06 November 2012

Tips menghilangkan sedu





Anda pasti berasa tidak selesa apabila mengalami sedu, kadang-kadang anda mungkin tertekan dengannya. Oleh itu, di sini Ain ingin berkongsi tips bagaimana nak hilangkan seduan ni. Let'go!

1) Macam mana Sedu berlaku?

Sedu itu berlaku apabila otot diaphgram mengecut secara tidak terkawal diikuti dengan penutupan peti suara (vocal cord) lalu menyebabkan bunyi "hic" dikeluarkan. Ia terhasil apabila saraf vagus dan phrenic dirangsang.


2) Apakah punca berlakunya Sedu?

1. Menelan terlalu banyak udara
2. Ketawa terbahak-bahak
3. Makan secara lahap
4. Minum tidak berhati-hati

5. Berasa bimbang
6. Rasa Teruja

3) Cara hilangkan Sedu

 -   Sedu dapat dihentikan dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. Oleh itu, antara cara untuk meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita ialah dengan :


 1. Tahan nafas selama 20 saat kemudian hembus dengan perlahan-lahan.
    --Aktiviti ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita.

 2. Tarik nafas, hembus nafas berunglang kali.
    -- Hal ini, agar pernafasan kita berjalan dengan lancar seterusnya menghilangkan seduan ni.

3. Selain itu, bernafas dalam beg plastik selama 1 minit.
   -- Kaedah ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan




4. Minum segelas air.
 --Aktiviti ini adalah cara yang paling popular di amalkan oleh orang ramai . Minum Air dapat
merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.




5.  Buat  Terkejut.
  ---Aktiviti ini perlu dilakukan oleh pihak kedua.  Contoh, kawan anda mengalami sedu, anda perlu buat dia terkejut dengan mereka cerita seperti " Rumah awak terbakar tadi!!" , " Ada polis cari kau lah tadi!!" .
Hal ini berkesan kerana, orang yang mengalami sedu tu akan terkejut dan melupakan sedu itu buat seketika.






Okey, that's all tips yang Ain nak bagi kali ni. Harap anda  tidak stress dengan sedu. Kbai..:D





14 comments:

Tihara said...

as salam

akak just buat mcm nak muntah, alhamdulillah hilang :)

Nurain Syahirah said...

ooo..Ain pun nak try buat macam tu jugaklah..:D
Thanks for kongsi..

Azahra Jamaluddin said...

thanxs for the share..:)

Nurain Syahirah said...

you're welcome, kak Azahra!! :D

~kL said...

Kudos! :)

sapp stabstone said...

bangun tidoq tadi terus sedu tak henti2 nak p keja pun tensen sampai sakit kepala...alhamdulillah follow tips ni hilang sedu...dah la bulan posa...ketaq pala dok pikiaq nak minum ayaq ja dari tadi...thanks for the tip!!

Hajar Haibara said...

terima kasih! selalu minum air panas.tapi skarang kan pose.so x boleh minum air..hehe :)

hunny_adda said...

Thanks tau..sgt brgna..nk tido tbe2 sedu..follow je tips ni trus hilang..thanks again..

Ijam Lancer GTR said...

Huhu..sya gune cara yg tahan nafas 20s tu trus hilang...dh setengah jam dh sedu smpai sakit dada...thanks..

Fairuz Abdullah said...

Saya guna yg 20 saat dah hilang dah sedu tadi . Thankss yeaa !! 😊

Fairuz Abdullah said...

Thanks !! Sangat berkesan cara yg 20 saat tu . Now i can hve a better sleep 😊

Hafiz Koscielny said...

Thanks..mujarab..lama jugak la tahan nafas bagi hilang sedu..hehe

Hafiz Koscielny said...

Thanks..berkesan..

MOHD.FAIZAL YUSUF said...

Tq... Nice petua... Settle masalah sedu