17 December 2012

Bercuti ke Cameron Highlands!



Google search
Hai, semua!

Okey, Ain mengaku memang Ain dah lama tak update post about my personal story. Setiap hari asyik duk update pasal Giveaway je. Kalau tak Giveaway, asyik updated pasal Segmen..Mesti boring kan? So, inilah dia post about my personal story...hahaha..

Okey, beberapa hari lagi tamatlah cuti sekolah dan akan masuk tahun baru. Berkesempatan ini, Ain dan keluarga cuba lah menghabiskan beberapa saki baki cuti dengan bercuti ke Cameron Highlands. Woww!! Excited tak baca pasal ni? Cameron Highlands tu.....Sebenarnya Cameron Highlands tu dekat je dengan rumah Ain. Jalan beberapa langkah sampai lah..okey, Ain tipu je tu..hahaha. Serius ni, memang dekat tapi taklah jalan beberapa langkah dah sampai. Hanya mengambil masa 1 jam je untuk ke Cameron Highland.

Best tu memang best. Sebenarnya, ada saudara-mara datang rumah dan tidur semalaman di rumah Ain. Dioranglah yang bercadang nak bercuti ke Cameron Highlands. So, abah Ain nie pun rasa dah alang-alang diorang nak ke Cameron Highlands tu apa salahnya kita pergi join mereka jugak. Dekat pun dekat.

Itulah citenya. Kalau saudara-mara Ain tu tak datang rumah Ain, tak merasa lah Ain buah strawberry dan jagung manis kat Cameron Highlands.


Ini lah dia Strawberry yang Ain beli di Cameron Highlands....:D
  
Okey, that me and my sister, Uyu (Adik) tengah promote Strawberry..hahaha  :D


Itu ialah barang yang Ain beli kat Cameron Highlands. Amacam? Comel tak?


Inilah dia keychain yang Ain beli di Cameron Highlands. Comel tak?

Keychain ni lah yang Ain paling suka sekali sebab diperbuat dari kain Felt dan sangat-sangat comel..

Sikit je gambar? Memang arr..sebab Ain tengah sibuk shopping kat pasar dengan saudara-mara Ain sampai tak sempat nak bergambar kat pasar Cameron Highlands tu. Sorry ek...Sepupu Ain kan, Kak Nasuha cakap " Ain ni mesti dapat 9A PMR......." <--time berbual dengan dia. Kak Nasuha ni berumur 16 tahun sekarang ni. Satu tahun lebih tua dari Ain. Ain memang respect giler dengan Kak Nasuha ni. Sebab apa? Sebab time UPSR, dia dapat 5A. Tahun lepas PMR, kak Nasuha dapat 9A. Wahh!! Memang bijak lah kak Nasuha nie.....Ain harap dapat 9A PMR seperti dia pada 19 Disember ni ..Amin ~ ~

Ni berita sedih Ain dapat tahu. Semalam, ibu kawan Ain, Amirul Nasiruddin atau Ain panggil dia Udin meninggal dunia. AL-FATIHAH..Beberapa hari lagi nak ambil result PMR, mak dia meninggal. Sedih sangat-sangat. Kalau Ain jadi tempat dia, memang Ain sedih sangat-sangat.  Semoga roh mak dia dicucuri rahmat Allah..Amin ~ ~


2 comments:

Anis Diyana said...

i'm pity for udin too :'(

ain,wahhh best tengok!Nak keychain satu,hihi xD

Nurain Syahirah said...

Okey, nanti Ain bagi Anis keychain Felt Craft kat sekolah nanti :D

hehehe...:D