24 March 2013

Seharian di UITM Machang dan Tesco!



Assalammualaikum, semua!


Weee...Cuti Bulan 3 dah datang akhirnya! Dalam kesibukan melayan telatah Encik Facebook, Umi Ain pun bercadang nak bawak kitorang satu keluarga ke Ekspo Selangkah ke UiTM di Machang, Kelantan since abang Ain, Syahir dah dapat result SPM. Seronok arr gi Ekspo ni. Ain dapat banyak ilmu dan maklumat tentang UiTM. Eh! Macam Ain pulak semangat nak masuk U...haha...



Abang Ain ni sorang masa gi Ekspo tu, dia tak bawak langsung sijil-sijil dan slip SPM. Kan dah menyusahkan kitorang sekeluarga...Padahal Umi Ain dah pesan suruh bawak. Dia bagi alasan macam ni " Tak dengar pun Umi cakap suruh bawak sijil. Lagipun, Syahir nak tengok tengok gitu je..Ni kan Pameran"....Tengkorak kau ni Pameran. Kau ingat ni Pameran Artifak Purba Mesir ke nak tengok tengok gitu?..Ini ialah Ekspo Universiti lah yang perlukan sijil-sijil dan slip SPM.. <--bukan ayat yang Ain guna..Saje bagi Klise sikit....muehehe....

Masa Ekspo tu, abang Ain hanya turut serta dalam "Check Online" dan "Kaunseling"..Dalam Check Online tu, kita kena ke satu bilik macam bilik komputer dan check semakan permohonan ke UiTM secara Online. Pastu, print. Kemudian, pergi ke Bilik Kaunseling dan mendapatkan sedikit nasihat dan kaunseling tentang Fakulti dan bidang-bidang yang minat diambil...Time tu lah, pakar kaunseling bagi nasihat dan bercerita tentang maklumat-maklumat penting dan anything about UiTM..


Yang ni pulak part Ain paling suka nak cite. Lepas je siap urusan kat Ekspo UiTM tu, kitorang pergi shopping di Tesco! Oh, Yeyyyyyhhhhhhhh!!! Masa ni lah Ain pergi beli buku-buku SPM since Ain jadi a Science Girl , Budak Kelas Sains tu....Ain beli buku di SMO, Kedai Buku Syarikat Muda Osman. Alang-alang beli buku SPM, dengan penuh rasa terujanya bajet muka taktahu malu, Ain ambil lah kesempatan dalam kesempitan mencapai buku novel "Saranghaeyo, Arumi! Arumi Kekasihku!"  Awww! Awww! Sampai kat rumah berebut dengan adik nak baca dulu..K.adik yang menang. Ain main blog, budak tu baca novel....boo Ain booo..kalah dengan adik!!

Sebelum ni, Ain memang kepunam sangat nak makan Durian Crape selepas Fenomena Durian Crape melanda satu dunia blogger. Masa tu semua blogger post pasal keenakkan Durian Crape. So, hari nie Alhamdulillah, dapat jugak Ain merasa Durian Crape.. Memang Best Gilerrrzzzz!!





Dan paling utama sekali Ain nak cite ialah AIN BELI BEG COMEL!! Suka sangaaaaaatttttt!! Mesti kawan-kawan Ain jelezzzzz punya tahap MeleTop! Tadaaa Beg Comel Ain bersama buku-buku SPM:





Disebabkan beg-beg kat situ comel, Ain beli dua beg. Sebenarnya nak beli satu jee..Tapi, disebabkan kerajaan belanja duit bantuan RM100 ringgit, Ain beli dua beg....muehehe....

Itulah cite pasal cuti Bulan 3, lepas ni dah kena ucap GoodBye kat Encik Facebook dan Encik Blogger sebab Ain kena beri tumpuan yang sepenunya kepada Encik Buku SPM...muehehe..Banyaklah kau ber Encik Encik dengan mereka ye, Ain.....

Apapun, doakan Ain dapat 11A+ plus dalam SPM!! Kbai.........









No comments: