang ni saya ada buat cekodok pisang atau orang kelantan panggil jemput pisang sebagai snack riadah petang untuk keluarga. Menu ringkas macam ni saya rasa semua boleh buat. Saya pula terlebih rajin ambil gambar sebab nak kongsi menu ringkas ni. Langkah-langkah semua ada di bawah gambar. Jom kita mula!


Bahan-bahannya :


1. Pisang
2. Gula
3. Garam
4. Tepung gandum


Cara-cara membuatnya :


1. Mula-mula buang kulit pisang dan masukkan dalam loyang bekas. 

2. Kemudian lenyekkan pisang sehingga hancur. Kalau ambil pisang yang dah lama lebam, lagi mudah untuk lenyekkan.


3. Seterusnya masukkan 5 sudu gula. Atau mengikut kemanisan korang suka. Tambah secubit garam sebagai penambah rasa.


4. Tambahkan satu cawan tepung gandum.

5. Ini rupa dia selepas tambah tepung. Teruskan gaul sehingga doh sebati.

6. Macam nilah bentuk doh kita yang dah siap. Saya tak suka letak serbuk penaik sebab lebih suka guna natural ingredients macam ni je.

7. Kemudian panaskan api dan masukkan doh cekodok kita tadi.

8. Goreng sehingga perang keemasan macam nie. Angkat cekodok tadi dan siap! Boleh hidangkan untuk family.


Ringkas dan mudah je resepi kali nie. Saya lebih suka goreng dalam saiz kecil senang nak makan. Budak-budak pun suka sebab sesuai dengan saiz mulut diorang. Thanks for reading!







2 comments:

Thank you for leaving a comment.