24 March 2013

Tanda Terkena Sihir Cinta


Assalammualaikum, semua!


  • Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..
  • Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..
  • Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)
  • Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan
  • Rawatan:
--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

  • Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
  • Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam
  • Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :
-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita
- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri).. 


Share from : FB & Blogger








Abang belanja Burger Special!



Assalammualaikum, semua!


Ni best dapat abang spotting ni..Abang kedua Ain, Syahir baru je keluar daripada berkhidmat sebagai tentera....Okey, Ain tipu disitu. Abang Ain sebenarnya, baru je lepas habis ikut program PLKN. Sekarang dia balik ke rumah dengan identiti baru, semangat baru dan lebih Bermotivasi. Mungkin sebab PLKN kot dia jadi baikhati belanja Ain burger. Burger Special pulak tu....oh! oh! gembira Aii sebentar.. dan Tadaaaa Burger Special yang abang Ain belanja :









See abang Ain belanja burger dengan Air Coconut Shake! Aww! Aww! Memang best gilerrzz Burger Special ni apatah lagi yang orang belanja...ahaha..So, apa beza burger biasa dengan burger special? Burger special ni daging burger dia tu disalut dengan telur. You can see it on the picture.

 Sho Yummy!!

Okey, I Love You, Oppa! <--takpayah nak gedik sangatlah Ain...

Okey, I Love You, Abang! <--Confirm kalau dia baca dia nak termuntah. Harap-harap dia tak baca...muehehe







Seharian di UITM Machang dan Tesco!



Assalammualaikum, semua!


Weee...Cuti Bulan 3 dah datang akhirnya! Dalam kesibukan melayan telatah Encik Facebook, Umi Ain pun bercadang nak bawak kitorang satu keluarga ke Ekspo Selangkah ke UiTM di Machang, Kelantan since abang Ain, Syahir dah dapat result SPM. Seronok arr gi Ekspo ni. Ain dapat banyak ilmu dan maklumat tentang UiTM. Eh! Macam Ain pulak semangat nak masuk U...haha...



Abang Ain ni sorang masa gi Ekspo tu, dia tak bawak langsung sijil-sijil dan slip SPM. Kan dah menyusahkan kitorang sekeluarga...Padahal Umi Ain dah pesan suruh bawak. Dia bagi alasan macam ni " Tak dengar pun Umi cakap suruh bawak sijil. Lagipun, Syahir nak tengok tengok gitu je..Ni kan Pameran"....Tengkorak kau ni Pameran. Kau ingat ni Pameran Artifak Purba Mesir ke nak tengok tengok gitu?..Ini ialah Ekspo Universiti lah yang perlukan sijil-sijil dan slip SPM.. <--bukan ayat yang Ain guna..Saje bagi Klise sikit....muehehe....

Masa Ekspo tu, abang Ain hanya turut serta dalam "Check Online" dan "Kaunseling"..Dalam Check Online tu, kita kena ke satu bilik macam bilik komputer dan check semakan permohonan ke UiTM secara Online. Pastu, print. Kemudian, pergi ke Bilik Kaunseling dan mendapatkan sedikit nasihat dan kaunseling tentang Fakulti dan bidang-bidang yang minat diambil...Time tu lah, pakar kaunseling bagi nasihat dan bercerita tentang maklumat-maklumat penting dan anything about UiTM..


Yang ni pulak part Ain paling suka nak cite. Lepas je siap urusan kat Ekspo UiTM tu, kitorang pergi shopping di Tesco! Oh, Yeyyyyyhhhhhhhh!!! Masa ni lah Ain pergi beli buku-buku SPM since Ain jadi a Science Girl , Budak Kelas Sains tu....Ain beli buku di SMO, Kedai Buku Syarikat Muda Osman. Alang-alang beli buku SPM, dengan penuh rasa terujanya bajet muka taktahu malu, Ain ambil lah kesempatan dalam kesempitan mencapai buku novel "Saranghaeyo, Arumi! Arumi Kekasihku!"  Awww! Awww! Sampai kat rumah berebut dengan adik nak baca dulu..K.adik yang menang. Ain main blog, budak tu baca novel....boo Ain booo..kalah dengan adik!!

Sebelum ni, Ain memang kepunam sangat nak makan Durian Crape selepas Fenomena Durian Crape melanda satu dunia blogger. Masa tu semua blogger post pasal keenakkan Durian Crape. So, hari nie Alhamdulillah, dapat jugak Ain merasa Durian Crape.. Memang Best Gilerrrzzzz!!





Dan paling utama sekali Ain nak cite ialah AIN BELI BEG COMEL!! Suka sangaaaaaatttttt!! Mesti kawan-kawan Ain jelezzzzz punya tahap MeleTop! Tadaaa Beg Comel Ain bersama buku-buku SPM:





Disebabkan beg-beg kat situ comel, Ain beli dua beg. Sebenarnya nak beli satu jee..Tapi, disebabkan kerajaan belanja duit bantuan RM100 ringgit, Ain beli dua beg....muehehe....

Itulah cite pasal cuti Bulan 3, lepas ni dah kena ucap GoodBye kat Encik Facebook dan Encik Blogger sebab Ain kena beri tumpuan yang sepenunya kepada Encik Buku SPM...muehehe..Banyaklah kau ber Encik Encik dengan mereka ye, Ain.....

Apapun, doakan Ain dapat 11A+ plus dalam SPM!! Kbai.........









07 March 2013

7 Golongan Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar



Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia.. bayangkan betapa panasnya pada ketika itu.. Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia.. Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih. Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.

 

Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali.. Ada yang peluhnya hingga ke betis. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang.. Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir.. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

 

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.

 

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4. Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya

 

Semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu... AMIN

Via Ya Allah Terimalah Taubatku