07 November 2012

Tips Meningkatkan Traffic Blog






 Hai, today Ain nak kongsi sikit tips menaikkan traffic blog daripada pengalaman Ain blogging dari dulu hingga sekarang.



1) Pertama sekali, blogwalking. Kalau nak banyak pengunjung di blog, kenalah  blogwalking di blog orang dan jangan lupa tinggalkan link blog di Shoutbox.


2) Post atau Entry yang di tulis tu kenalah bernas dan terkini. Tulislah post/entry yang berguna untuk para pembaca seperti Tutorials, Tips dan hal-hal yang terkini. Jangan sesekali tulis perkataan yang singkat. Contohnya, perkataan 'dalam' tulis 'dlm'. Para pembaca memang tak suka dengan cara penulisan seperti itu kerana sukar difahami dan menggangu pembacaan mereka.


3) Jalinkan hubungan dengan para blogger. Ini memang kena buat! Apabila kita mesra dengan blogger-blogger lain, mereka akan sentiasa hendak tahu pasal perkembangan terkini tentang kita. Macam sahabat, kita mesti nak tahu sahabat kita sihat ke tak, apa yang sahabat kita lalui dan apa perkembangan mereka. Untuk menjalinkan hubungan dengan para blogger lain, kita kena lah selalu lawat dan komen blog mereka atau say hello di shoutbox mereka dan puji mereka sikit-sikit. Kita juga boleh pi say hello dan chat dengan mereka di Facebook.


4) Join Giveaway, Contest dan turut serta dalam Segmen. Ini cara yang penting jugak. Kita kena lah beri support kepada blogger lain dengan join GA, contest dan Segmen mereka. Secara tak langsung, hubungan sesama blogger tu terjalin.


5) Always Online. Kita kena lah selalu online dan update blog. Setiap hari, sekurang-kurangnya satu post/entry perlu di 'Publish'. Ni tidak biarkan sunyi je..


6) Jaga sikap dan kata-kata. Jangan terlibat dengan pergaduhan dengan blogger lain. Kalau blogger lain marah, cepat-cepat minta maaf walaupun kita tak salah. Dan jangan menipu dalam buat Contest atau Giveaway. Dan satu alagi yang paling penting : Kena hormat blogger yang lebih tua dengan panggilan kak atau abang.





Semoga tips ini dapat membantu anda dalam meningkatkan traffic blog anda. Kbai......Have A nice day!   :D







No comments: