17 December 2014

Tips Ambil Lesen Kereta




Hai, semua....


Ini pulak pengetahuan asas yang korang perlu tahu sebelum ambil lesen kereta. 

Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:

i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh
mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.



1) MENGHADIRI KURSUS K.P.P. 5 JAM.

Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya
kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan
anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah
laku selama 1 tahun.

2) UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk
menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki
kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.


3) MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM

Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B.
Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda
menghadiri kursus ini.

4) BELAJAR MEMANDU KERETA ATAU MOTORSIKAL

Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk
L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan.
L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai
sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8
 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih
dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan
belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side
parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan
raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

5) UJIAN PRA ATAU Q.T.I.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal
J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-
penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda.
Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas
lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.

6) UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian
iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan
anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj
tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar
memandu.

7) LESEN P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah
kepada sekolah memandu anda :

i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P
tersebut.



Untuk lesen kereta, anda akan diajar tentang :

1) Menaiki Bukit












2) Side parking














3) 3 Penjuru



4) Jalanraya. 





Credit to them :
https://blogsekolahmemandu.wordpress.com/2010/08/31/langkah-langkah-untuk-mendapatkan-lesen-memandu/
http://amirul.my/pengalaman-jpj-test/
http://syafaonline.blogspot.com/2013/01/cara-cara-memandu-untuk-lulus-ujian-jpj_19.html
http://www.binakeluargabahagia.com/2014/08/panduan-mengambil-lesen-memandu.html
http://pokok2u.blogspot.com/2014/02/macam-mana-nak-lulus-ujian-memandu-jpj.html
http://perundingpemanduan.blogspot.com/2012/11/tanda-tanda-isyarat-dan-peraturan.html


And GOODLUCK!!












No comments: