07 May 2015

Result SPM2014



*Post ini ditulis pada 5 Mac 2015*


Assalammualaikum dan hai, semua...


Result SPM dah keluarkan? Masih hangat hangat lagi tau. Same here to me. Jadi, macam mana result SPM aku? Jeng.Jeng.Jeng. Baca bawah ni sampai habis baru boleh tahu....


Tarikh malam sebelum keluar result SPM, 2 Mac. All of my friends and I, budak-budak kelas 5 Mekah gathering together makan barbeque macam ala-ala Korea gitu. Buffet lah ni. Ambil apa yang nak dan bakar sendiri. Yummmyyy!! Delicious...








Yummyy!!!





Masa dalam kereta, abah suruh hantar no.IC dan angka giliran through SMS kat abah. Abah kata nak check result SPM aku esok pagi..huhuhuhu..Balik malam tu, terus capai pen tulis dalam satu kertas apa target untuk result SPM esok. :

Fizik A+
Sejarah A+
Matematik A+
Addmath A
BM A
KIM A-
PQS A-
PSI B+
BA B+
BI B+
BIO B+

See aku target dalam 6A atau 7A je tau..Tu pun confius PQS B+ ke A, atau Kimia B+ ke A..

Esok pagi, semua kawan tunggu pukul 10.00 pagi untuk check result guna khidmat SMS. Aku pun tunggu jugak dengan penuh berdebar-debar. Tapi, bila dah lebih pukul 10pagi, tetiba rasa give up. Malas nak check. Taknak tahu dan takut result tak seperti yang kita bayangkan. Masa ni, duduk di dapur tolong umi masak. Umi ada tanya "Tak check lagi ke result?". Aku kata tak lagi. Kat dapur, pasang radio. Pastu tetiba, berita radio tentang pengumuman result SPM oleh Pegawai Pengarah Pendidikan Kelantan. Beliau announce lah nama pelajar cemerlang 9A+, sekali keluar nama kawan Nazirah Syahirah, budak SBP Pasir Puteh, kawan sekali belajar kat Tuisyen KAMI, Kota Bharu. WOW! Hebatnya dia..Jeles tahap gunung berapi betul dengan dia.


Dalam pukul 11pagi gitu, dapat suatu panggilan daripada Teacher Sa'a. Still kat dapur lagi nie.

Teacher : Assalammualaikum, Ain. Check dah ke result?
Aku : Errr..tak lagi. Takut lah teacher nak check.
Teacher : Awak tak tahu lagi lah ni?
Aku : Tak lah teacher..
Teacher : Ainnn...Awak dapat 10A!!!!!!!
Aku : Sungguh ke teacher?
Teacher : Ya Ain. Tahniahhhhh!!!
Aku: Terima kasih teacher. Terima kasih teacher.    *banyak kali jugak ucap ni..terharu beb


Pastu, umi dah siap-siap dengar perbualan aku dengan teacher cuma tak berapa jelas. Umi tanya, macam mana result? "Umi, teacher kata Ain dapat 10A!!!!!!" Umi terus datang peluk Ain, ucap tahniahhhh..

Dalam pukul 12.00 tengahari macam tu, dapat mesej daripada abah. Abah forward mesej dari UPU. Untung jimat 20 sen sebab abah tolong check...hahahaha..I got 3A+ 6A 1A- 1B+  Jadi, aku mula lah tertanya-tanya, apalah yang B+ tu. Confirm Biology! Confirm! Sebab Kertas 3 aku takleh buat.

Masa ambik result SPM keesokkan harinya di sekolah, ingatkan ramai yang datang. Rupanya sikit. Macam ni lah result detail nya :


Bahasa Arab A+
Sejarah A+
Biology A+
Matematik A
Addmath A
Kimia A
BM A
PQS A
PSI A
BI A-
Fizik B+


Terkejut aku tengok result, yang aku target fizik A+ jadi B+. Aku target Biology B+ jadi A+. Subhanallah. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tapi, keseluruhannya Aku puas hati. Ada lah tu sebab Allah bagi satu B+ kat aku. Apapun, Alhamdulillah.





P/S: Masa ambik result, ramai kawan yang tak datang. And I heard they were cry, sad and disappointed. So, I postponed to publish this post until they get better and had their own rezeki. I know how their feel cause I have felt the same well long time ago. Dan sekarang alhamdulillah, they got matrikulasi, Darul Quran, STPM and STAM of course. Truly, I am proud of them. Goodluck, my dear friends!!!









4 comments:

Anis Diyana said...

Uuuu ain terharu gila dekat ain T_T anis tak sabar kot nak baca entri ain pasal result spm baru hari ni dapat baca.I'm proud to be your friend.All the best in your future :D

Spirogyra said...

ya allah.bestnya.:D.pandai jaga hati kawan-kawan.

azrul hisyam said...

Woww . Tahniah . Result gempak ! :) . A+ Biology tu haha . So macam mana upu ? Asasi uitm ? . Kalau ye kita geng ! Hahaha . Goodluck for your future !

Haniqha Habdin said...

Assalam akak. Sorry nak tanya, boleh tak post entry pasal tips belajar untuk spm? Hehehe nak tahu juga tips dapat keputusan cemerlang macam akak ;) terima kasih