21 August 2016

MPH Putrajaya International Book Fair 2016, PICC







Assalammualaikum dan hai semuaa


Sejak belajar kat UiTM Dengkil Selangor yang mana berdekatan dengan Putrajaya, Cyberjaya, IOI Malls dan Bangi, iolls kenal macam-macam. Kalau tak pengaruh kawan maybe pengaruh media social..haha..haritu, KL YES Festival, aku hampir nak pergi. Yang daki Broga Hills pun aku hampir nak pergi tapi alhamdulillah aku sempat mengucap panjang dan muhasabah diri bahawa itu semua adalah cobaan semata-mata. Hiburan semata-mata melainkan iolls takda tutorial dan revision berlambak atas meja. Jadi, semua hiburan tu aku tak pergi. perghhh bajet kawal diri sangat..



Tapi, satu benda nie memang aku takleh nak tolak. Sumpah. Masa tu tengah Minggu Final Exam Asasi Sem 2. Paper Bio, Math dah lepas. Malam esok nak test paper Physics, aku dah baca Lecterur note and do revision subjek Physics malam tu. Jadi, aku stalk lah instagram kejap. Sekali  Dr. Fatin Liyana upload gambar invitation to MPH Bookfair kat Putrajaya. Esok pukul 4 petang akan ada sesi autograph with all the author's doctors. Test Physics 8 pg - 11pg esok. Beyeh. Set the date, babe!! Ini memang kerja gila, plan lepas habis test terus pergi esok..hahaha..Lusa tu pulak baru ada Test Chemistry..




So, here I am at the MPH Bookfair Carnival, PICC


Waiting for the doctors yeah!!



Untuk pengetahuan semua, MPH bookstore is one of the biggest book company involved in the printing, publishing and distribution of books in Malaysia and Singapore. MPH Bookstores mempunyai 32 outlet di Malaysia dan kebanyakannya beroperasi di shopping malls seperti NU Sentral, Subang Parade, The Curve, IOI Malls, Setia Alam Malls and others. This time MPH bookstore we held MPH Bookcarnivals at Putrajaya International Convention Center (PICC). It just take 10 minutes from UiTM Dengkil to be there.




Setiap tahun, MPH bookstore akan mengadakan Bookfair tapi berbeza kali nie kerana ia beserta dengan Pelancaran Buku Diagnosis Apokalips terbaru daripada para doktor.




Eya, Mira and I sampai kat PICC dalam pukul 2 petang. Sementara menunggu pukul 4 petang bagi Meet & Greet Session with the doctors, weolls jalan-jalan dan cari buku yang nak dibeli. Semua buku yang kitorang beli kat sini guna baucer buku tau. hakhak..rasa macam "Pilih! Pilih! Pilih je buku. Ambik-ambik semua free!!" Book Heavenss. Lagi-lagi Eya and Mira nie jenis hantu buku. Mira suka buku Malays Fiction and Arts book. Semua koleksi novel Fixi dia ada. Kalau takda buku fixi yang tengah famous, dia akan cari jugak. Selalu dia suka beli online kat Instagram. Kalau Si Eya pulak suka buku English Fiction such as Harry Porter, Maze Runner, and Me Before You. Jenuhlah layan dua ketul nie kat MPH bookfair..haha..Kejap-kejap Mira hilang, aku nga Eya tinggal. pastu lama-lama, Eya pulak hilang. Tinggal aku nga Mira at one place.



Yeyyhh dapat bergambar dengan Anna Muslim!!


But, what about me? What type of book I like? Aku lebih cenderung dan suka baca buka yang jenis fakta, manfaat dan paling penting dapat hiburkan diri aku such as 88 love life books dan When I was a kid. Senang cerita, buku yang easy to read and kena dengan jiwa aku yang humble nie..hahaha..



Buku yang sebati dengan jiwa. With Eya comel!!


My favourite book, buku anak-anak sangat.



Unexpectedly, dapat jumpa Kak Yuyu Zulaikha! One of my favourite blogger and inspiration.



Geng hantu buku. Weolls tengah tunggu giliran untuk autograph doktor-doktor nie.




OMG! I meet MO Frust blogger. 

Selepas datang sini, baru kenal he is MO Frust blogger. Ingatkan Encik Mimpi..kehkeh..





Doktor favourite Mira. Iolls lupa nama dia sapa. tapi yang penting Mira memang nak sangat jumpa doktor nie. Sebab doktor ni aktif kat Twitter dan Mira memang keyboard warrior kat Twitter.


And finally, at last we met them, Dr. Anwar Fazal adn Dr. Fatin Liyana!!


Selfie with them. Eya dengan Mira jealous tengok gambar nie..haha..sorry dear.



Terima kasih to Mira and Eya sebab temankan Ain datang MPH bookfair dan penuhi my dreams untuk berjumpa dengan doktor-doktor. They are all such a great people and had went through all hardness to be the best one. May them inspired you both just like I do. Wish you both the best and thanks very much for this great moment altogether!! Love you F6 girls..:D





Thats all from me, Ain Syahirah






11 August 2016

Classmate F6 Asasi Sains UiTM Dengkil



Assalammualaikum dan hai semua..


(me in red )



Ni meh sekarang nak cite pasal classmate akak kat UiTM Dengkil pulak. Berbanding di matrikulasi bilangan pelajar dalam kelas atau dipanggil praktikum selalunya sikit dalam belas-belas macam tu. Tapi tidak di Asasi UiTM Dengkil yang mana paling banyak dalam 32 orang dan ke bawah. Ya, memang penuh lah bilik Tutorial dan Dewan kuliah tu. Even akak datang awal ke bilik tutorial still duk belakang lagi. Hah. Ambik ko!


Nama class pulak ringkas macam A1 sampai A9, atau B1 sampai B10. Kalau kelas akak nama F6 atau nama glamour Fantastic 6, Fabulous 6. haha.. pandai diorang reka sendiri huruf F tu stand for what...Kadang-kadang Furios 6 pun ado.





Nak nak lagi class kitorang jenis bonding tu kuat sikit. Setiap masa setiap tempat semua nak bergambar. haha..Tolong jangan muntah, sebab akak nak spam awal-awal gambar classmate akak nie. Classmate akak nie semua jenis diam-diam ubi berisi. Sumpah! Tak tipu. Dalam kuliah, tutorial atau masa discussion semua mesti blurr, keliru atau nerd. Muka ngantuk dalam kuliah jangan cakap ah diorang nie. Tapi setiap kali Quiz, Test, or Final Exam ambik ko semua result gempak-gempak!





Lepas habis class malam, ajak mentor bergambar..



What I am appreciate the most diorang semua mesra, baikhati dan tak loket ilmu. Even lecterur note ada diorang tolong fotostatkan dan bahagikan.


Jangan main-main, mentor kitorang yang pegan monopod nie..haha
#GengKuatSelpi



Geng perempuan kuat bergosip nie tapi kuat belajar lagi berganda-ganda.


Bergambar selepas main Truth and Dare.


Makan sama-sama kat Cafe Palma



Malam-malam sambut birthday kawan.


Setiap kali habis lab mesti bergambar. Suka!

Gambar bersama lecterur bio. Bestt!!


 Untung dia nie dikelilingi akak-akak cantik. heh. :')



Result upu dah keluar and 8 of us got medic for degree. Bravo! I am really proud with you guys. Oh! Rupanya selama nie aku berkawan dengan geng doktor ye. Boleh lah lepas nie, nazirah tolong bidankan Aii. eheks. Engineer lagi berlambak from us F6.




Weii!! Kat mana hang dapat ic and no.matrik kitorang hah? #Kuangja!



Since semua dah habis asasi, result upu pun dah keluar. Semua akan bawa haluan masing-masing selepas nie. Cuma nak bagitahu, I really enjoy and happy with our moments together. Susah nak cari kawan susah senang bersama-sama macam korang nie. Apapun wish you all goodluck for your future guys!!


Trademark F6, suka buat bungaaa..Bunga F6! (me in purple)





01 August 2016

Sekretiat Mahasiswa Asasi, UiTM Dengkil



Assalammualaikum dan hai semuaa,


Kali nie akak nak perkenalkan satu persatuan yang famous kat Pusat Asasi UiTM Dengkil nie. Persatuan ini dinamakan Sekretiat Mahasiswa Asasi atau nama manja SMA. Kat sini bila sebut je SMA, semua paham lah yang ia merujuk kepada satu kumpulan siswa dan siswi yang membantu jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan lecterur-lecterur dalam menguruskan program yang dianjurkan kat universiti nie.

Selain itu, SMA juga menjadi orang tengah dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada pelajar-pelajar. SMA turut menjadi salah satu tempat yang dipercayai untuk bertanyakan soalan, membuat aduan dan permasalahan mengenai kolej kediaman, program dan akademik. Ya, tanyalah apa-apa pun pada SMA, diorang akan willingly dan sedia membantu.






Untuk pengetahuan, akak adalah salah seorang ahli SMA dalam Jawatankuasa Akademik bagi tahun 2015/2016. Program-program akademik atau permasalahan dalam akademik semua akak dan ahli jawatankuasa yg lain yang akan uruskan pasal nie. Yang penting, inform kat kitorang SMA ataupun buat aduan. Maka, tindakan susulan akan dibuat. Contohnya, program Talk bagi pelajar fail Test 1.


Kitorang SMA ada baju korporat dan baju T-shirt seragam yang mana setiap hari rabu, wajib untuk pakai baju seragam nie. Jika ada terlibat dalam beberapa program, kitorang dapat free baju yang sama warna untuk kendalikan program terbabit. Supaya pelajar-pelajar lain dapat membezakan antara SMA dengan orang lain bagi memudahkan mereka bertanyakan soalan.


Antara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh SMA ialah :



1. Eksplorance UKM


Dalam program nie, kitorang SMA wakil Pusat Asasi bertanding dengan universiti lain dalam Eksplorance yang diadakan di UKM. Kitorang menang banyak hamper dan menangi hadiah utama dalam eksplorance nie tau iaitu hadiah cash bernilai RM1000. Masa nie, ketua penasihat sangat bangga dengan kitorang..haha..Tahniah SMA!!




Minggu Destinasi Siswa UiTM Dengkil (Orientasi)






Karnival Sukan Pusat Asasi (KASPA)

Ada banyak acara sukan yang dipertandingkan antaranya ialah bola jaring, bola tampar, tennis, badminton, bola sepak, futsal, carom, catur dan pingpong. Dan akak hanya volunteering handle Ping Pong dan catur. Sukan yang lain-lain tu SMA yang lain handle. Kitorang bagi tugas. Makanya, dalam blog nie, akak dapat kongsi gambar Ping Pong dan Catur je..hehe




Amboii SMA kantoi selpiaq!!










Masa program, breakfast, lunch and dinner, our food is provided. Makan di Cafe Palma. Bestt jimat duit poket aii hari tu..haha

Kalau ada program, kitorang boleh guna basikal. Seronok dapat pusing-pusing satu UiTM Dengkil. Boleh mintak kat bangunan hep yeee..



Annual Gala Dinner Asasi 2015/2016


Barisan SMA yang menjayakan Annual Dinner Asasi bergambar bersama Pengarah Pusat Asasi dan Para Penasihat SMA di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor



Makanan pun sedap!! Yummy!!



  


Seingat akak, masa nak handle Annual Dinner, tiap-tiap malam ada meeting sebab nak urus pasal tiket dan kehadiran pelajar...

(Disebalik tabir)
       Tengah adakan ujibakat persembahan untuk Annual Dinner malam tu



Farewell Dinner SMA 2015/2016

Inilah Ketua Pengarah Asasi dan Ketua Penasihat SMA


Ini Barisan Penasihat dan Pensyarah UiTM Dengkil.



Amboii makan kambing golek yeee..





Interesting right? Jadi, adik-adik berminat nak jadi SMA? Apa kriteria dia?

Pertama kenalah mempunyai kredibiliti bersifat tolenrasi, kompetitif, pandai bahagikan masa, bijak berkomunikasi, berani, sukakan cabaran dan yang paling penting pandai sesuaikan diri dengan mudah serta bekerjama dalam kumpulan. Sebab kita bergerak dalam kumpulan dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain iaitu saling bantu-membantu.


Untuk menjadi ahli SMA, adik-adik tidak perlu buat terlibat dalam pilihanraya, ada cabutan undian bagai seperti matrikulasi atau di universiti awam lain. Sebab, SMA dipilih bukan semata-mata undian ramai(famous), promote usul atau menifesto yang tindakan tu entah jadi buat ke tidak.




Cara untuk menyertai Sekretiate Mahasiswa Asasi :



  1. Beri perhatian pada pengumuman pengambilan SMA pada tahun semasa.
  2. Dapatkan borang dan isi dengan lengkap. Tuliskan jawatan-jawatan besar yang adik masuk ketika sekolah menengah dahulu dan hantar. Tips, penilaian borang berdasarkan jawatan dan penyertaan aktif ketika di sekolah dulu. 
  3. Semak nama adik apabila keluarnya senarai nama layak ditemuduga. Selalunya, keluar di Facebook group rasmi atau sebaran di whatsapp.
  4. Pergi temuduga dengan pakain casual dan kemas.


Tips Temuduga Sekretiat Mahasiswa Asasi :



  1. Panel temuduga adalah terdiri daripada barisan pensyarah UiTM Dengkil. Jadi, relaks and cool because they are all kind. Ingat! Mereka semua ni menemuduga adik-adik dengan satu je objektif utama iaitu untuk melihat betapa komited dan keazaman adik-adik menjadi SMA. Diorang mencari ahli-ahli SMA generasi baru yang sanggup melakukan kerja, memudahkan urusan sama seperti bekas-bekas senior SMA dahulu. They wanna find someone to do work like old SMA. Senang kata, diorang sebenarnya nak seorang yang dapat menggalas tugas dengan BERTANGGUNGJAWAB 


2` Contoh soalan pertama yang famous ialah " Kenapa awak berminat untuk menyertai SMA?". Tips jawapan ialah, bagitahu jawapan yang menunjukkan kesungguhan dan komited.


Contoh : Saya berminat untuk menyertai SMA kerana sejak di sekolah lagi saya suka menyertai dan menguruskan program-program. Dan saya jenis suka terlibat dalam banyak program. kenal banyak kawan dan suka bergaul dengan orang lain. Kalau diberi peluang, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mempastikan tugas yang saya galas tu berjalan dengan lancar.


3. Soalan : Bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan atau menyebarkan maklumat tentang program yang akan berlangsung kepada 3000 lebih pelajar asasi dalam masa sehari jika program tu berlansung esok?


Jawapan : Selain daripada announcement melalui polis bantuan, seluruh kolej kediaman akan dengar atau menampal poster di lif dan Anjung Dengkil, saya pasti cara terbaik yang dapat dilakukan dengan menyebar melalui whatsapp group ketua class. Bina group untuk semua wakil ketua kelas. Sebarkan dalam tu dan setiap ketua kelas akan menyebarkan kepada group kelas masing-masing.


4. Apa pendapat awak tetang pergaulan antara lelaki dan peremuan ketika handle Annual Gala Dinner? Kerana sebeum nie telah timbul satu isu kepada SMA berikutan cara menguruskan Annual Gala Dinner Asasi?


Jawapan : Pada pendapat saya, tak salah untuk bekerjasama lelaki dan perempuan dalam handle Annual Dinner atau beberapa program yang lain, asalkan masing-masing tahu batas-batas dia dan peranan masing-masing dalam memastikan program tu berjaya. Dalam lumrah kerja, lelaki dan perempuan memerlukan antara satu sama lain untuk menyiapkan kerja dengan jayanya.

Yang penting suara awak jelas dan yakin.

Itu contoh soalan yang tanya masa akak ditemuduga. Dan ofcourse banyak lagi jenis soalan yang lain. Yang kat atas tu hanya perkongsian akak sahaja..


Ingat memegang sesuatu jawatan bukan untuk menunjuk atau berasa hebat berbanding rakan yang lain tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang lebih besar. Banyak masa dan tenaga terpaksa dikorban semata-mata untuk memastikan sesuatu program berjalan lancar. Hanya orang yang ikhlas sahaja dapat merasa nikmat dan kebahagiaan ini. Stay sincere and humble! Enjoy your hardwork!!


 Jadi, akak doakan adik dapat lakukan yang terbaik dan akhir sekali Goodluck!! Semoga Berjaya!!


Ikhlas from me, Kak Ain Syahirah :D