22 May 2015

My Result UPU dan Matrikulasi




UiTM Puncak Alam 

Assalammualaikum dan hai, semuaaa




Okey seperti yang dijanjikan nak buat post pasal tawaran sambung belajar aku selepas SPM. Dalam post-post sebelum ni, aku dah bagitahu result SPM aku macam mana kan? Jadi, selepas tahu pasal result SPM, banyak jugaklah yang aku apply untuk further study nie.  Meh nak cite satu-satu untuk perkongsian kepada pelajar-pelajar junior. Harap membantu lah ye..:D



1. Mula-mula, aku apply Mara-Selangkah Ke Jepun dalam course Engineering. Yang ni apply guna slip keputusan percubaan SPM dalam bulan November macam tu. Tup.Tup. dipanggil temuduga. Boleh baca pasal pengalaman temuduga Mara ni di post sebelum ini. Okey, selepas keluar result SPM, check di laman web Mara tengok2 tak dapat.Its okay. Not my rezeki.  Kat sini, sebelum keluar result dah kena allert laman web Mara Pengajian Tinggi Engineering ye..



2. Kedua aku apply Mara-Ijazah Dalam Negara dan luar Negara. Masa ni Mara bukak dalam 7 hari je selepas keluar result SPM. YES! Ofcourse kena allert benda2 macam ni. Kat sini, aku apply Farmasi dan Biotech. Dia ada dua pilihan. First choice, Farmasi. Second, Biotech. Kenapa aku tak apply medic? Sorry, aku tak layak. Kena straight A baru layak..hahahaha..Bila keluar result temuduga, aku tak dapat. Selepas buat rayuan, dapat Farmasi! Cuma tak ada temuduga dan kena buat ujian psikometri secara Online and I had done it. Tapi, selepas tu sampai sekarang aku tak tahu result sebenar dapat ke tak..Rasanya tak keluar lagi result Mara ni. Yang dah keluar Mara-JPA(Engineering) je..

Okey, untuk pengetahuan semua je ni. Sponsor ada dua kategori iaitu :

1.Mara    = bukak untuk semua course sama ada medic. farmasi, pergigian, senibina, bahasa, biotech dan so on. Sambung belajar sama ada dalam negara atau luar negara .
2. Mara-JPA (kolaborasi) = bukak untuk course Engineering sahaja sama ada ke Jerman, Jepun, Korea, UK atau negara-negara lain.

Kedua-dua pemohonan ni menggunakan link yg sama esila2.jpa.my

Antara dua pilihan tu. Satu je boleh pilih apply. Kalau awak apply Mara, awak dah tak boleh apply Mara-JPA. Begitulah sebaliknya. sebab dia ada record maklumat awak. Contoh kalau awak apply Mara. Then nak apply Mara-JPA. Dia akan tulis kat situ bila awak Log In, "Maaf. No.KP ***** ,Anda telah membuat permohonan di MARA. Anda hanya dibenarkan buat satu sahaja pilihan untuk permohonan ini sama ada Mara atau Mara-JPA. Sila batalkan permohonan Mara anda sebelum ini, jika anda ingin memohon Mara-JPA . "

Jadi, dalam hal ni aku pilih Mara lah sebab banyak choice dalam course apa aku nak. Berbalik pada cite asal setakat ni hanya result Mara-JPA je keluar. Mara tak keluar lagi.



3. Ketiga, aku apply matrikulasi. Ada tiga pilihan nak pilih tempat matrikulasi. First choice, Matrikulasi Perak. Second, Matrikulasi Pahang. Third, Matrikulasi Melaka. Guess aku dapat mana? Matrikulasi Kelantan!! Matrikulasi yang takde dalam senarai pilihan aku. Aku tumbuk jugak kan matrikulas ni. Haish.Aku nak pi jauh, dia hantarr aku dekat. Time nie, abah bersorak gembira sebab dekat. Tak habis minyak petrol kereta abah...ekekekeke..siap confirm lagi nak hantar aku kat sini..aku nak pi jauuuuuhhhhhh!!!!!...hahahahhaha


4. Keempat, apply UPU. UPU ni ada 8 pilihan semua Universiti yang boleh pilih. So, pilihan first choice aku macam ni :



              1. Asasi Sains UiTM
              2. Asasi Sains hayat Unimas
              3. Asasi Perubatan USIM
              4. Asasi Bahasa Arab UIA
              5. Asasi Bahasa Inggeris UIA
              6. Asasi Sains UMS
              7. Asasi Sains Fizikal UM
              8. Asasi Sains Fizikal Unimas


Sebenarnya tengah confius sama ada nak letak Asasi Sains Hayat Unimas ke Asasi Sains UiTM first choice. Asasi perubatan USIM tu dah tolak awal-awal lagi letak tempat ketiga....hohohoho..USIM memang bagus pembelajarannya cuma kuota degree perubatan USIM adalah sedikit. Contoh. time asasi Perubatan dia ambil sebanyak 180 pelajar. Tapi, untuk degree perubatan dia hanya ambil 123 orang pelajar. Alasan tak cukup kemudahan dan tempat. So, mana lagi 57 pelajar nak pergi. mesti lah kena tendang ke Universiti lain. Pastu, ingat U lain nak terima kita ke? U lain jugak kena serap budak asasi dia sendiri bercampur lagi dengan persaingan budak matrik yang nak masuk U. So, aku tolak USIM.


Pilih Unimas tu sebab aku nak fly bajet belajar oversea macam tu..ececececehhh...Tapi, bila fikir semula naik kapal terbang tu sebenarnya kemahuan bukan keperluan. Harga tiket kapal terbang RM79. Kalau belajar di semenanjung, jimat RM79 tu. Boleh beli baju ke, kain tudung ke, buat shopping beli keperluan makanan masa weekend nanti kan. Shopping buat kenyang perut dengan kawan-kawan ke kat Setia Mall, Shah Alam. Cehhh! Siap plan...hakhakhakhak.


Dan pilih asasi Sains UiTM sebab banyak sangat bestttnyaaaa!! Bangunan UiTM Puncak Alam memang awesome!! Tinggi dan berwarna unggu. Alhamdulillah. Result UPU keluar dapat first choice Asasi Sains UiTM. Syukur sangat2. Untuk batch kitorang nie, first semestar akan belajar di UiTM Puncak Alam. Second semestar belajar di UiTM Dengkil yang baru je siap tahun 2015 ni. Pergggghhh kitorang rasmi bangunan baru..Terbaiklaaaaa..

Selain itu, benefits Asasi Sains UITM ni boleh apply mana2 degree perubatan axcept UIA dan USIM. sama macam matrik lah. Kalau masuk asasi UNIMAS. Awak dah tak boleh apply degree perubatan USM sebab dia tak terima. Awak akan sambung degree perubatan kat UNIMAS lah.


Asasi Sains UiTM dia belajar ketiga-tiga subjek core teras iaitu Bio, Kimia dan Fizik sama macam matrikulas modul 1. Kalau Asasi Sains Hayat mana2 U, hanya belajar Kimia dan Bio. Fizik takde. Sama jugak dengan Asasi Sains Fizikal U, hanya belajar Kimia, Fizik. Biology takde. Aku jenis nak rembat semua ilmu. Hahahahaha..lagipun, aku still tak puas hati kenapa Fizik SPM dapat B+. Kira nak balas dendam lah ni belajar semula Fizik walaupun sebenarnya aku lebih banyak cenderung ke arah Biology. Tak kira aku nak pastikan kat asasi nanti dapat A+ Fizik jugak!! Biar tak tidur malam ke. Tak makan ke. Kena jumpa Prof 24 jam ke...hahahahahahahha..#GILA


Kat UiTM Puncak Alam nanti atau singkatan dia PALAM, aku dah buat siap2 checklist nak buat apa kat sana. Antaranya ialah yang Utama nak panjat bangunan Palam sampai Rooftop pastu selfie kat situ..Eceh! Then, petang2 nak berbasikal melalui cerun-cerun bukit. Singgah di Tasik ikan, bagi makan ikan...wauwauwauwau....K.Tak sabar! hekhekhekhek :D

 Nak bergambar atas rooftop macam akak nie...hohoho  credit to her blog.



Bangunan Unggu diaa .Photo credit to Umairah


Tempat Makan. Banyak Cafe kat sini. Cool Blog. Minimart.


Boleh study sambil makan..


           2 orang dalam satu bilik.


Cantiknya bilik akak nie..:D





Other info dan pengalaman boleh baca blog akak ni :
http://omglikeseriously.blogspot.com/2013/04/asasi-sains-uitm-puncak-alam-20122013.html

Sekian, sahaja daripada aku..harap bermanfaatlah ye..Kbaii



Other Post You May Interested  : Classmate F6 UiTM Dengkil

                                                       Sekretiat Mahasiswa Asasi UiTM Dengkil


10 May 2015

Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina




Hadiah Dari Penaja:
1 Tudung Cotton Wina x 3 pemenang

Hadiah Tambahan :
1 gelang tangan candy crush x 5 pemenang
1 Korean Face Mask x 20 pemenang










07 May 2015

Result SPM2014



*Post ini ditulis pada 5 Mac 2015*


Assalammualaikum dan hai, semua...


Result SPM dah keluarkan? Masih hangat hangat lagi tau. Same here to me. Jadi, macam mana result SPM aku? Jeng.Jeng.Jeng. Baca bawah ni sampai habis baru boleh tahu....


Tarikh malam sebelum keluar result SPM, 2 Mac. All of my friends and I, budak-budak kelas 5 Mekah gathering together makan barbeque macam ala-ala Korea gitu. Buffet lah ni. Ambil apa yang nak dan bakar sendiri. Yummmyyy!! Delicious...








Yummyy!!!





Masa dalam kereta, abah suruh hantar no.IC dan angka giliran through SMS kat abah. Abah kata nak check result SPM aku esok pagi..huhuhuhu..Balik malam tu, terus capai pen tulis dalam satu kertas apa target untuk result SPM esok. :

Fizik A+
Sejarah A+
Matematik A+
Addmath A
BM A
KIM A-
PQS A-
PSI B+
BA B+
BI B+
BIO B+

See aku target dalam 6A atau 7A je tau..Tu pun confius PQS B+ ke A, atau Kimia B+ ke A..

Esok pagi, semua kawan tunggu pukul 10.00 pagi untuk check result guna khidmat SMS. Aku pun tunggu jugak dengan penuh berdebar-debar. Tapi, bila dah lebih pukul 10pagi, tetiba rasa give up. Malas nak check. Taknak tahu dan takut result tak seperti yang kita bayangkan. Masa ni, duduk di dapur tolong umi masak. Umi ada tanya "Tak check lagi ke result?". Aku kata tak lagi. Kat dapur, pasang radio. Pastu tetiba, berita radio tentang pengumuman result SPM oleh Pegawai Pengarah Pendidikan Kelantan. Beliau announce lah nama pelajar cemerlang 9A+, sekali keluar nama kawan Nazirah Syahirah, budak SBP Pasir Puteh, kawan sekali belajar kat Tuisyen KAMI, Kota Bharu. WOW! Hebatnya dia..Jeles tahap gunung berapi betul dengan dia.


Dalam pukul 11pagi gitu, dapat suatu panggilan daripada Teacher Sa'a. Still kat dapur lagi nie.

Teacher : Assalammualaikum, Ain. Check dah ke result?
Aku : Errr..tak lagi. Takut lah teacher nak check.
Teacher : Awak tak tahu lagi lah ni?
Aku : Tak lah teacher..
Teacher : Ainnn...Awak dapat 10A!!!!!!!
Aku : Sungguh ke teacher?
Teacher : Ya Ain. Tahniahhhhh!!!
Aku: Terima kasih teacher. Terima kasih teacher.    *banyak kali jugak ucap ni..terharu beb


Pastu, umi dah siap-siap dengar perbualan aku dengan teacher cuma tak berapa jelas. Umi tanya, macam mana result? "Umi, teacher kata Ain dapat 10A!!!!!!" Umi terus datang peluk Ain, ucap tahniahhhh..

Dalam pukul 12.00 tengahari macam tu, dapat mesej daripada abah. Abah forward mesej dari UPU. Untung jimat 20 sen sebab abah tolong check...hahahaha..I got 3A+ 6A 1A- 1B+  Jadi, aku mula lah tertanya-tanya, apalah yang B+ tu. Confirm Biology! Confirm! Sebab Kertas 3 aku takleh buat.

Masa ambik result SPM keesokkan harinya di sekolah, ingatkan ramai yang datang. Rupanya sikit. Macam ni lah result detail nya :


Bahasa Arab A+
Sejarah A+
Biology A+
Matematik A
Addmath A
Kimia A
BM A
PQS A
PSI A
BI A-
Fizik B+


Terkejut aku tengok result, yang aku target fizik A+ jadi B+. Aku target Biology B+ jadi A+. Subhanallah. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tapi, keseluruhannya Aku puas hati. Ada lah tu sebab Allah bagi satu B+ kat aku. Apapun, Alhamdulillah.





P/S: Masa ambik result, ramai kawan yang tak datang. And I heard they were cry, sad and disappointed. So, I postponed to publish this post until they get better and had their own rezeki. I know how their feel cause I have felt the same well long time ago. Dan sekarang alhamdulillah, they got matrikulasi, Darul Quran, STPM and STAM of course. Truly, I am proud of them. Goodluck, my dear friends!!!