23 May 2013

Doodle untuk budak-budak Usrah








Hai, semua!

Thank You, Ahli Usrah ku yang comel comel belaka. Walaupun, baru sekali berUsrah. Kitorang dah rapat macam adik dan kakak. Kalau Ain jalan nak kemana-kemana dan terserempak dengan budak budak Usrah tu, dia akan tegur Ain : 

“Hai, Kak Ain...”

“Eh! Kak Ain...” 

“Kak Ain!”  *sambil lambai tangan diorang.

Ain dengan hati berbunga-bunga sebab gembira, Ain pun senyumlah kat budak budak Usrah tu. Sometime, Ain rasa kejam betul lah diri Ain. Sebab diorang ingat nama Ain but Ain sampai sekarang still tak dapat ingat nama diorang. Muka diorang Ain cam tapi nama diorang Ain still keliru. Kalau jumpa , “Nama awak apa? Kak Ain dah tak ingat dah. Sorry....” Nama ingat tu ingat tapi macam tertukar. Yang A kita pergi panggil dia B. Yang B pulak kita panggil dia C..*oh! Betul ke perumpamaan yang aku bagi nie?..muehehe... Kesian kat diorang....


Back to the topic, sebab Ain gembira dengan mereka, so Ain buat doodle ni khas untuk budak-budak Usrah Ain tu... : 




Comey tak? Sekarang kan tengok famous pasal Bookmark. So, Ain buatlah bookmark untuk diorang. Bolehlah diorang guna bookmark dalam buku Usrah.


 Inilah Design Bookmark Usrah Ain



 Tinggal nak tebuk lubang dan letak Ribbon je..



Ain harap budak-budak Usrah Ain tu suka dengan bookmark ni dah lebih bersemangat  untuk berUsrah dengan Ain..

Wahai budak-budak Usrah ku, kak Ain harap korang suka dengan bookmark yang di design khas untuk korang by Naqibah Comel korang, Ain Syahirah!! Aww! Aww!



 *SayaSukaBudakBudakUsrahSaya!!*





16 May 2013

Usrah & Aku Naqibahnya





 Hai, semua!



             Alhamdulillah, Usrah berjalan dengan lancar! Okey, mesti korang ada yang tak tahu apa itu Usrah? Kan? Kan? Kat sekolah Ain since sekolah Ain ialah sekolah arab agama, mestilah ada buat Usrah. Usrah tu dia macam terdiri beberapa kumpulan Usrah. Kumpulan Usrah tu terdiri daripada 10 orang ahli . Lebih dari 10 orang ahli pun ada jugak. Lepas tu, ada Naqib atau Naqibah yang akan ajar ahli-ahli Usrah tu. Naqib dan Naqibah tu pulak terdiri daripada pengawas-pengawas dan ahli badan dakwah.  Jadi, Ain adalah salah seorang Naqibah! Kitorang ajar ahli-ahli Usrah tu berdasarkan buku yang sekolah bagi.


              Tahun lepas, Usrah memang dah lama ada but masa tu Ain jadi ahli Usrah je. So, tahun ni first time Ain jadi Naqibah..haha..Mungkin agak teruja atau over excited , diri ini pun ter-rajinlah buat Fail Usrah dengan latihannya, dengan biodatanya..Entah. Ain pun tak tahu kenapa Ain boleh brsemangat macam tu sekali padahal esok dah nak periksa..Masa nak kena cari budak ahli Usrah tu pun sama, Ain jadi rajin nak cari diorang. Kawan-kawan Ain rileks je taknak cari, tapi entah Ain ni terlebih rajin nak cari diorang..huhu....

                Mungkin berkat kesungguhan dan ikhlas Ain untuk berdakwah kot, Ain dipermudahkan segala aktiviti Usrah Ain masa tu. Dengan dapat ahli usrah yang sportting dan mesra. Ain bersyukurlah dapat Ahli Usrah tingkatan 2. Kebanyakkan kawan Ain dapat ahli Usrah tingkatan 3. Memang Ain ni kira untung  sessangaaatttt....muehehe..*sayabanggaapayangsayadapat*

Yang moment paling Ain suka dan teringat sampai sekarang masa dalam  Usrah tu ialah bila Ain dan budak-budak ahli Usrah tu masuk Bab 2 : Perkara Hubungan Iman dengan Cinta.


Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW sabdanya “ Tidak(sempurna) beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya sebagaimana yang ia cintai untuk dirinya sendiri. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Imam An-Nawawi berkata : “Seandainya seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana cintanya kepada dirinya sendiri, sesungguhnya ia adalah seorang yang pedengki”


So, Ain pun tanya budak-budak Usrah tu “ Hah! Siapa yang pernah dengki kat sini?” Semua angkat tangan. “ Semua dengki? Hmm..Kalau dengki iman tak sempurna  tuuuu....Dengki pasal apa ni?”

Berebut-rebut diorang jawab :

“Dengki sebab kak comel”

“Dengki sebab kak tinggi, kak. Saya rendah je. Kak, makan apa jadi tinggi?”

“Saya dengki sebab kat bijak”

“ Ha’a! Saya pun sama dengki gitu. Sebab kak comeell”

“Ha’a! Kak Comel”


WoiI, Woii...semua dengki kat aku..jelez lah tu..haha...Kembang semangkuk hidung Aii bila budak-budak Usrah sebut perkataan comel..haha...Timbul *perasan* kat situ sebentar...hahaha..Yang Ain jawab ialah “Oooo..kak bangga kak tinggi. Nanti boleh jadi model macam Blogger Fatin Liyana” Diorang pun gelak ramai-ramai..Mungkin dia gelak sebab Ain nak jadi model kot....Mungkin budak-budak tu ingat Ain nak jadi model yang peragakan baju ketat-ketat tu dan mereka rasa lucu sebab terbayangkan Ain pakai baju macam tu..Hellooo..pelisslah..Aii nak jadi model Muslimah, okey.....hihihi...Masa balik tu, diorang salam tangan Ain. Baikkan budak-budak Usrah Ain nie...

Masa balik tu pun diorang ada tanya :

“Kak, minggu depan belajar bab 3 dan bab 4 pulak ek?”

“Kena baca dulu ke bab 3 & bab 4 untuk minggu depan, kak?”

“Kak, minggu depan belajar kat sini lagi ye...”


Budak-bdak Usrah tu semua cakap nak minggu depan. Hellooooo, minggu depan takda Usrah ye..Minggu depan satu lagi baru ada Usrah. Dua minggu sekali ye Usrah ni ada...hihi..Nampak sangat diorang macam tak sabar nak buat Usrah lagi. So, Ain rasa diorang dah suka Usrah dan tak sabar-sabar nak buat Usrah lagi. It’s mean Ain dah berjaya tarik minat diorang terhadap Usrah..Clap your hand to me every body...pak! pak! pak! Oh, Thank You! Thank You...

So, sekarang Ain tengah fikir nak buat aktiviti apa nanti Usrah akan datang biar diorang tak rasa bosan...Hmm..korang ada idea tak? Mehlah kongsi dengan Ain..

 
Okey, That’s all pasal Usrah. Kbai...


09 May 2013

Shopping at Zalora.com!!






Hai, semua!



Suka sangat bila barang yang Ain order kat Zalora dah sampai. Ini barang yang Ain tempah kat Zalora :




Ya, Koumi Sandals! Actually, banyak lagi sandals yang comel comel tapi hati ku yang satu ini telah jatuh hati pada sandals ini..muahaha...

 Dua minggu yang lepas, Ain ada dapat email dari Team Zalora yang menawarkan Ain Voucher RM50 jika Ain bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka. Apalagi, Ain setuju lah dengan kerjasama tu. Lepas je dapat kod voucher tu, Ain pun terus bershopping di Zalora! Aww! Aww! Tak boleh nak bayangkan betapa gembiranya masa tu..Dari Dress ke Skirt, dari Baju Muslimah ke Shawls akhir sekali hati berkenan pada Sandals Koumi. Hah! Begitu lah ceritanya...

Dalam masa 3 hari je, Sandals Koumi tu selamat sampai ke tangan Ain. Ini dia Sandals Koumi nya, tadaaa :



Amacam comel tak?

Jadi, Ain memang berpuas hatilah dengan servis dan perkhidmatan Zalora ni. Banyak pilihan dan semua barangnya dijamin berkualiti. Sandal Koumi Ain yang sampai tu pun okey je dan dalam keadaan baik. Kalau saiz tu tak padan kita boleh tukar balik. Dan penghantaran tukar balik tu semua ditanggung oleh Zalora.com. Best kan? Korang pun mehlah shopping di Zalora. Diskaun pun ada....

Jom Shopping ramai-ramai di Zalora.com!!



Thank You, Zalora!!




















01 May 2013

Selamat Hari Pekerja!!





Huuuu...Selamat hari Pekerja, semua!!

Apa yang Ain suka pada Hari Pekerja ini ialah boleh bercuti! Boleh rehat puas-puas, golek-golek atas katil sambil nyanyi lagu gwiyomi. 1+1 = Gwiyomi!

Pastu, selalunya boleh pergi shopping! Main balas komen dalam Facebook dan bertweet-tweet di Twitter pastu tension bila Tweet jadi Limited....harharhar

Dah tak pikir dah pasal buku. Subjek Kimia, Bio, Fizik addmath dibiarkan padahal esok lusa dah nak periksa. Eloklah sangat perangai budak Ain ni kan? kan? Boleh buat menantu....*menantu lah sangat.......hahaha XD

Jadi, selamat menikmati cuti Hari Pekerja korang!!