22 February 2013

15 FEB 2013, I'm Birthday Girl!!






Assalammualaikum, semua!

Hahaha..15 Feb 13 dah lama berlalu lah weiii!! Blogger Ain Syahirah ni baru nak update pasal birthday dia..Dah ketinggalan zaman laaa~~

Walauapapun, Ain nak update jugak pasal Birthday Ain sebab 15 Feb setiap tahun adalah hari yang bermakna dalam hidup Ain...#ceewwaahh..bermakna lah sangat ~ ~

Dalam post ni, Ain nak ucapkan terima kasih pada Facebook Friend Ain yang ucap Happy Birthday kat Ain. You're so sweett...LUV YOU ALL :   *ahaks




 Kalau korang perhati betul-betul dalam gambar tu, korang akan nampak ayat " 47 Friends posted on Nurain's timeline on her birthday"...Oh!! Tergamam Ain sebentar . Mata ni rasa nak tercabut sebab terlalu terkejut bajet buat muka comel kerana HAPPY! puing ~ puing ~ :3

Dan Orang yang pertama Wish Birthday Ain di Facebook ialah Ana Shukri, kawan sekolah Ain. Dia wish kat Ain pada pukul 12a.m..Ain saje online lewat sampai lewat pagi 1a.m nak tgk sapa yg pertama wish birthday...hehehe....suka sangat sangat :D





Manakala, Orang yang Wish terakhir pulak ialah Pak Cik Ijat kita..haha...*suka hati aku je panggil dia pakcik padahal sama umur....huhu*...Dan Pakcik kita jugaklah  post wish yang paling panjang sekali...haha



Dan ini pulak Birthday Wish from my beloved Friends di Facebook :

Wish dari Eka Si Budak Comel....hikhik..


Wish dari Farhan dan Jiejiey

Wish dari Adli
Wish dari Anis Si Budak Genius..hikhik


Wish dari Aidah





Dan yang ni pulak Wish Birthday Mak Su Ain yang baru kahwin..Dah mengandung 4 minggu. Wah!! tak sabar nak dapat sepupu baru!! wee...happy! nya




 Pada 15 Feb 2013 jugak Ain ada beli cawan InsoFF..Comel sangat-sangat..Kira cawan tu ialah my birthday present for myself..*sayang kat diri sendiri...haha...lawak XD


 Saat-saat terakhir birthday :



And That's all story about my birthday Wish. Jadi, sapa-sapa yang belum wish birthday kat Ain tu sila wish ye..haha..*desperate birthday wish betul lah Ain ni .......

But sampai sekarang, hadiah birthday tak dapat lagi dari kawan-kawan Ain :

 Mangsa-mangsa :
Adli : Kacang Koperasi
Ijat : Kek Coklat kantin
Pehe : Makanan
Udin : Ais-Krim

Memang Ain ni desperate hadiah betul lah..Tapi, ada orang kata Birthday cuma sekali setahun. Jadi, masa nilah boleh mintak hadiah banyak-banyak..muehehe......:3








08 February 2013

Perkenalkan Windows 8!





Assalammualaikum, semua!

Hari ini, Ain nak kongsi dengan korang tentang Windows 8 yang Baru! Kenapa Ain nak kongsi tentang ni? Bukan apa, Ain cuma takut korang jadi macam Ain. Ain ingat lagi, first time guna Windows 8 ni, Ain cubalah klik situ, klik sini, klik atas , survey windows 8 ni satu persatu sampailah Ain bosan. Masa nak turn off laptop tu lah jadi masalahnya. Dalam hati "Oh, no! Nak tutup laptop ni macam mana? Mana button shut down?" Pening jugaklah cari button Shutdown tu. last sekali terpaksa tanya my daddy. Walaupun, korang belum guna lagi Windows 8, it's important to know sebab senanglah nak guna nanti. Ni tak, jadi macam Ain. Jadi, jom start! Eh, macam tutorial pulak!





1) Selepas kita Turn On laptop, first sekali dia muncul bukan Desktop, tapi Start. Dalam Windows 8 ni, Start dia bukan lagi Colum Bar tapi dah jadi Skrin Penuh tau! Jadi, dalam Start tu ada Dekstop. Jadi, kita nak pergi desktop dan tekan icon dekstop tu.




2) Dalam Windows 8 ni, dia main guna bucu tau! Kita kena halakan cursor pada 4 bucu. Screen kita segi empat, jadi maksudnya ada 4 buculah kan? 2 bucu sebelah kanan sama fungsi iaitu, keluar colum yang menyimpan Search, Share, Start, Device dan Setting.


 3) Bagi, bucu no.2 tu pulak ialah kalau kita halakan di desktop akan keluar Start. Step seterusnya, contoh kita bukak Lagu.


4) Buka lagu> Tekan kanan pada mouse supaya dapat tekan reply, stop dan play lagu tu > Halakan pada bucu no.1 untuk kembali ke desktop> Jika nak padam, kita perlu keluarkan bar hitam tu. Tekan kanan pada mouse di icon music tu. Akhir sekali, tekan close.

 # Nak buka Bar hitam tu memang susah. But, kalau dah biasa dan practise , senang je nak bukak. Macam Ain. **Ceewwahhh! Dah start perasan dah.

Akhir sekali. Step nak Turn Off Laptop pulak!



 5) Halakan pada bucu no. 3 atau no.4> Ia akan keluar bar hitam>  Tekan Setting.> Tekan Power>Akhir sekali tekan Shut Down.

Done! Laptop kita dah boleh Turn Off!! Harap Post ini dapat memberi korang gambaran dan sedikit ilmu pasal Windows 8 ni walaupun hanya sikit je masuk dalam otak kan? hahaha .# I know it!

Kbai!

Tekan sini untuk Dapatkan Kerja --> Jom dapat kerja!



P/S : 15 Februari ni hari lahir Ain..muehehehe <---sempat lagi promote birthday!



04 February 2013

Tutorial : Cara Buat FB Fanpage



Hai, semua!
 

Kali nie, Ain nak buat Tuto macam mana nak buat FB Fanpage. Sebenarnya, setiap blogger perlu ada satu FB Fanpage sendiri untuk blognya. Awak tanya kenapa? Sebabnya ialah bagi memudahkan Follower dan pengunjung tahu apa Updated terkini tentang Blog kita. satu lagi, kita akan senang berhubung dan berkomunikasi dengan pembaca blog kita. Banyak manfaatnya ada FB Fanpage sendiri kan? Jadi, tanpa membuang masa lagi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, jom mulakan Tuto kita kali nie!!!



1) Langkah mula-mula sekali, pergi Link ni --->  Create a Page



Pilih Cause or Community. Pada kotak kosong tu, korang isi nama Pages korang dan Tick pada I agree to Facebook Pages Term. Then, tekan Get Started!

2) Selepas tu, upload gambar Pages.
3) Dalam About, sila isi detail tentang Pages dan letak link Blog korang.
4) Dalam Facebook Web Address, sila isikan address/perkataan yang korang suka. Tapi, digalakkan isi perkataan yang berkaitan dengan nama Pages korang. Contohnya, nama Page Ain Nurain Syahirah Blog, Address Fanpages Ain ialah  http://www.facebook.com/nurainsyahirah97..Nampak? Address  Ain ialah nurainsyahirah97. Faham?

5) Tekan skip


Siap!! Sila ambil masa untuk Upload Gambar Timeline Fanpages korang tu!! #kbai :3











Tutorial : Cara Buat Tulisan Terbalik di Facebook


Hai, semua!


Ini salah satu Tricks yang popular sekarang ni. Tapi, kurang digunakan sebab susah nak baca. Kang tak pasal-pasal kepala jadi terbalik...hahaha..Tulisan terbalik ni, bukan sahaja boleh diletak di Facebook tapi boleh jugak diletak di Blog dan Twitter. Jadi, macam mana cara nak buat tulisan terbalik ni? Nak tahu? Jadi, jom mulakan Tuto kita kali nie!


1) Pergi Link Nie --> TULISAN TERBALIK



Tulis ayat korang dan copy ayat terbalik korang tu. Lepas tu, ikut suka hati koranglah nak paste kat mana sama ada di Facebook, Twitter, Blog atau Youtube.





Credit to : Esc-Creation




Tutorial : Cara Buat Tulisan Biru di Facebook



Hai, semua!


Sekarang kat Facebook, dah ramai yang buat Status warna biru. Komen pun warna biru. Kalau dulu, kita perlu tag Pages untuk jadikan tulisan tu warna Biru. Tapi, sekarang kita boleh buat Tulisan Biru tanpa main tag-tag lagi..hahaha...Harap-harap suatu hari nanti ada tulisan warna kuning pulak. Merah ke? Biar status FB jadi warna-warni sikit. Mesti Colourful FB nanti...hahaha

Jadi, jom start Tutorial kita kali nie :

Untuk menjadikan tulisan warna biru, korang hanya perlu guna kod nie :

@@[0:[0:1:Tulis Ayat dalam ni]]

 Contohnya : @@[0:[0:1:Jom masuk Universiti Petronas!! Best!! Tapi, kena dapat 11A dalam SPM!]]






03 February 2013

Tutorial : FB Like Button (button_count)



Assalammualaikum, semua!


Kali nie Ain nak ajar buat FB Like Button jenis button_count. Bentuk FB Like Button jenis button_count seperti gambar kat bawah ni :


Amacam? Comel tak FB Like Button jenis button_count ni? Jadi, jom mulakan Tutorial kita!

1) Mula-mula, tekan link ni ---> Facebook



Merah : Isi URL FB Fanpages korang
Unggu : Pastikan button_count
Hijau : Adjust Lebar yang korang nak


Selepas siap isi semua tu, tekan Get Code!



Pastikan korang tekan INFRAME dan copy kod yang keluar tu :3

2) Pergi Dashboard> Layout> Add a gadget > Paste kod tu

3) Preview dan Save! Okey, dah siap!!!!






Tutorial : FB Like Button (box_count)


Assalammualaikum, semua!


Kali nie Ain nak ajar buat FB Like Button jenis box_count. Bentuk FB Like Button jenis box_count seperti gambar kat bawah ni :



Comelkan FB Like Button jenis box_count ni? Jadi, apa tunggu lagi. Jom mulakan Tutorial ni!!

1) Mula-mula, tekan link ni ---> Facebook


Merah : Isi URL FB Fanpages korang
Unggu : Pastikan box_count
Hijau : Adjust Lebar yang korang nak


Selepas siap isi semua tu, tekan Get Code!



Pastikan korang tekan INFRAME dan copy kod yang keluar tu :3

2) Pergi Dashboard> Layout> Add a gadget > Paste kod tu

3) Preview dan Save! Okey, dah siap!!!!


Mintak komen sikit...muehahaha :D













Tutorial : FB Like Button (Standard)



Assalammualaikum, semua!

Meh, Ain nak ajar cara nak letak FB Like Button dalam Blog. Yang Ain nak ajar ni ialah Like Button jenis Standard. Sebenarnya, ada pelbagai jenis FB Like Button seperti button_count dan box_count. Tapi, kali nie hanya Ain ajar FB Like Button jenis Standard. Bentuk FB Like Button jenis Standard, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni :



1) Mula-mula, pergi link ni --> FACEBOOK


 1. Merah : Isi URL Facebook Fanpages korang
2. Unggu : Pastikan STANDARD
3. Hijau : Isi berapa Lebar korang nak FB Lik Button tu
4. Biru : Tick pada Show Faces. Kalau taknak, jangan Tick.
5. Kuning : Pastikan Light


Selepas siap isi semua tu, tekan Get Code!



Pastikan korang Tekan INFRAME dan copy kod yang keluar tu.

3) Pergi Dashboard> Layout > Add a gadget > Paste code tersebut.

4) Preview dan Save! Yeyyhhhh, dah siappp!!!









Tutorila : Like Box Facebook



Assalammualaikum, semua!

Apa itu Like Box Facebook? Like Box tu ialah Kotak Fanpages Facebook yang mempunyai maklumat tentang Updated Fanpages Facebook kita. Bentuknya seperti gambar kat bawah ni :

 Ada nampak? Ada faham? Jadi, jom start Tutorial kita kali nie!!

1) First step, korang perlu pergi ke link ni---> Facebook
2) Second step, sila tengok gambar bawah ni, okey? :



Kotak Merah : Isikan URL Fanpages FB korang
Kotak Unggu : Isikan brape Lebar korang nak Like Box korang tu. Kalau Ain punya, 280.
Kotak Pink : Isikan berapa Tinggi korang nak Like Box Korang tu. Yang Ain punya, 250
Kotak Biru : Tekan 'Get Code' untuk mendapatkan Kod Like Box korang tu.



Pastikan korang tekan INFRAME, dan copy kod yang muncul tu.

3) Pergi Dashboard> Layout> Add a gadget > Html/JavaScript > Paste kod yang korang copy tu :3

Siap!! Preview dulu takut tak jadi. Kalau dah pasti jadi, tekan SAVE! Siap!!

Sila Komen jika jadi :D



01 February 2013

Alhamdulillah, rezeki bulan Februari!



Assalammualaikum, semua!

Okey, ini Entry yang simple selepas sekian lama blog ni tak updated. Hahaha..Bukan apa Ain tak updated, cuma Ain busy dengan sekolah al-maklumlah selepas jadi Pengawas Sekolah tahun ni..muehahaha..#dah start perasan dah#  Alhamdulillah, even Ain tak updated blog pun, rezeki sentiasa datang bergolek jugak. Syukur pada Allah! Jadi, rezeki apa yang gempar-gempur kan sangat ni? Taraaaa...Ini dia :



Ain menang hadiah dari 1st New Year Giveaway by SD. I get Phone Case Hand Made dari Sponsor Deq Nur. Terima kasih SD dan Deq Nur! Love You!  #dah start gedik dah#


Seterusnya, Ain menang GA dari_____, pi tengok bawah sendiri..Tadaaaaaa:



Ain menang baju dari New Year Giveaway by Shazreena Shukri. Thanks a lot, Kak Shazreena dan pihak yang sponsor baju tu!! 



Ni yang membuat Ain rasa lebih bersemangat nak join Giveaway lagi nie. Sebenarnya, Ain dah nak berhenti join Giveaway, but bila dapat rezeki macam ni, niat tu dah terhilang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa. #Alamak dah Balaghah dah# Ni lah jadi nyer bila dah belajar Balaghah, tapi bagus jugak sebab mengamalkan dalam kehidupan seharian, bukan belajar je..Lain kali Ain nak berbalaghah lagi lah....hahaha

Jadi, Ain harap para blogger sekalian dapat menghirup segala semangat dan kekuatan dari Entry Ain ni untuk meneruskan bergiveaway, bercontest, bersegmen dan yang paling penting sekali terus support blogger lain, okey? Entry ni bukan untuk menunjuk atau membanggakan diri Ain yang serba kekurangan ni, tapi untuk bagi korang semangat dalam join GA, Segmen dan Contest. Hwaitingg! Terus maju Sukan Negara Demi Negara!!! <--sempat lagi buat lawak...:3



Balaghah
=ialah subjek Bahasa Arab yang diajar di sekolah menengah Arab. Balaghah mengajar cara untuk bercakap dan menulis dangan bahasa kiasan dan berbunga-bunga yang dapat menyentuh hati dan jiwa pendengar dan pembaca. Jadi, jika diperhatikan, pelajar Arab selalunya pandai bercakap, bersopan santun dan pandai ambil hati orang kerana mereka belajar Balaghah.





Tutorial : Download Paint Tool SAI


Assalammualaikum, semua!

Kali nie, Ain nak buat Tutorial sikit pasal cam ner nak download Paint Tool Sai. Memang kebanyakkan blogger famous akan guna Paint Tool Sai dalam melukis Doodle dan pelbagai kartoon animated sebab mudah dan senang. Nak download Paint Tool Sai ni pun mudah je. Tak payah tunggu lama-lama nak dekat sejam download Paint Tool Sai ni sebab dia punya Capacity hanya 3.9MB je. Kalau Photoshop 85.3MB. Wow! Banyak kan dia punya perbezaan Capacity tu. Jadi, kalau dah berminat nak download tu, meh Ain tolong ajarkan korang biar pandai..hahaha

Tapi, ingat. Sebelum download ni. Korang kena pastikan korang ada WINRAR. Kalau belum ada, pergi download CEPAATT!!! Sebab Tutorial kita dah nak bermula ni..hahaha

1) Step pertama ialah pergi ke Link ni ---> 4share :Portable SAI

2) Step kedua, sila tengok gambar kat bawah ni ye...:


Sila tekan 'Muat Turun' ye..


Tekan 'Muat Turun Percuma' dan tunggu 20 saat. Alah, 20 saat je tunggu bukannya lama sangat pun kan? kan?


Tick pada Save File dan tekan OK.




Tunggu sehingga habis download ye..:D Selepas dah siap download, tekan Portable SAI tu dan bukak menggunakan WINRAR.



Dalam WINRAR tu, korang tekan Portable Sai dan Tekan Yes bila Komputer minta kebenaran (User Account Control)


And see!! Korang dah ada Paint Tool Sai Sendiri!!! Jika happy, sila lompat kegembiraan yer.....hahaha

Kalau jadi sila komen dan kalau tak faham sila tanya, saya Ain Syahirah sedia membantu! hahaha...#lawaklah sangat


Oh,ya! Credit to Wan Scremohaz