25 July 2013

Majlis Berbuka Puasa 4 Mekah Maahad Muhammadi Gua Musang





Hai, semua!



Alhamdulillah, ibadat puasa setakat nie, Ain dapat jalaninya dgn baik. Well, part best kalau puasa di bulan Ramadhan mestilah Majlis Buka Puasa, kan? kan?  Samalah dengan kelas Ain. Baru-baru nie, kelas Ain, 4 Mekah telah mengadakan Majlis Buka Puasa atau juga dikenali Iftar Ramadhan di sekolah kitorang, Maahad Muhammadi Gua Musang. Memang bestzz gilerzzzz...Boleh angkat ibu jari ceggini tau...ahaha....

Dengan makanannya yang super duper lazat dan Yummy gitewww ~ ~ Memang perut Ain that time happy giler-giler..Semua bahkan setiap makanan terutama dessert dan pencuci mulut semua disumbat ke dalam mulut ain yang comel nie. I try satu-satu tau.. Seriusly, memang that time seluruh jiwa raga Ain, jasad, batin, rohaniah dan seumpama dengannya mengeluarkan unsur-unsur gembira tahap orang baru KAHWIN!!...That’s it! Diri ini dah start gedik dah...ahahaha....

Tapi, malangnya..Pabila daku check gambar-gambar yang daku tangkap time Majlis Buka Puasa tu, takda langsung gambar makanan..Huwwwaaaaa..sedih.....mungkin terlalu eksaited dalam menyumbat makanan ke dalam mulut comel ni sampai terlupa nak ambil gambar makanan yang lazat gilerr terutama dessert macam Triffle, Kek Coklat, Kek Hokaido, Cocktail, Kek Batik, Kek Pavlova (yang ni ada tangkap), dan yang paling penting Aiskrim Vanilla...Sumpah! Menyesal giler tak tangkap gambar makanan..Menyesal! Menyesal!   *hantuk kepala dekat meja

Apapun, yang lepas dah lepas. Let bygone be bygone. Jadi, kat bawah ni beberapa gambar yang penting dan bersejarah dalam hidup  makcik sebelah rumah punya kawan punya jiran punya anak menantu punya kawan Ain....ahaha...lol..XD apa yang aku merepek ni.. XD


Baru Balik Dari Membeli barang untuk buat Pavlova!

Barang-barang buat Pavlova!!

Potong buah anggur dan kiwi untuk letak atas Pavlova!!

Time ni tengah tunggu Pavlova kitorang masak dalam Oven

Tadaaa!! Pavlova kitorang dah siap!!

 Sesi bergambar dengan our lovely Pavlova!!

 Dari Kiri, Basirah, Eka, Anis dan Ain.


Kawan –Kawan yang lain sibuk persiapkan Majlis buka puasa, Ain and the Geng pulak menyibukkan diri dalam buat kek Pavlova. Memang kitorang ni jahat betullah sebab tak tolong diorang..Mungkin sebab tu kot kek Pavlova kitorang tak menjadi..ahahaha..Terbit seribu penyesalan dalam diri daku ini sampai sekarang still rasa bersalah lagi nie...Sorry, Nik...I promise I will don’t do that again...Saya janji dengan lima jari saya ni, Satu Dua Tiga Empat Lima *angkat tangan* takkan buat macam tu lagi..lol..ahahaha XD

And that’s it! Time Buka Puasa tu, memang ramai betul cikgu datang. Yang Ain paling suka, cikgu tu bawak family dia sekali...ahaha..masa ni lah Ain ambil kesempatan untuk mendukung, mencubit, memberi flying kiss kat anak cikgu tu..ahaha..sian baby tu jadi mangsa I ...You know I ni suka budak-budak terutama baby comel-comel...





 Meriahkan? Thanks Cikgu, Ustaz dan Ustazah sebab sudi datang dan meriahkan Majlis Iftar ni...:D


 Ustaz dan Ustazah bersama family mereka..:D

 
  Ain dengan baby comel. Baby comel ni pun nama Ain..ahaha..

Dalam Majlis Buka Puasa, yang paling part yang Ain suka sekali ialah kitorang pelajar 4 Mekah saling tukar hadiah. Memang gempak giler time nie dengan gelak ketawa diorang termasuk I gelak sekali. Yelaahh..sapa tak suka bila hadiah yang kita bagi tu biasa-biasa, tapi time tukar hadiah tu dapat hadiah yang high quality...WOWW!! Memang SUKA SANGAT SANGAT!! Macam Ain (berbuatan kejam seumur hidup), Ain bagi hadiah makanan snacks je..Tapi, tahu tak apa yang Ain dapat? Nak tahu tak Ain dapat apa?  AIN DAPAT  SUPERB DUPERB COMEL Greeny!! Ain rasa nak bagitahu satu dunia tau...” DUNIA, I GET THIS SUPERB DUBERB CUTE STUFF!!! Don’t jealous, okey??” ahaha...


Greeny dibalut dalam kertas comel ni..:D

Greeny yang Super Duper COMEL!!Aww! Aww!! :3


 Setiap pagi, kalau Ain bangun dari tidur mesti Ain tengok Greeny . Pastu, Ain bagi flying kiss kat Greeny  sebab Greeny tu comel sangaaattttt..Greeny  asyik tersenyum je kat Ain, sampai kalau Ain tenung lama-lama, Ain rasa bahagia and Ain akan balas senyuman Greeny ...Dengan adanya Greeny, Ain dapat mulakan pagi Ain dengan think positive...Thanks Greeny and thanks to my lovely friend yang hadiahkan Greeny ni kat Ain. I really appreciate it! Luv U, friend!!




 Kumpul hadiah ni satu tempat dulu sebelum pertukaran hadiah berlangsung..muehehe..:D

 
 Ini lah budak lelaki 4 Mekah. Ini je gambar budak lelaki yang Ain sempat ambil sebab time ni Ain sibuk merasa semua dessert ...


 Time nie, cikgu semua dah balik. Kitorang pun start makan. Oh! Lupa nak bagitahu, tema Majlis kitorang warna biru. Kitorang semua pakai baju  sama..Comel tak kitorang? muehehe.....

 
 Budak lelaki yang lain duduk kat depan nuh.. Dekat dengan skrin besar.. (Zara yang Comel!)

 Budak-budak 4 Mekah tengah menjamu selera...:D

 
 Basirah dgn Ira tengah makan ais-krim Vanilla..Yummy!!



 Azmah dan Cik Eywa tengah makan Cocktail..

 
 Basirah, Anis dan Syahirah tengah makan diorang punya favourite iaitu kerang..


Pavlova, Yummy!!


Sesi potong kek Pavlova!! Dari Kiri, Eka, Anis, Ain dan Basirah..



Me with Azmah and Cik Eywa!!



 
Comel tak kitorang?? muehehe...


Para gadis remaja yang comel comel belaka.



Akhir kata, Ain nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Cikgu,Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah yang sudi hadir pada Majlis Buka Puasa 4 Mekah. Dan jugak Ain nak ucapkan terima kasih jugak pada Pengarah dan AJK Aktif Program Majlis Buka Puasa 4 Mekah atas Majlis Iftar yang Super Duper Awesome ni!! Dalam Majlis ni, telah tercipta satu memori gembira buat Ain dan Ain takkan lupa sampai bila-bila pun...Thanks, you guys!!!!















8 comments:

Pena Islam said...

salam..sy tag anda di sini
http://www.madrasahkehidupan.com/2013/07/ramadhan-giveaway-by-zz.html

fasha said...

hai ain...salam perkenalan...

wahh budak skola skang coolnyee iftar mcam ni..huuu...

anyway I miss sekolah pkai tudung labuh macam tuu...hehehe

misz sheyla said...

sekolah ke asrama???boleh masak2 eh??terbaik la :)

Azney Shamsuddin said...

pandai buat pavlova ...senang tak ???

Wak Gelas™ said...

Selamat Hariraya Aidilfitri Maaf zahir bathin dari wak .. Hati2 djlnraya yeee (peringatan tuk diri sendiri wak jugakks).. ;-p

psst.chomeyynyer korang..,ehhhke

Ain Syahirah said...

@fasha : hai, kak fasha! kitorang memang cool dalam kelas..gelak kuat..ahaha..:D

Ain Syahirah said...

@miss sheyla : sekolah je, miss sheyla..tak, makanan ni kitorang tempah dgn mama Nik..kalau masak sendiri, memang tak berbuka lah puasa hari tu sbb makanan tak siap...ehehe...:D

Ain Syahirah said...

@azney shamsuddin : oh, pavlova? ahaha...ni first time ain nga kawan-kawan buat...senang je buat pavlova, kak azney...bahan-bahan dia sikit dan cara-caranya pun senang je....

tapi, cubaan pertama kitorang buat pavlova ni tak menjadi...ahaha....XD