30 November 2012

Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online dan SMS





Keputusan PMR dijangkakan akan keluar dalam tempoh 20- 25 Disember 2012. Semakan boleh dibuat secara Online mahupun SMS.

Untuk SEMAK KEPUTUSAN PMR SECARA ONLINE bolehlah masuk terus ke link ini
---> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Untuk semak keputusan PMR secara SMS pulak, anda boleh mengikut arahan dibawah :

Semak Keputusan Secara SMS

- Semakan SMS : Taip PMR (Angka Giliran) dan hantar ke 15888

- Contoh : PMR BA1234567 hantar k 15888


Credit : FUH!!

Good Luck kepada budak-budak PMR!! To me also... haha



23 November 2012

SNSD – Flower Power English Lyrics

SNSD Flower Power



English Translation:

A weekend of midnight light and darkness
Dance floor, scream and shout, it’s just raw human nature
I better dodge, with an eye to eye, it’s the border of an opportunity
The love I found when playing was a fruitless flower

Ah ah ah I’m not gonna
Ah ah ah I’m not gonna

Become the beat, feel the cheers in your ears, I’m telling you, it’s a fruitless flower
Don’t you wanna try having an open dream Do you wanna be my lover

The pushing, glittering glass wall
In the infinite bubbles are shadows and girls
The bursting, diminishing love
Shined in a dazzling light

Everyone is a spider pretending to be a butterfly
Sweet smell and flavor
Spider pretending to be a butterfly
The color that deceives the heart

Flower, a fleeting love
Flower, has bloomed suspiciously

Put on a mask, erase yourself, that’s correct human nature
Your true self can dance, a laser that cuts the night
I can’t get used to it, I can’t do it, a fruitless flower
Even she’s smiling, the people I serve, Do you wanna be my lover?

Do you wanna be my lover?
Do you wanna be my lover?

The pushing, glittering glass wall
In the infinite bubbles are shadows and girls
The oriented, perfect vortex
Shined in a dazzling light

Everyone is a spider pretending to be a butterfly
A trap of sweet words
Spider pretending to be a butterfly
The pretense you caught is also a trap

Flower, The fluttering flower
Flower, Bloomed suspiciously

Some people want to get swung around
Don’t stop DJ, go like this all night
I want to forget everything from the days
An enemy spreading invisible wings

Everyone is a spider pretending to be a butterfly
Sweet smell and flavor
Spider pretending to be a butterfly
The color that deceives the heart

Flower, a fleeting love
Flower, has bloomed suspiciously
Flower, the fluttering flower
Flower, has loomed suspiciously
Flower

22 November 2012

Fatin Liyana dalam Malaysia Hari Ini (MHI) dan Nasi Lemak Kopi O


http://4.bp.blogspot.com/-p_yhnaG9Xqw/T4ZQgssPEbI/AAAAAAAADfQ/1DtkxP4heT0/s1600/IMG_7305.JPG
Comel nyer kak Fatin Liyana! so cuuuutttttteee~ ~


Assalammualaikum, readers.

Bila sebut je nama Fatin Liyana, sapa yang tak kenal blogger Famous ni yang dah menang Best Celebrity Award, kan? Okey, even dah lama Ain dengar kak Fatin Liyana masuk TV Ain tak pernah pun tengok Kak Fatin Liyana since kemarin selepas godek-godek Encik Youtube..hahaha



Selepas menang Best Celebrity Blogger Award, Kak Fatin Liyana terus ditawarkan untuk ditemuramah di Malaysia hari Ini (MHI). Korang boleh tengok Video Kak fatin Liyana kat bawah ni. Suara kak fatin Liyana so cuuuuuuttteeeeeeee!! Awww~ Awww~ First time Ain dengar suara kak Fatin Liyana.

Oh, ya! Sebelum tengok Video ni, anda dinasihatkan pause dulu lagu dalam Blog Ain nie,okey? sebab ia akan menganggu anda dalam menonton video ni..hehehe..sorry for the song..:D 


 

Selain itu, Ain jugak ada dengar kak Fatin Liyana ditemuramah dalam Nasi Lemak Kopi O TV9. Terus Ain pergi cari Video tu di YOUTUBE. Letih lah jugak..habis satu badan Encik Youtube Ain pergi geledah. Akhirnya, jumpa jugak  Nak tergelak jugak lah Ain bila tengok video Nasi Lemak Kopi O tu. Dengan kak Fatin Liyana yang tersipu malu sebab kena usik dengan Abang Fizo, AG dan sapa sorang lagi tu,,hehehe tak ingat, korang pergi tengok sendiri lah Video tu Ni dia kt bawah ni :




AG tak habis-habis potong percakapan Kak Fatin Liyana. Kak Fatin Liyana nak cite pasal dia punya life pun tak boleh sampai kak Fatin Liyana cakap " Tu lah. Saya tak boleh nak cakap sebab awak potong percakapan saya". Tapi, still BEST and SPOTTING! Lucu pun ada. Kadang-kadang Ain kesian jugak tengok Kak Fatin Liyana bila AG tengok gambar Kak Fatin dalam blog and then dia cakap" Emm lain lah..nampak lain.." Kak Fatin Liyana just rileks je.. Ain tabik Kak Fatin Liyana...hehehe




 Sapa yang nak pergi Usha blog kak Fatin Liyana, dipersilakan  pergi link blog ni ye -> Kak Fatin


Apapun, Video Encik Yotube tu Ain kredit kepada : http://blog.puncakmedia.com

sebab dia yang record dan upload di Youtube. So, say Thank You to http://blog.puncakmedia.com



16 November 2012

Blin.gd jana pendapatan yang lebih lumayan!




Assalammualaikum,

Selepas Churp-Churp dan Nuffnang, Ain juga nak perkenalkan korang semua dengan Blingd. Memang betul! Dengan Blin.gd, kita dapat pendapatan yang lebih lumayan. Tak caya? Meh tengok yang Ain punya Blin.gd. Setakat ini, dalam Blin.gd Ain dapat :





Okey, sikit je tu..Berminat tak nak join Blin.gd nie? Berminat? Angkat kening anda..hehehe #gurau je..Meh Ain nak ajar cara join Blingd. Caranya simple je dan so-so-so EASY.

First, pergi link nie --> BLIN.GD

Seterusnya, tengok gambar kat bawah ni ek? hihihi :




Cuma perlu klik 'Sign In Facebook' atau 'Sign In with Twitter'

Then, Ia akan keluar macam kat gambar kat atas ni. So, Klik ' Go To App'.

 Klik 'Allow' ye..

 
 Seterusnya, Klik 'Profile'



Isi segala maklumat yang diorang nak. kepada adik-adik yang tak ada akaun bank dan no. akaun tu. Meh Ain nak ajar TRICKS sikit..


'Bank Name' tu Isi MAYBANK.
'Account Holder' isi NAMA KORANG
'Account Number' tu pulak isi --> 1050-6070-8021

atau ikut korang lah nak isi nombor apapun. asalkan 12 digit ye..SAVE!

Tapi, ingat! Bila korang nak CASHOUT tu, kenalah tukar dengan no.akaun yang betul. kang tak dapat duit tu sedih pulak nanti. Tricks tu, Ain just nak share kepada budak-budak yang tak ada akaun bank lagi. Okey, Semoga Berjaya!









13 November 2012

Bapa Saudara kahwin di Johor!




         Hai, sorry belakangan ni Ain kurang updated blog. Ain kena ikut keluarga Ain pergi Johor sebab bapa saudara Ain nak kahwin. Baru semalam sampai di Gua Musang kira-kira pukul 2 pagi. Memang penat sangat. Ni pun masih terasa lagi. Rasa nak sambung tidur je..hehehe
Bapa saudara Ain orang Kelantan dan kahwin dengan orang Johor. Tu pasal dia kahwin kat Johor. Meh nak cite pasal Bapa saudara Ain nak kahwin ni.

         Bapa saudara Ain ijabkabul pada 10/11 pagi Sabtu di Masjid Muhajirin, Pasir Gudang, Johor. Pada hari tu jugak, seramai 10 pasangan pengantin yang akan diijabkabulkan termasuk bapa saudara Ain dengan isterinya. Ramaikan?

       Ain dengar sehari sebelum tu dah 9 pasangan didijabkabulkan di masjid tu jugak. First time Ain tengok orang ijabkabul seramai macam ni. Umi Ain cakap dia buat nikah ramai-ramai ni supaya senangkan kerja tukang nikah tu. Tak lah tukang nikah tu susah-susah pergi rumah pasangan pengatin tu satu per satu.

Ain panggil bapa saudara Ain Pak Su Ju. Dia nia anak bongsu adik-beradik Umi Ain. Pak Su Ju akan kahwin dengan kak Farah. Sekarang boleh panggil kak Farah dengan panggilan Cik Su...hehehe

Majlis yang Ain hadiri ialah :   1) Majlis Akad Nikah
                                             2) Majlis Malam Berinai
                                             3) Majlis Bersanding dan Kenduri


                               Ni masa dalam masjid tunggu tuk nikah buat persiapan.

                      Ramai kan pengantin? Cer bilang..semuanya ada 10 pasangan pengantin.


 


              Wah!! Pasangan pengantin yang sejoli dan amat padan bagai pinang dibelah dua..Ceehhhh!

                                  
                         


                                    Bergambar bersama dengan pengantin perempuan

Okey, that's me with my cousin after akad nikah..muahehe

             This scene semasa bersiap sedia nak pergi Majlis Malam Berinai pada waktu malam lepas Maghrib.


                                          Ini dia pasangan pengantin barunya..Tahniah!


                                       Ini Majlis Malam Berinai pada waktu malam.


      Mak saudara, Cik Ngah sedang renjis air inai.


                                                   Berarak ke rumah pengantin perempuan.


                                   Ada tarian Melayu, belakang tu tempat makan-makan.

                                       Ini lah Majlis Bersanding nyer..Blue colour.....^ O ^


That's all. Memang Best sangat. Akhir sekali, Ain nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pak Su Ju dan Cik Su. Semoga berbahagia dan kekal buat selama-lamanya...hihihi .Kbai






07 November 2012

Tips Meningkatkan Traffic Blog






 Hai, today Ain nak kongsi sikit tips menaikkan traffic blog daripada pengalaman Ain blogging dari dulu hingga sekarang.



1) Pertama sekali, blogwalking. Kalau nak banyak pengunjung di blog, kenalah  blogwalking di blog orang dan jangan lupa tinggalkan link blog di Shoutbox.


2) Post atau Entry yang di tulis tu kenalah bernas dan terkini. Tulislah post/entry yang berguna untuk para pembaca seperti Tutorials, Tips dan hal-hal yang terkini. Jangan sesekali tulis perkataan yang singkat. Contohnya, perkataan 'dalam' tulis 'dlm'. Para pembaca memang tak suka dengan cara penulisan seperti itu kerana sukar difahami dan menggangu pembacaan mereka.


3) Jalinkan hubungan dengan para blogger. Ini memang kena buat! Apabila kita mesra dengan blogger-blogger lain, mereka akan sentiasa hendak tahu pasal perkembangan terkini tentang kita. Macam sahabat, kita mesti nak tahu sahabat kita sihat ke tak, apa yang sahabat kita lalui dan apa perkembangan mereka. Untuk menjalinkan hubungan dengan para blogger lain, kita kena lah selalu lawat dan komen blog mereka atau say hello di shoutbox mereka dan puji mereka sikit-sikit. Kita juga boleh pi say hello dan chat dengan mereka di Facebook.


4) Join Giveaway, Contest dan turut serta dalam Segmen. Ini cara yang penting jugak. Kita kena lah beri support kepada blogger lain dengan join GA, contest dan Segmen mereka. Secara tak langsung, hubungan sesama blogger tu terjalin.


5) Always Online. Kita kena lah selalu online dan update blog. Setiap hari, sekurang-kurangnya satu post/entry perlu di 'Publish'. Ni tidak biarkan sunyi je..


6) Jaga sikap dan kata-kata. Jangan terlibat dengan pergaduhan dengan blogger lain. Kalau blogger lain marah, cepat-cepat minta maaf walaupun kita tak salah. Dan jangan menipu dalam buat Contest atau Giveaway. Dan satu alagi yang paling penting : Kena hormat blogger yang lebih tua dengan panggilan kak atau abang.





Semoga tips ini dapat membantu anda dalam meningkatkan traffic blog anda. Kbai......Have A nice day!   :D







Mengapakah kita menangis apabila memotong bawang?








Today, Ain nak kongsi kenapa kita menangis masa potong bawang? Ain always crying pasal ni..hehe...


Sebenarnya kita bukan menangis ketika memotong bawang, tetapi bawang menghasilkan sejenis bahan kimia yang merengsakan ketika dipotong menyebabkan kita mengalirkan air mata.
          Bahan tersebut yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata.
          Justeru itu, apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan terbebas ke udara dan menukarkan sulfoksida (asid amino) bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil.
        Ia seterusnya bertukar menjadi syn-propanethial-s-oxide dan apabila ia terbebas ke udara lalu bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.
        Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata, kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.




Credit : Estidotmy








06 November 2012

Tips menghilangkan sedu





Anda pasti berasa tidak selesa apabila mengalami sedu, kadang-kadang anda mungkin tertekan dengannya. Oleh itu, di sini Ain ingin berkongsi tips bagaimana nak hilangkan seduan ni. Let'go!

1) Macam mana Sedu berlaku?

Sedu itu berlaku apabila otot diaphgram mengecut secara tidak terkawal diikuti dengan penutupan peti suara (vocal cord) lalu menyebabkan bunyi "hic" dikeluarkan. Ia terhasil apabila saraf vagus dan phrenic dirangsang.


2) Apakah punca berlakunya Sedu?

1. Menelan terlalu banyak udara
2. Ketawa terbahak-bahak
3. Makan secara lahap
4. Minum tidak berhati-hati

5. Berasa bimbang
6. Rasa Teruja

3) Cara hilangkan Sedu

 -   Sedu dapat dihentikan dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. Oleh itu, antara cara untuk meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita ialah dengan :


 1. Tahan nafas selama 20 saat kemudian hembus dengan perlahan-lahan.
    --Aktiviti ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita.

 2. Tarik nafas, hembus nafas berunglang kali.
    -- Hal ini, agar pernafasan kita berjalan dengan lancar seterusnya menghilangkan seduan ni.

3. Selain itu, bernafas dalam beg plastik selama 1 minit.
   -- Kaedah ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan




4. Minum segelas air.
 --Aktiviti ini adalah cara yang paling popular di amalkan oleh orang ramai . Minum Air dapat
merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.




5.  Buat  Terkejut.
  ---Aktiviti ini perlu dilakukan oleh pihak kedua.  Contoh, kawan anda mengalami sedu, anda perlu buat dia terkejut dengan mereka cerita seperti " Rumah awak terbakar tadi!!" , " Ada polis cari kau lah tadi!!" .
Hal ini berkesan kerana, orang yang mengalami sedu tu akan terkejut dan melupakan sedu itu buat seketika.






Okey, that's all tips yang Ain nak bagi kali ni. Harap anda  tidak stress dengan sedu. Kbai..:D





10 Tip Atasi Tekanan




Kehidupan dan tekanan merupakan sesuatu yang sinonim. Apa yang penting kita bijak menangani tekanan secara positif setiap kali kita mengalaminya. 10 tip dibawah akan membantu kamu untuk menghadapi tekanan yang kamu hadapi. Pasti selepas ini tekanan tak jadi masalah utama kamu.



1) Pertamanya kamu perlu bersyukur dengan apa yang kamu ada. Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain kerana setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri.


2) Setiap kali kamu berasa tertekan, dengarkan muzik dan lagu-lagu kegemaran kamu. Tak perlu malu jika ingin turut menyanyi lagu yang kamu dengar itu. Kamu tentu akan berasa lega.


3) Setiap kali bangun daripada tidur, jangan lupa katakan sesuatu yang positif untuk diri kamu sendiri.


4) Mulakan hari kamu setiap hari dengan sarapan yang berkhasiat. Pasti hari-hari yang kamu lalui berjalan dengan lancar.


5) Setiap kali berasa tertekan, tarik nafas kamu dalam-dalam kemudian lepas secara perlahan. Ulang kaedah tersebut dua hingga tiga kali. Perasaan kamu pasti lebih selesa selepas itu.


6) Kamu bertanggungjawab untuk menjadi seperti apa yang kamu mahukan. Maka itu jangan kusutkan fikiran kamu dengan hal-hal lain. Fokus pada keinginan kamu dan pasti tekanan tidak menghantui kamu.

7) Luahkan perasaan kamu kepada kawan setiap kali kamu mempunyai masalah. Jangan pendam kerana ia bakal memberikan lebih tekanan kepada kamu.


8) Luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan dengan keluar bersiar-siar atau bersenam. Cara tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang kamu hadapi.


9) Mandi juga dapat mengurangkan tekanan dalam diri kamu. Jika di rumah kamu ada tab mandi, berendamlah di dalamnya dan tenangkan diri kamu.


10) Tidur yang cukup juga penting untuk kamu menghilangkan tekanan. Semasa tidurlah otak kamu akan berehat daripada memikirkan tentang masalah yang dihadapi. Tentunya apabila bangun, kamu akan berasa
lebih segar.






Diharap Tip-tip tersebut dapat mengurangkan tekanan yang kamu hadapi. Terima Kasih kerana membaca. Credit to Bintang Kecil.


04 November 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012



Hai, girls, boys and everyone..

Hari nie Ain nak kongsi sikit pasal Hari Raya Aidilfitri 2012 Ain. Walaupun dah lama berlalu, Ain nak tulis jugak pasal ni. nak! nak!

Pada tahun ini, Ain dan keluarga pi solat sunat raya Aidilfitri. Baguskan? Hehehe.....Selepas tu, kita menjamu selera. Sebelum ni, Ain memang teringin sangat nak makan kek lapis masam manis. Finally masa hari raya, Ain dapat makan jugak. Bapa saudara Ain yang bawa pulang dari Johor. Memang sedap kek lapis masam manis ni....


Ni yang part best sekali nak cite ni, selepas makan tu, seluruh keluarga Ain bergambar. Sambil tu Ain sempat jugak usik sepupu Ain yang paling kecil. Nama sepupu Ain tu Arfah Zulaikha. Panggilan comel dia Fafa. Baru umur 2 tahun.






                                   Abang Ain tu siap ready poses lagi. Tapi, Ain usik budak Fafa tu pulak.



                                          Tema warna raya keluarga Ain tahun ini ialah warna kelabu.

                                           Yang ni keluarga Cik Ngah ( Mak saudara).

                                  Yang ni pulak keluarga Cik Ma ( Mak saudara )





                                                      Me and my beloved Mother


                                                          Banyaknya budak-budak.




 Selain tu, kitorang jugak pi lawat Pantai. Almaklum lah, kampung Ain hampir dengan pantai. Memang Best! Sebab tu, bila kawan-kawan Ain melawat pantai, diorang akan cakap Awesome dan menakjubkan. Tapi, Ain lihat pantai rasa biasa je.. sebab Ain selalu tengok pantai.

                                          Uyu dah ready nak poses..Tapi, tiba-tiba............

                                            Hehe..Pok Su Ju kacau Uyu nak poses.







Oh, ya! Tak sempat nak beritahu. Masa malam sebelum raya, kita orang ada buat Barbeque! Best sangat-sangat. Ain dan keluarga pi bakar 'Sate' atau 'satay' dan ayam...hehehe


                                              Me yang pakai pink tu..huhuhu







Kbai....:D