10 February 2015

Senarai IPTA di Malaysia.




Assalammualaikum,


Sempena result SPM tinggal 25 hari lagi nak tahu, Ain nak listkan senarai IPTA yang ada di Malaysia beserta dengan Laman web diorang sekali. Jadi, korang bolehlah usha usha atau menyelinap masuk web diorang survey program apa yang diorang tawarkan. Ataupun, tengok kemudahan-kemudahan Universiti tersebut dan dapat buat perbandingan yang mana Universiti yang lebih better, Jadi, senanglah korang nak isi UPU nanti..Harap dapat membantu korang buat pilihan Universiti yang terbaik!! Goodluck :D





Universiti Penyelidikan




• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50



Universiti Komprehensif




• Pelbagai bidang pengajian
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 70:30



Universiti Berfokus



• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50




That's all. Goodluck dalam mengisi borang UPU korang !!! ngee :D






03 February 2015

Pengalaman Temuduga Mara Program Selangkah Ke Jepun




Assaammualaikum, semua.


  
Kali nie, Ain nak share pengalaman temuduga Mara bagi lepasan SPM. Untuk pengetahuan semua, tahun 2015, Ain officially menjadi budak lepasan SPM. Orang lain masa ni ambik kesempatan bekerja cari pengalaman. Aku duk rumah bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Nasib baik ada instagram. Taklah jadi katak di bawah tempurung sangat. haktuih.





 Back to the main topic, Ain dapat temuduga Mara course Engineer dalam Program Selangkah ke Jepun. Mula-mula tu saje je isi permohonan ni. Tup.Tup..dapat dan dipanggil temuduga. Temuduga ni berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu. Sebenarnya Ain tak nak pergi, tapi ummi suruh pergi cari pengalaman 'How to face the interview'.



 "Biar ada pengalaman sikit macam mana nak berhadapan dengan temuduga Course medic nanti" kata ummi. 


Untung aku ni blogger, awal-awal aku dah google search pasal tips temuduga dan jumpa blog nie yang cerita pengalaman temuduga dia dalam program yang sama. Cuma pusat temuduga dia di Perak dan lebih awal. Kalau aku, pusat temuduga di Kota Bharu. Kira aku dapat soalan bocor laa..haha..Bukan main gembira time tu.sangat..haha..


Pada hari temuduga tu, memang ramai gila budak-budak yang tengah tunggu giliran di ruangan tempat menunggu. Selepas siap daftar, kita pun duduklah tunggu giliran. Hah. Time ni lah pandang kiri kanan ambil peluang berbual dengan orang sebelah..muahaha..its normal bila time menunggu macam ni. Korang perlu berbual dan make a new friend untuk hilangkan rasa gugup dalam hati. Gila tak berdebar?


Temuduga ni depends pada pihak pengurusan. Ada tu buat dalam enam orang sekali masuk. Kadang-kadang empat orang. Aku pulak dua orang je. Me and my partner, Niza. Untunglaaa..Banyak sikit perhatian dapat. Cehh! Bajet perhatian sungguh...hoho


Aku rasa temuduga ni adalah dalam kategori basic temuduga a.k.a temuduga simple yang mana hanya ada satu sesi je. Masuk bilik, ditemuduga dan yeyyyhhhhh boleh balik. Takdalah sampai dua tiga sesi sebab ni temuduga berdasarkan percubaan SPM. Kalau yang temuduga guna slip SPM sebenar nanti bulan April dan Jun rasanya ada tiga. Sesi bertulis, sesi presentation dalam kumpulan dan sesi temuduga.




Masa menunggu, ade lah calon yang keluar masuk dari bilik temuduga tu. Setiap kali ada calon keluar dari bilik mesti kena sekat, tanya diorang macam mana? Taklah setiap kali jugak..haha..tengok orang. .Mostly diorang kata, 




Amacam? Dia tanya apa? Speaking English or melayu?

"Ofkoslah English! Ni kan temuduga mara."    *ayat menyampah bajet hot betul.
"Mula-mula speaking English lepas tu bahasa melayu"  *budak mesra ni
"Campur. Sometimes english sometimes melayu"
"Entah. Aku bantai je mana-mana bahasa"
"Haha..don't ask me that..I wanna cry...."



"Dua orang belah kanan tu masuk dalam bilik hujung sana ye...." (sila baca dengan ayat ayu sweet gila yee) 


Oh! Its my turn. Masuk je nampak seorang pakcik dalam lingkungan umur 40an macam tu. Dia suruh duduk dan perkenalkan diri dalam bahasa Inggeri.



Soalan yang dia tanya :




1. Are you really want to join this programme?
2.Why you want to go to Japan?
3. Which do you choose first? Schoolarship or Japan?
4. Why do you want to be Engineer?
5. Why we should choose you for this schoolarship?
5. What have you prepared to go to Japan?
6. Apa perbezaan Tsunami di jepun dengan Tsunami di Malaysia?
7. Apa perkataan Jepun yang awak tahu?
8. Tulis kat sini. Awak berdua ambik bahasa arab. Tolong buat ayat dalam bahasa arab pasal ada sebuah  keluarga dari KL dalam perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri Majlis Kahwin tetapi tersekat di tengah jalan kerana banjir."



Aku dengan Niza ternganga pada soalan nombor 8. Haha..Tak sangka dia akan tanya..Jadi, bantai jelah..Last sekali dia tanya " Any question?"



Niza kata takde. Aku? Aku apalagi tanya lah soalan what I was wondering pasal Programme ni.



"Sir, what the different between mechanical engineering and electric&electronic engineering?"
"Sir, pekerjaan engineer senang dapat kerja ke?
"Sir, emm I mean ada banyak permintaan ke kat Malaysia? Sebab setahu saya Politeknik dah berlambak sediakan course ni?"



Sir tu pun jawablah soalan aku sehingga meleret ke zaman mudanya dulu dan asal usul kereta seterusnya ke kaunseling nasihat dan panduan..Fuhhh!! Dapat free talk pasal how to face temuduga pulak tu..



Yang paling aku ingat dia kata, 


"Setiap temuduga yang dianjurkan mana-mana pihak atau mara. Sebenarnya dia nak tengok orang tu yakin, have self confident dan pendirian mantap. Dan dalam programme ni dia nak cari orang yang betul-betul nak pergi Japan dalam Engineering. Yang betul-betul komitment. Dia tak nak yang still "Eh. nak ambil course engineering ke taknak.?" 




Jadi, moral kat sini, Dalam temuduga kena yakin dalam percakapan dan berani buka suara untuk tunjukkan yang awak betul-betul nak course tu. Dan satu lagi, yang pergi temuduga tu sama umur dengan awak. Jadi tak perlu takut. Awak broken english? Dia pun broken english jugak. Apa yang membezakan awak berdua ialah personaliti dan tahap berani, tahap keyakinan. Jadi yakin adalah penting. Orang puteh kata Confident. Jangan over confident sudah!!

Jangan over bangga diri dan mencelah orang lain bagi pendapat masa temuduga tu.. Bagi peluang partner awak bercakap. Kita sama-sama batch kena hormati pendapat masing-masing. Jangan nak tamak untuk diri sendiri je..



Sebenarnya, mungkin korang baca pasal post aku ni nampak macam serius je soalan Encik penemuduga tanya aku tu. Tapi, sebenarnya dia tanya dalam keadaan mesra macam mana korang cakap dengan ayah korang. Hah. macam tu lah aku dan Niza cakap dengan dia. Siap boleh gelak!! Cite behind the scene memang memorable!!!




 Tepek gambar masa majlis kahwin ustazah. Gambar ni curi dari Ekkaw..haha..


Last but not least, goodluck semua untuk temuduga korang!! Do the best, Be the best one.