31 March 2015

Blog Dr. Halina, wife Dr. Sheikh Muzaffar




Assalammualaikum dan haii semuaa..


Since aku seorang blogger, aku suka sangat baca blog orang lain. Jadi, dalam masa terluang yang banyak sangat ni semenjak jadi budak lepasan SPM 2014, memang hari- hari mengoogle je kerja nyaaa..Sekali dengan asyik duk berinstagram....hahaha..Daripada satu blog ke blog aku baca. Dan terjumpa satu blog Dr.Halina barelysupermommy.com . Yeyyyyyhhhhh!!! Sebenarnya terjumpa blog ni masa duk stalker Facebook Dr.Sheikh Muzaffar. Usha diorang punya anak, Bella dan Tasha. Sangat kagum cara diorang memberi didikan kepada anak mereka.


Untuk pengetahuan semua, Bella anak sulung mereka diajar berenang dan menyelam seawal umur 8 bulan.. Nanti besar nak buat macam ni jugak. Entry paling aku suka baca ialah Entry ni :


http://barelysupermommy.com/2012/02/07/mermaid-in-training/   dan
http://barelysupermommy.com/2012/05/22/real-swimming-lesson-here/   






Bella dan Tasha


Selain itu, blog Dr.Halina ditaip dalam bahasa Inggeris. Jadi, secara tak langsung kita dapat improve bahasa Inggeris. Saya memang suka blog Dr. Halina. Saya bagi 5 bintang haha...Selain, blog ni, ain ada banyak lagi baca blog para doktor. Memang sangat-sangat menarik baca kisah diorang pasal posting Housemanship lah. Betapa susahnya posting Housemanship. Dan untuk menjadi doktor. Kita kena berkorban banyak perkara terutama MASA dan TIDUR. Banyak Oncall. Nanti ain kongsi link blog tu di Entry akan datang ok. Last sekali, doakan ain ada rezeki sambung medic. Sekarang tengah redha je dapat sambung bidang apa-apa pun. Kalau ada rezeki, insyaaallaahh..aminn





22 March 2015

Pen Merah





Hai dan assalammualaikum,


Masa zaman kecik-kecik dulu, aku suka sangat tengok ummi periksa kertas ujian muridnya. Tak kisahlah sama ada ummi periksa kerja sekolah atau kertas ujian, aku dan adik-beradik yang lain akan duduk sebelah ummi dan perhatikan ummi dengan penuh rasa WOWW gitu sampai ada lah terbit sedikit cita-cita nak jadi guru..huhu..Untuk yang tak tahu lagi tu, ummi bekerja sebagai guru bahasa melayu di sekolah menengah.


Jadi, ummi kadang-kadang akan suruh kitorang tolong susun kertas murid mengikut markah paling tinggi dan mengikut kelas. Memang kalut masa ni kitorang tolong susun. Kadang-kadang kena marah sebab hilang kertas atau kertas terkoyak. Tapi, tak pernah pudar sedikit pun dalam hati betapa WOW nya tengok ummi periksa kertas. Sebab time ni dalam umur 6 dan 7 tahun, kitorang takde buat ape-ape pun kat rumah kecuali tengok tv dan main kat luar. Bila tengok umi periksa kertas rasa macam benda baharu yang perlu diterokai dalam diri kitorang masing-masing.






Bila meningkat dewasa sikit dalam umur 9-10 tahun macam tu, kitorang diberi kepercayaan untuk tick right kertas OMR. Apa itu kertas OMR? Alah kertas objektif ABCD tu laaaaaa. Hah! Masa ni lah dapat pegang pen merah dan tick right jawapan betul. Pastu bilang berapa dia betul. Ada betul 30/50 lah, ada 45/50 lah. Masa ni ummi akan periksa karangan BM murid-murid.


Duduk sebelah ummi tengok pen merah yang ummi pegang. WOW! kitorang rasa kagum sangat. Ummi akan komen satu persatu karangan murid, maka kamilah pendengar setia ummi!!

" Hah! Budak ni sikit lagi nak dapat A"
"Kenapa lah budak ni? Mana isi nya?"
" Budak ni bijak tapi cuai. Tengok! Kan dah tak dapat A. Ain, jangan cuai. Jawab exam nanti berhati-hati. Jangan keluar dewan awal dalam exam!"
"Budak ni ummi duk mengajar depan, dia duk bercakap kat belakang dengan kawan dia. Tengok bila buat karangan tak ikut format. Berterabur. Ain, dalam kelas tumpukan perhatian dalam kelas. Jangan layan kawan masa cikgu duk mengajar di depan."
" Nak markah tinggi dalam subjek atau A, kena berusaha sunguh-sungguh. Buat latihan banyak-banyak. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. "


Hah.Nampak kan macam mana cara ummi aku didik aku? Sambil-sambil periksa tu, dia akan bagi nasihat kat kitorang adik-beradik apa yang 'Do and Dont'. Jadi, macam ni lah kitorang adik-beradik sejak kecil sehingga besar berada dalam suasana diberi panduan 'How to behave yourself in the classroom, in the school and in Learning'  ..




Jadi, sekarang bila dah besar, belajar di sekolah menengah Maahad Muhammadi Gua Musang, aku suka sangat pegang pen merah. Buat latihan, periksa sendiri dengan pen merah. Lepas satu satu aku pepriksa dengan pen merah. Rasa Wonderful bila tengok satu buku di right dengan pen merah.  Pernah tak korang rasa gembira bila buku yang korang hantar, cikgu periksa. Bila sampai di tangan korang, korang mesti nak belek-belek buku tu cari tempat cikgu right dengan pen merah. Even nampak pangkah. korang still rasa gembira. Kan? Hah. Macam tulah rasa gembira aku. Cer kalau korang belek-belek buku tengok cikgu tak right lagi. Semua kawan korang dah right. Apa perasaan korang? Sedihkan?


Kalau kat sekolah, time aku duk buat latihan addmath, datanglah puteri-puteri singgah meja aku. belek-belek buku addmath aku.


" Wahhh!! Ain bagusnyaaa..."
"Wahhhhh!! Ain rajin nya awak buat latihann...."
" Sapa suruh awak right sendiri dengan pen merahh?"
"Bajet right sendiri laaaa"
" Awak cikgu ke nak right right dengan pen merah?"


Nampak macam diorang perli, tapi sungguh aku tak ambik hati pun. Sebab diorang kawan-kawan remaja aku, bersama menghabiskan masa zaman belasan aku..haha..Oh!! How I miss them all....Rindu nak dengar diorang perli aku lagi....hahaha...

Tapi, ramai yang tak tahu kelebihan guna pen merah. Percayalah! This is my tips to get excellent result in exam!!!


1. Pen Merah yang digunakan akan dapat memeriksa latihan yang anda buat. Jadi, anda akan tahu yang SALAH dan BETUL.

2. Jawapan yang salah pangkah besar-besar. Supaya bila buat revision nanti, fokus lah pada yang salah tu sebab kita manusia cenderung untuk buat kesalahan yang sama. Jadi, taklah pisang berbuah dua kali nanti kan?




3. Saya jenis gila buku. Banyak sangat buku saya beli di bookstore. Jadi, pen merah akan jadi petanda yang satu buku dah siap. Bolehlah buat latihan pada buku lain pulak lepas ni.

4. Pada awal tahun, saya akan buat banyak buku latihan. Saya akan pastikan siap dengan right pen merah. Jadi, bila dekat-dekat nak ujian. Saya akan ulangkaji semula buku-buku yang dah di right dengan pen merah tu. Yang mana salah, saya akan fokuskan lebih. Hadam betul-betul soalan tu selalunya soalan addmath lah.

5. Dengan pen merah, kita dapat buat checklist yang mana bab yang dah baca yang mana belum terutama dalam subjek Biologi. Bila dah buat satu bab, saya akan right dengan pen merah. Selepas ni, bila bukak kita akan tahulah yang bab ni dah baca. Boleh lah buat latihan bab lain pulak kan.




6. Pen Merah akan memberi kesan positif pada emosi dan mental. Selalunya lepas right latihan, saya akan tulis kata-kata semangat di bawah hujung setiap latihan macam " Good Job, Ain!" " Woww!! You're awesome, babe!!" " Tahniah! Insyaallah A+ plus, Ain!!"

7. Akan ada perbezaan dengan orang yang guna pen merah dalam sistem ulangkajinya dengan yang tak guna pen merah. Saya kadang-kadang dalam kelas teringat yang ada bab tak baca dan right lagi. Bila balik rumah, terus cari buku dan buat. Otak akan terangsang dengan cepat dan mudah peka. Bila kita selalu amalkan benda postif secara automatik kita akan nak buat selalu. Akan ketagih nak buat..hahaha..tapi aku tak ketagih ye..tak nak lah gila cuma aku suka buat dan enjoy. Aku lebih ketagih tengok drama Korea lagi dari buat soalan latihan ni..hahaha..Percaya tak, ada sekali tu aku buat latihan sambil tengok drama Korea depan TV. Ummi pun tegur " Yang mana satu nak buat tu?"




Okay, itu jelah perkongsian saya untuk kali nie. Harap dapat bagi semangat dalam ulangkaji pelajaran. Do The Best and Be The Best One!!











Giveaway 2015 Jubah, Dress, Leggings oleh Norzi Beautilicious House





(Klik Banner untuk join)


Hai dan assalammualaikum,


Dah lama rasa tak join GA. Jadi, kali nie saya nak join GA dari Norzi Beautilicious House. Saya memang dah lama usha blog online nie tengok baju dia pun cantik-cantik cuma saya takda kesempatan untuk beli je. Takpa insyaallah kalau takda aral melintang memang teringin nak beli satu baju dari shop online nie..okay, done follow blog : Norzi Beautilicious House , Norzi Foodilicious House  dan done like fanpage diorang, done add Google+

Jom join sebab hadiah menarik sangat-sangat!!

3 Jubah Abaya
3 peplum dress
5 Legging




Tag : Nusha Fasha
         Mia Liana