25 August 2019

Review Hotel Airtel Busan di Korea


Assalammualaikum, semua..



Saya nak kongsi pengalaman bermalam di satu hotel di Busan. Al-kisahnya, summer camp yang kitorang join nie bermula pada 30 Jun. Tapi kitorang sampai di Busan satu hari lebih awal dari tarikh pendaftaran sebab tiket pada 30 hb mahal sangat. Jadi kitorang beli satu hari lebih awal sebab murah.  Sampai di Busan, kitorang decide nak bermalam di Busan sebelum ke Kyungpook National University yang terletak di Daegu. Kitorang naik metro line dari Gimhae Airport ke dukgu-ro. Transfer satu station sebelum sampai ke destinasi. Dan aku book hotel nie melalui Agoda.com sebab lebih murah dan senang untuk pembayaran Online.


Sampai je di hotel tu, kitorang ke kaunter dan ada seorang pakcik yang sangat friendly. Tapi, dia cakap dalam bahasa korea dengan kitorang. Nasib baik kitorang faham sikit-sikit sebab belajar dari korea drama. Cuma bila nak balas tu, pakcik tu tak faham.  Last sekali, aku tunjuk apps Agoda yang aku book, baru dia buka apps laman web Agoda kat komputer dan jumpa confirmation booking online yang dah lengkap dengan pembayaran. Lepas tu, dia bagi kunci dan tunjukkan bilik kitorang. 


One queen bed and one single bed.

Sampai depan bilik tu, pakcik tu cakap lah yang dia upgradekan bilik. Yang asalnya bilik standard untuk dua orang, dia upgrade lebih luas dan tambah satu lagi katil single yang sesuai untuk tiga orang. Sebab bilik standard semua dah habis. Thank you ajusshii..



Airtel hotel.

Bangunan Hotel Airtel

Kaunter depan hotel.





Lif hotel Airtel

Dalam lif.

Cantik kaki lima hotel nie.

Pintu bilik kitorang.

Puas hati lah hotel 3 bintang nie. Semua kelengkapan cukup dan lengkap seperti TV, heater water, aircond, pengering rambut, air panas. Selesan dan berpatutan. Harga bilik nie dalam RM118 semalaman. Tapi TV tu kitorang tak pandai bukak, jadi tak tengok lah rancangan television Korea..


One queen bed.

One single bed.


Ada heater dan pengering rambut.



Televisyen pun ada tapi tak pandai bukak.

Aircond.

Pemandangan dari luar tingkap.

Hotel nie berdekatan dengan kawasan perindustrian tapi agak dekat dengan metro line Busan. Malam tu, kitorang pergi convenience store dan makan nasi tuna dan minum banana milk. Tandas pun okay siap ada bath tub lagi. Alhamdulillah, syukur dapat bermalam dengan selesa dan selamat di negara luar nie.


Tandas ada bath tub and hot water.

Overall okay lah tandas dia.


Tiket KTX dari Busan ke Dongdaegu.

Naik KTX.


Keesokkannya, kitorang bertolak ke Busan Station dan naik KTX train ke Dongdaegu Station. Alhamdulillah selamat sampai ke Kyungpook National University (KNU) dalam pukul 3 petang macam tu dan check in dormitory kat sana. Korean Buddy dah ready di KNU dan sambut kitorang.




Thanks for reading!



















No comments:

Post a Comment

Thank you for leaving a comment.