07 November 2012

Mengapakah kita menangis apabila memotong bawang?








Today, Ain nak kongsi kenapa kita menangis masa potong bawang? Ain always crying pasal ni..hehe...


Sebenarnya kita bukan menangis ketika memotong bawang, tetapi bawang menghasilkan sejenis bahan kimia yang merengsakan ketika dipotong menyebabkan kita mengalirkan air mata.
          Bahan tersebut yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata.
          Justeru itu, apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan terbebas ke udara dan menukarkan sulfoksida (asid amino) bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil.
        Ia seterusnya bertukar menjadi syn-propanethial-s-oxide dan apabila ia terbebas ke udara lalu bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.
        Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata, kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.




Credit : Estidotmy








3 comments:

~AmyLiana86~ said...

nice info.. =)

Nurain Syahirah said...

Thank You :D

Kuchiki EnnaMoon said...

asid amino. bukankah itu basic unit of protein?
so, bahan kimia ni dari asid amino rupanya. tengs for the info :D