16 August 2013

Sepupu-sepupu kecik





Hai semua!



Oh! It's has been a while Ain tak update blog since post Hari Raya tu..muahaha..bukan apa, Ain busy dengan hal dunia realiti terutama hafal madah SMU. Tapi, sebenarnya hampir setiap hari ain bukak blog..ain bukak dashboard, baca new feed blogger lain..Cuma malas nak update blog je macam tulis post ni...Post ni pun ain malas nak tulis sebenarnya..ahaha..

Masa cuti raya tu, memang gembira sangat dapat jumpa saudara-mara..Ain dapat jumpa sepupu-sepupu comel Ain. Since Umi Ain anak sulung dan abah ain anak kedua dalam keluarga, jadi kebanyakkan sepupu ain adalah budak kecil..Cuma ada lah dua tiga orang sepupu besar sebelah keluarga abah, anak Pak Long..Jadi, itu juga adalah faktor kenapa Ain tak update blog. Ya! betul tu, sebab ain busy layan karenah sepupu ain tu...

Ain ingat lagi macam mana sepupu kecil ain cover dia punya tipu :

Masa tu raya pertama, 1 Syawal..Ain tolonglah mak saudara Ain kat dapur..Then, sepupu Ain umur 3 tahun, Arfah datang lah kat dapur..Ain pun tanya dia " Afah nok sekut rayo ?".*sambil tunjuk biskut raya kat dia...

Sepupu arfah : *geleng kepala*

Ain : ko Afah nok kek coklat niiiii ~ ~ (Dia suka sangat kek coklat!)

Sepupu Arfah : still *geleng kepala* sambil cakap "Afah puasa"

Ain : puasa laa sangat..hari ni satu syawal..haram berpuasa..budak ni nak kena..tipu aku *dalam hati

Ain : Tadi, Kak Ain nampak Afah make tadi tu...*sambil geletek dia

Sepupu Arfah : dokk..Afah puasa *sambil tersenyum sbb hampir kantoi

Ain : Afah tipu kak Ain ek? Kalau Afah puasa, gitu gak takleh laaa make kek coklat ni..Kak Ain nok make kek ni sampai habis...* sambil cuit pipi dia

Sepupu Arfah : still tersenyum kantoi dia sambil mata dia tengok kek coklat yang warna warni sebab atas kek coklat tu ada gula warna-warni..jadi, nampak sedap dan menarik perhatian budak-budak macam Arfah..

Ain : Ain ambil satu keping kek coklat, tunjuk depan  dia pastu masuk dalam mulut ain
          "sedaaaaaaaaaapppppppppp....." *

Arfah : Dia tengok Ain sambil tersenyum kantoi...

Ain : Ain pun ambil satu keping lagi kek coklat...tunjuk kat dia..masa hampir-hampir kek tu nak masuk dalam mulut Ain. Dia pun rampas kek tu dari tangan Ain...pastu dia pun lari terkedek-kedek keluar dari dapur sambil cakap " Afah tak puasa laaaa...Ibu lupa bangunkan Afah sahur tadi..haha..kak Ain kena tipu....."


Ceehhhh!!..sempat lagi dia cover line yang ibu dia tak bangunkan dia sahur..budak ni...Apalagi, Ain pun kejar dia..pastu dapat tangkap..geletek dia sampai pengsan..ooo..over tau aku ni berbalaghah....sampai pengsan naaaa!!!


Entah dari mana aku kutip mainan tu..Yayyhh!!! A untuk Ain...

Ye, itulah budak Afah yang nakal nya..(depan ain)


Abang Ain, Cah (Syahir) yang tersangatlah poyo..Ada ke patut dia suruh Ain ambil gambar ni..sebab gambar atas tu dia yang ambik.. (Ain pun nak masuk dalam gambar jugak!)



Beraya dengan nasi dagang. Yummy! Nampak tak kek coklat depan adik laki ain tu? Belakang tapai? Hah! Tu lah kek coklat yang Arfah nak sangat tu..


Gambar sebelum ni kat rumah Mak Saudara (Jangan salah faham rumah cantik mak saudara ain tu rumah ain..Ye, Anis..Tu bukan rumah Ain..Rumah mak saudara ain comel sikit...Rumah Ain comel baannnyyyaaaaaakkkkk...) Tapi, yang ni pulak gambar kat rumah nenek..Akhirnya, dapat jugak bergambar dengan sepupu kecik yang lelaki..sebab time kat rumah Mak Saudara, sepupu kecik yang laki ni tak sporting nak ambik gambar..Diorang hilang entah kemana tahu time tu sekali dengan adik bongsu Ain, Mat..Pergi kutip duit raya kot....

Time nak ambik gambar ni pun terpaksa kitorang pegang kuat-kuat diorang..see nampak tak sepupu ain tu nak lari terutama Afiq. Yang adik nama afiq (dengan uyu), yang abang nama Irfan (dengan Ain)..Seriusly, dah bertahun-tahun dua sepupu ain ni hidup, baru raya kali ni ain perasan sesuatu..iaitu nama diorang..Afiq? Irfan? nama ni sama dengan nama budak laki dalam kelas ain....ahaha...Jadi, boleh lah ain ucap "I Love U ,Afiq!" "I love U, Irfan!"

ahaha....Ain tuju pada sepupu ain ye..Jadi, kalau kat sekolah, Anis talk about CRUSH..I want to say "I Love Afiq!" "I Love Irfan!"  hoho.....



kbai! =D



















06 August 2013

Selamat Hari Raya!!


Copy Image dari Cik Epal


Hai, semua!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan blogger Ain dan kepada anda yang tengah baca post ni. Ain nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan dan kesalahan Ain terutama kalau korang ada tersinggung dengan ayat Ain dalam blog. Ain mintak maaf banyak-banyak ye....




Selamat Hari Raya!!
















25 July 2013

Majlis Berbuka Puasa 4 Mekah Maahad Muhammadi Gua Musang





Hai, semua!



Alhamdulillah, ibadat puasa setakat nie, Ain dapat jalaninya dgn baik. Well, part best kalau puasa di bulan Ramadhan mestilah Majlis Buka Puasa, kan? kan?  Samalah dengan kelas Ain. Baru-baru nie, kelas Ain, 4 Mekah telah mengadakan Majlis Buka Puasa atau juga dikenali Iftar Ramadhan di sekolah kitorang, Maahad Muhammadi Gua Musang. Memang bestzz gilerzzzz...Boleh angkat ibu jari ceggini tau...ahaha....

Dengan makanannya yang super duper lazat dan Yummy gitewww ~ ~ Memang perut Ain that time happy giler-giler..Semua bahkan setiap makanan terutama dessert dan pencuci mulut semua disumbat ke dalam mulut ain yang comel nie. I try satu-satu tau.. Seriusly, memang that time seluruh jiwa raga Ain, jasad, batin, rohaniah dan seumpama dengannya mengeluarkan unsur-unsur gembira tahap orang baru KAHWIN!!...That’s it! Diri ini dah start gedik dah...ahahaha....

Tapi, malangnya..Pabila daku check gambar-gambar yang daku tangkap time Majlis Buka Puasa tu, takda langsung gambar makanan..Huwwwaaaaa..sedih.....mungkin terlalu eksaited dalam menyumbat makanan ke dalam mulut comel ni sampai terlupa nak ambil gambar makanan yang lazat gilerr terutama dessert macam Triffle, Kek Coklat, Kek Hokaido, Cocktail, Kek Batik, Kek Pavlova (yang ni ada tangkap), dan yang paling penting Aiskrim Vanilla...Sumpah! Menyesal giler tak tangkap gambar makanan..Menyesal! Menyesal!   *hantuk kepala dekat meja

Apapun, yang lepas dah lepas. Let bygone be bygone. Jadi, kat bawah ni beberapa gambar yang penting dan bersejarah dalam hidup  makcik sebelah rumah punya kawan punya jiran punya anak menantu punya kawan Ain....ahaha...lol..XD apa yang aku merepek ni.. XD


Baru Balik Dari Membeli barang untuk buat Pavlova!

Barang-barang buat Pavlova!!

Potong buah anggur dan kiwi untuk letak atas Pavlova!!

Time ni tengah tunggu Pavlova kitorang masak dalam Oven

Tadaaa!! Pavlova kitorang dah siap!!

 Sesi bergambar dengan our lovely Pavlova!!

 Dari Kiri, Basirah, Eka, Anis dan Ain.


Kawan –Kawan yang lain sibuk persiapkan Majlis buka puasa, Ain and the Geng pulak menyibukkan diri dalam buat kek Pavlova. Memang kitorang ni jahat betullah sebab tak tolong diorang..Mungkin sebab tu kot kek Pavlova kitorang tak menjadi..ahahaha..Terbit seribu penyesalan dalam diri daku ini sampai sekarang still rasa bersalah lagi nie...Sorry, Nik...I promise I will don’t do that again...Saya janji dengan lima jari saya ni, Satu Dua Tiga Empat Lima *angkat tangan* takkan buat macam tu lagi..lol..ahahaha XD

And that’s it! Time Buka Puasa tu, memang ramai betul cikgu datang. Yang Ain paling suka, cikgu tu bawak family dia sekali...ahaha..masa ni lah Ain ambil kesempatan untuk mendukung, mencubit, memberi flying kiss kat anak cikgu tu..ahaha..sian baby tu jadi mangsa I ...You know I ni suka budak-budak terutama baby comel-comel...





 Meriahkan? Thanks Cikgu, Ustaz dan Ustazah sebab sudi datang dan meriahkan Majlis Iftar ni...:D


 Ustaz dan Ustazah bersama family mereka..:D

 
  Ain dengan baby comel. Baby comel ni pun nama Ain..ahaha..

Dalam Majlis Buka Puasa, yang paling part yang Ain suka sekali ialah kitorang pelajar 4 Mekah saling tukar hadiah. Memang gempak giler time nie dengan gelak ketawa diorang termasuk I gelak sekali. Yelaahh..sapa tak suka bila hadiah yang kita bagi tu biasa-biasa, tapi time tukar hadiah tu dapat hadiah yang high quality...WOWW!! Memang SUKA SANGAT SANGAT!! Macam Ain (berbuatan kejam seumur hidup), Ain bagi hadiah makanan snacks je..Tapi, tahu tak apa yang Ain dapat? Nak tahu tak Ain dapat apa?  AIN DAPAT  SUPERB DUPERB COMEL Greeny!! Ain rasa nak bagitahu satu dunia tau...” DUNIA, I GET THIS SUPERB DUBERB CUTE STUFF!!! Don’t jealous, okey??” ahaha...


Greeny dibalut dalam kertas comel ni..:D

Greeny yang Super Duper COMEL!!Aww! Aww!! :3


 Setiap pagi, kalau Ain bangun dari tidur mesti Ain tengok Greeny . Pastu, Ain bagi flying kiss kat Greeny  sebab Greeny tu comel sangaaattttt..Greeny  asyik tersenyum je kat Ain, sampai kalau Ain tenung lama-lama, Ain rasa bahagia and Ain akan balas senyuman Greeny ...Dengan adanya Greeny, Ain dapat mulakan pagi Ain dengan think positive...Thanks Greeny and thanks to my lovely friend yang hadiahkan Greeny ni kat Ain. I really appreciate it! Luv U, friend!!




 Kumpul hadiah ni satu tempat dulu sebelum pertukaran hadiah berlangsung..muehehe..:D

 
 Ini lah budak lelaki 4 Mekah. Ini je gambar budak lelaki yang Ain sempat ambil sebab time ni Ain sibuk merasa semua dessert ...


 Time nie, cikgu semua dah balik. Kitorang pun start makan. Oh! Lupa nak bagitahu, tema Majlis kitorang warna biru. Kitorang semua pakai baju  sama..Comel tak kitorang? muehehe.....

 
 Budak lelaki yang lain duduk kat depan nuh.. Dekat dengan skrin besar.. (Zara yang Comel!)

 Budak-budak 4 Mekah tengah menjamu selera...:D

 
 Basirah dgn Ira tengah makan ais-krim Vanilla..Yummy!!



 Azmah dan Cik Eywa tengah makan Cocktail..

 
 Basirah, Anis dan Syahirah tengah makan diorang punya favourite iaitu kerang..


Pavlova, Yummy!!


Sesi potong kek Pavlova!! Dari Kiri, Eka, Anis, Ain dan Basirah..



Me with Azmah and Cik Eywa!!



 
Comel tak kitorang?? muehehe...


Para gadis remaja yang comel comel belaka.



Akhir kata, Ain nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Cikgu,Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah yang sudi hadir pada Majlis Buka Puasa 4 Mekah. Dan jugak Ain nak ucapkan terima kasih jugak pada Pengarah dan AJK Aktif Program Majlis Buka Puasa 4 Mekah atas Majlis Iftar yang Super Duper Awesome ni!! Dalam Majlis ni, telah tercipta satu memori gembira buat Ain dan Ain takkan lupa sampai bila-bila pun...Thanks, you guys!!!!















09 July 2013

Selamat Berpuasa Semua!





Hai, semua

Wah! Pejam celik pejam celik , kita dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah, bulan Ramadhan kita dapat bertemu jua. Azam untuk bulan Ramadhan kali nie, Ain nak buat banyak pahala. Impian Ain yang utama bagi bulan Ramadhan tahun ni, Ain nak khatam Al-Quran. It's mean Ain nak start pada 1 Ramadhan Insyaallah habis pada 30 Ramadhan ni...haha..Jadi, korang tolong doakan Ain ye...

Well, bulan Ramadhan tahun ni Ain rasa lain sikit since abang-abang Ain semua tak ada kat rumah. alalala..sedih kan bunyi nya? Macam mana lah abang-abang Ain kat tempat pengajian diorang. Mesti makanan berbuka diorang tak sesedap Ain yang makan kat rumah ni. Almaklumlah, kalau jadi pelajar U ni kena jimat-cermat sikit..hahaha....

Pastu, Ain rasa bulan Ramadhan ni bawa banyak kebaikan kat Ain selain buat perkara wajib dan sunat Ramadhan. Tak faham? Maksud Ain, ramadhan ni bagi Ain peluang untuk menghafal subjek arab Ain since tahun ni Ain ada peperiksaan SMU. Insyaallah, Ain akan sedaya upaya bangun awal sebelum sahur maybe pukul 3.30 kot untuk menghafal. Seriusly, tolong doakan Ain ek? hihihi..


Akhir kata, Ain nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada terasa dengan Ain. Semoga kita dapat banyak manfaat dan pahala pada bulan Ramadhan kali nie...Yang penting ibadat tu kena ikhlas..And semoga Ain dapat bangun awal pagi untuk menghafal.....Amin ~ ~


Selamat Berpuasa!!


13 June 2013

Gathering at Marry Brown!





Hai, semua!

Ahaha..seperti biasa blogger Ain Syahirah ni yang ketinggalan zaman ni dan yang always updated blog lambat nak share something dengan korang semua..ahaha..Pada cuti panjang pertengahan tahun hari tu antara 27-31 Mei, Ain dan kawan-kawan pergi isi perut dan have some good memory di Marry Brown! Ya, Marry Brown! Seronok sangat! Sir Hasnizam, cikgu bahasa Inggeris kitorang yang paling sportting belanja kitorang makan di Marry Brown tauu ~ ~ So, kat sini Ain nak bagi amaran kat korang jangan jelezz bila tengok gambar - gambar kitorang kat bawah ni.. *ahaks


Ni masa kat kantin sekolah, tengah tunggu van sekolah..That's me, Ain (hijau) dan Blogger Anis..


 Amacam? Profesional tak Ain pegang kamera tu? ahahaha....




Comel tak kak ton?

Tadaa..Kitorang dah sampai kat Marry Brown!!




 Sebelum makanan sampai, kitorang bergambar dulu bajet kiut-miut..ahahaha...


Hija dan Hauraq , anak Sir tengah main di playground MB

Bergambar di Playground MB..Omeyyy!! <3





Hmm..nak makan apa ek?? Semua bessttt!!


 Yeyyhhhh! Makanan kitorang dah sampai..



Nakal betul anak Sir ni kacau Ain makan...ehehehe...

 Me and Basirah <3

 
 "Why you look at me like that, Basirah? Sorry minum air awak..."



Ini  keturunan kaum adam. Semua macho-macho.Yang baju Biru tulah Sir Hasnizam kitorang yang sportting sangat-sangat. Sir dan ustaz Zaki lah yang belanja kitorang Marry Brown ni...Thanks !!

Memang best sangat-sangat makan MB lagi-lagi dengan kawan-kawan. Semoga tahun depan Sir belanja kitorang makan MB lagi ek.....kikikiki... XD


Target kitorang tahun ni 10 MUMTAZ dalam SMU...Amin..........