18 April 2013

12 Subjek SPM





Hai, semua!


Memang Ain dah fikir masak-masak dan buat keputusan nak ambil 12 subjek untuk SPM ni. Mesti korang kata banyak kan? Bagi Ain taklah banyak sangat..Ain tanya cikgu Ain dan cikgu cakap paling maximum subjek yang boleh ambil ialah 12. Kalau cikgu cakap maximum 17, memang Ain dah ambil 17...haha..Ain memang dengki giler masa zaman kak Madihah yang dapat 20A 1 tu..Ain pun nak ambil 20 subjek jugak. Tapi, nak buat macam mana, sekarang dah ada limited setakat 12 subjek je boleh ambil.

Sebenarnya, kat sekolah Ain, biasanya pelajar-pelajar Sains lain ambil 11 subjek je termasuk Bahasa Arab Tinggi. Tapi, kenapa Ain ambil 12 subjek? Satu subjek lagi tu Ain ambil Prinsip Akaun sebab masa PMR lagi Ain memang minat giler pasal Simpan Kira. Tu pasal Ain selalu dapat markah tinggi dalam KHB..paling tinggi sekali dalam kelas tu..alala..teringat kisah lama masa ting.3..Cikgu Rusnani cakap masa Ain dapat markah tinggi dalam periksa "Insyaallah, Ain pasti dapat 9A dalam PMR" <--terharu dengan ayat ni....hohoho..=D


Dan kat sini, bersaksikan blog comel Ain nie dan dihadapan ramai blogger dengan bangga dan yakin nya ingin menyatakan :

" YA! Ain memang pasti nak ambil Prinsip Akaun!"
" YA! Ain memang pasti nak ambil 12 Subjek dalam SPM!"
"Ain takkan undur diri atau berpatah balik!"
"12A plus adalah target Ain!!"



Jadi kat sini secara rasminya Ain ambil 12 subjek dalam SPM. Eh, Macam Majlis perasmian pulak! ..main rasmi rasmi ni.....haha XD

Inilah 12 Subjek yang Ambil dalam SPM :

1.   Bahasa melayu
2.   Bahasa Inggeris
3.   Sejarah
4.   Matematik
5.   Matematik Tambahan
6.   Biologi
7.   Kimia
8.   Fizik
9.   Pendidikan Syariat Islam
10. Pendidikan Al-Quran & Sunnah
11. Bahasa Arab Tinggi
12. Prinsip Akaun



Semoga Allah memudahkan segala urusan Ain dalam menuntut ilmu dan berjaya dapat 12A plus dalam SPM....Amin..........=)






5 comments:

sHaRiNa eLyaNa said...

usaha lbh ya syg :) gud luck

Ain Syahirah said...

Thanks, kak Sharina! ;D

Insyaallah, Ain akan usaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk SPM ni!! =D

Noor Najwa said...

good luck..kita sama la spm thun nie..najwa ambik 10 je..

Ain Syahirah said...

Terima kasih, Najwa! Ain SPM tahun depan 2013..haha..tahun ni, Ain baru tingkatan 4..muehehe....;D

Ain Syahirah said...

@Noor Najwa : Gudluck for your SPM thn ni...nanti Ain nak tanya kak Najwa addmath laa....susah sgt addmath..*pening...muehehe :D