01 February 2013

Alhamdulillah, rezeki bulan Februari!



Assalammualaikum, semua!

Okey, ini Entry yang simple selepas sekian lama blog ni tak updated. Hahaha..Bukan apa Ain tak updated, cuma Ain busy dengan sekolah al-maklumlah selepas jadi Pengawas Sekolah tahun ni..muehahaha..#dah start perasan dah#  Alhamdulillah, even Ain tak updated blog pun, rezeki sentiasa datang bergolek jugak. Syukur pada Allah! Jadi, rezeki apa yang gempar-gempur kan sangat ni? Taraaaa...Ini dia :



Ain menang hadiah dari 1st New Year Giveaway by SD. I get Phone Case Hand Made dari Sponsor Deq Nur. Terima kasih SD dan Deq Nur! Love You!  #dah start gedik dah#


Seterusnya, Ain menang GA dari_____, pi tengok bawah sendiri..Tadaaaaaa:



Ain menang baju dari New Year Giveaway by Shazreena Shukri. Thanks a lot, Kak Shazreena dan pihak yang sponsor baju tu!! 



Ni yang membuat Ain rasa lebih bersemangat nak join Giveaway lagi nie. Sebenarnya, Ain dah nak berhenti join Giveaway, but bila dapat rezeki macam ni, niat tu dah terhilang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa. #Alamak dah Balaghah dah# Ni lah jadi nyer bila dah belajar Balaghah, tapi bagus jugak sebab mengamalkan dalam kehidupan seharian, bukan belajar je..Lain kali Ain nak berbalaghah lagi lah....hahaha

Jadi, Ain harap para blogger sekalian dapat menghirup segala semangat dan kekuatan dari Entry Ain ni untuk meneruskan bergiveaway, bercontest, bersegmen dan yang paling penting sekali terus support blogger lain, okey? Entry ni bukan untuk menunjuk atau membanggakan diri Ain yang serba kekurangan ni, tapi untuk bagi korang semangat dalam join GA, Segmen dan Contest. Hwaitingg! Terus maju Sukan Negara Demi Negara!!! <--sempat lagi buat lawak...:3



Balaghah
=ialah subjek Bahasa Arab yang diajar di sekolah menengah Arab. Balaghah mengajar cara untuk bercakap dan menulis dangan bahasa kiasan dan berbunga-bunga yang dapat menyentuh hati dan jiwa pendengar dan pembaca. Jadi, jika diperhatikan, pelajar Arab selalunya pandai bercakap, bersopan santun dan pandai ambil hati orang kerana mereka belajar Balaghah.





2 comments:

Dianaa said...

tahniah! rezeki bulan feb :)

Nurfaezah Abdullah said...

hehehe tahniah ^^