01 April 2015

Pengalaman di Karnival Pengajian Tinggi 2015




Assalammualaikum dan hai semuaa..


Entry kali nie, ain nak cerita pengalaman ain pergi Karnival Pengajian Tinggi 2015 di RTC Kota Bharu, Kelantan. Yang nie edisi Kelantan punya yee sebab Aiii duk di Kelantan. Karnival ni diadakan dua hari iaitu pada 28-29 Mac, hari Sabtu dan Ahad. Sapa ada pergi sini jugak?? Angkat tangan...Wahhh!! Kita geng lahh..


Okey, sebenarnya sekolah ain ade buat lawatan ke Karnival ni. Cikgu dan kawan-kawan ada ajak ikut sekali pergi dengan sekolah naik bas. Tapi, balik rumah bagitahu Umi. Umi kata nak hantar sendiri sebab my parents ada urusan jugak kat Kota Bharu.


Jadi, pada pagi sabtu lebih kurang dalam pukul 8.00pagi, kitorang pun bertolak lah. Rasanya dalam pukul 11.00pagi sampai. Pergi makan dan shopping di KB dulu. Dalam pukul 2.00petang baru pergi RTC Kota Bharu nie..Kat RTC nie memang ramai orang. Pada masa yang sama, selain Karnival Pengajian Tinggi, rupanya kat sini ade jugak buat Ekspo Flora dan Fauna. Gerai-gerai dan kedai tepi jalan memang berlambak kat sini. Kata je nak makan apa. Semua adeee..






Cari punya cari kat mana tempat karnival Pengajian Tinggi ni diadakan. Rupanya dalam khemah besar. Masa nak masuk dalam khemah tu , Eh. Ternampak Teacher Sa'a dan cikgu Suraya baru keluar dari khemah tu. Ada budak tingkatan 4 ikut belakang cikgu-cikgu. Laaa dah lama sampai rupanya diorang ni. Salam pastu berbual dengan cikgu sebentar.


Untuk pengetahuan semua, dalam khemah ni ade banyak booth IPTA kat sini. Kita cuma pergi ke booth tu dan tanya maklumat pasal IPTA yang diorang promosikan. Kalau nasib korang baik jumpa dengan orang yang peramah, diorang akan terang pasal banyak perkara tanpa korang perlu bertanya. Kalau tak bernasib baik, sekali korang tanya. Sekali tu dia jawab. Dua kali tanya, dua kali dia jawab. Aku memang tak suka orang macam ni....hahaha..Bak Penukul dengan paku. Ke bagai lembu dicucuk hidung? K.fine. Sila abaikan....





Masa nak pergi booth USIM, ternampak kawan-kawan Maahad Muhammadi Gua Musang tengah khusyu' dengan penerangan dari sorang abang USIM. Aku mungkin terlalu eksaited jumpa diorang terus berlari kat diorang. Sian abang tu, aku kacau dia bagi penerangan..hahaha..Lepas tu, dia sambung balik penerangan dia. Aku pun tumpang dengar sekali.







Setiap booth yang disinggah, akan dapat flyers atau pamplet pasal IPTA . Contoh booth yang aku sempat singgah ialah booth USIM, UIA, UM, UNIMAS, UMK, UITM, PTPTN. Booth BSN dan  MARA pun ade tau. Kemudian jalan lagi, akan masuk dalam booth kategori IPTS (swasta). Yang ni, aku tengok-tengok gitu je. Tengok kat situ, ramai orang isi borang apa entah. Yuran dia ade jugaklah tengok. mahal. Tapi, kebanyakkan akan dapat pinjaman MARA.


Sebelum balik, kita beli-belah di gerai-gerai kecil dulu di hadapan khemah besar ni..Kbaii, pastu bertolak balik ke Gua Musang.






4 comments:

Anis Diyana said...

bestnyeeee ain,btw ain jumpa dengan diorang kat sana tu diorang pergi sendiri2 ke pergi sama2?

Ain Syahirah said...

@Anis Diyana Ain pergi dgn my patents. Diorang pergi dgn lawatan sekolah sekali dengan teacher dan murid2 lain. Bukan anis kata nak pergi jugak kan masa tu sekali dgn diorang. yg anis minta no.tel amal dgn ain..???

Anis Diyana said...

amal pegi ke?laa sebab eka cakap tak jadi lawatan sekolah tu,tu yang anis tak jadi nak bagitau amal sob sob...

Ain Syahirah said...

@anis diyana amal tak pergi kot. entah. tak jumpa pun dia. hahahahaha....ain rasa lah eka tersalah maklumat tu..rugi hari tu tak tanya hanan untuk confirm jadi ke tak..sian nyaa anisss...