16 May 2013

Usrah & Aku Naqibahnya





 Hai, semua!



             Alhamdulillah, Usrah berjalan dengan lancar! Okey, mesti korang ada yang tak tahu apa itu Usrah? Kan? Kan? Kat sekolah Ain since sekolah Ain ialah sekolah arab agama, mestilah ada buat Usrah. Usrah tu dia macam terdiri beberapa kumpulan Usrah. Kumpulan Usrah tu terdiri daripada 10 orang ahli . Lebih dari 10 orang ahli pun ada jugak. Lepas tu, ada Naqib atau Naqibah yang akan ajar ahli-ahli Usrah tu. Naqib dan Naqibah tu pulak terdiri daripada pengawas-pengawas dan ahli badan dakwah.  Jadi, Ain adalah salah seorang Naqibah! Kitorang ajar ahli-ahli Usrah tu berdasarkan buku yang sekolah bagi.


              Tahun lepas, Usrah memang dah lama ada but masa tu Ain jadi ahli Usrah je. So, tahun ni first time Ain jadi Naqibah..haha..Mungkin agak teruja atau over excited , diri ini pun ter-rajinlah buat Fail Usrah dengan latihannya, dengan biodatanya..Entah. Ain pun tak tahu kenapa Ain boleh brsemangat macam tu sekali padahal esok dah nak periksa..Masa nak kena cari budak ahli Usrah tu pun sama, Ain jadi rajin nak cari diorang. Kawan-kawan Ain rileks je taknak cari, tapi entah Ain ni terlebih rajin nak cari diorang..huhu....

                Mungkin berkat kesungguhan dan ikhlas Ain untuk berdakwah kot, Ain dipermudahkan segala aktiviti Usrah Ain masa tu. Dengan dapat ahli usrah yang sportting dan mesra. Ain bersyukurlah dapat Ahli Usrah tingkatan 2. Kebanyakkan kawan Ain dapat ahli Usrah tingkatan 3. Memang Ain ni kira untung  sessangaaatttt....muehehe..*sayabanggaapayangsayadapat*

Yang moment paling Ain suka dan teringat sampai sekarang masa dalam  Usrah tu ialah bila Ain dan budak-budak ahli Usrah tu masuk Bab 2 : Perkara Hubungan Iman dengan Cinta.


Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW sabdanya “ Tidak(sempurna) beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya sebagaimana yang ia cintai untuk dirinya sendiri. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Imam An-Nawawi berkata : “Seandainya seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana cintanya kepada dirinya sendiri, sesungguhnya ia adalah seorang yang pedengki”


So, Ain pun tanya budak-budak Usrah tu “ Hah! Siapa yang pernah dengki kat sini?” Semua angkat tangan. “ Semua dengki? Hmm..Kalau dengki iman tak sempurna  tuuuu....Dengki pasal apa ni?”

Berebut-rebut diorang jawab :

“Dengki sebab kak comel”

“Dengki sebab kak tinggi, kak. Saya rendah je. Kak, makan apa jadi tinggi?”

“Saya dengki sebab kat bijak”

“ Ha’a! Saya pun sama dengki gitu. Sebab kak comeell”

“Ha’a! Kak Comel”


WoiI, Woii...semua dengki kat aku..jelez lah tu..haha...Kembang semangkuk hidung Aii bila budak-budak Usrah sebut perkataan comel..haha...Timbul *perasan* kat situ sebentar...hahaha..Yang Ain jawab ialah “Oooo..kak bangga kak tinggi. Nanti boleh jadi model macam Blogger Fatin Liyana” Diorang pun gelak ramai-ramai..Mungkin dia gelak sebab Ain nak jadi model kot....Mungkin budak-budak tu ingat Ain nak jadi model yang peragakan baju ketat-ketat tu dan mereka rasa lucu sebab terbayangkan Ain pakai baju macam tu..Hellooo..pelisslah..Aii nak jadi model Muslimah, okey.....hihihi...Masa balik tu, diorang salam tangan Ain. Baikkan budak-budak Usrah Ain nie...

Masa balik tu pun diorang ada tanya :

“Kak, minggu depan belajar bab 3 dan bab 4 pulak ek?”

“Kena baca dulu ke bab 3 & bab 4 untuk minggu depan, kak?”

“Kak, minggu depan belajar kat sini lagi ye...”


Budak-bdak Usrah tu semua cakap nak minggu depan. Hellooooo, minggu depan takda Usrah ye..Minggu depan satu lagi baru ada Usrah. Dua minggu sekali ye Usrah ni ada...hihi..Nampak sangat diorang macam tak sabar nak buat Usrah lagi. So, Ain rasa diorang dah suka Usrah dan tak sabar-sabar nak buat Usrah lagi. It’s mean Ain dah berjaya tarik minat diorang terhadap Usrah..Clap your hand to me every body...pak! pak! pak! Oh, Thank You! Thank You...

So, sekarang Ain tengah fikir nak buat aktiviti apa nanti Usrah akan datang biar diorang tak rasa bosan...Hmm..korang ada idea tak? Mehlah kongsi dengan Ain..

 
Okey, That’s all pasal Usrah. Kbai...


6 comments:

Hayyikaz Idiaz said...

Tahniah dan takziah sebab menjadi naqibah.. Tahniah sebab bukan semua dapat jadi naqibah.. takziah sebab tanggungjawabnya sangat berat untuk dipikul.=)

Ain Syahirah said...

Terima kasih, Hayyikaz! hihihi..Insyaallah, Ain akan laksanakan tanggungjawab tu dengan sebaik mungkin... :D

Hamir Rahman said...

hye saya pengajur Ga ni dan nak pelawa and menjemput
tuan blogger untuk join GA saya ni yer. :D

Harap sudi ya. selamat berblogging. :D
http://www.amercorner.com/2013/05/may-giveaway-by-amer-corner.html

...iSyA Purple* said...

same la kite, ain.. saya mula2 jadi naqibah pon mase form 4..

ehh.. tapi apsal sistem usrah sekolah ain tu macam same je ngan sistem usrah sekolah saya? 2 kali seminggu . hehe.

tapi naqibah tu ada yg dipilih melalui temuduga.

btw, congrats la sbb bejaye tarik ank2 usrah . sy dulu mase form 4 pun mcm tu jgk. first time kan, semangat gilak. ! tapi bile dapat ank usrah form1., diorang mcm pemalu cket. last2, mase hari jamuan baru dpt dengar suare sorang2. hehe.. manfaatkan hari jamuan tu baek2 yer!!!

*sori la komen panjang sgt.hehe*

Ain Syahirah said...

Eh! takpa panjang2 pun. Ain suka orang komen blog Ain panjang panjang..haha..:D

btw,lucu budak2 Usrah kak Isya..hihi..

Ain rasa mesti sekolah kak Isya Awesome sebab siap ada temuduga..Ni mesti sekolah Cemerlang.


hihi..terima kasih atas wish tu...suka! suka! :D

Ain Syahirah said...

@Hamir Rahman : Insyaallah, Ain akan join :D Thanks for invites!! :D