13 November 2012

Bapa Saudara kahwin di Johor!




         Hai, sorry belakangan ni Ain kurang updated blog. Ain kena ikut keluarga Ain pergi Johor sebab bapa saudara Ain nak kahwin. Baru semalam sampai di Gua Musang kira-kira pukul 2 pagi. Memang penat sangat. Ni pun masih terasa lagi. Rasa nak sambung tidur je..hehehe
Bapa saudara Ain orang Kelantan dan kahwin dengan orang Johor. Tu pasal dia kahwin kat Johor. Meh nak cite pasal Bapa saudara Ain nak kahwin ni.

         Bapa saudara Ain ijabkabul pada 10/11 pagi Sabtu di Masjid Muhajirin, Pasir Gudang, Johor. Pada hari tu jugak, seramai 10 pasangan pengantin yang akan diijabkabulkan termasuk bapa saudara Ain dengan isterinya. Ramaikan?

       Ain dengar sehari sebelum tu dah 9 pasangan didijabkabulkan di masjid tu jugak. First time Ain tengok orang ijabkabul seramai macam ni. Umi Ain cakap dia buat nikah ramai-ramai ni supaya senangkan kerja tukang nikah tu. Tak lah tukang nikah tu susah-susah pergi rumah pasangan pengatin tu satu per satu.

Ain panggil bapa saudara Ain Pak Su Ju. Dia nia anak bongsu adik-beradik Umi Ain. Pak Su Ju akan kahwin dengan kak Farah. Sekarang boleh panggil kak Farah dengan panggilan Cik Su...hehehe

Majlis yang Ain hadiri ialah :   1) Majlis Akad Nikah
                                             2) Majlis Malam Berinai
                                             3) Majlis Bersanding dan Kenduri


                               Ni masa dalam masjid tunggu tuk nikah buat persiapan.

                      Ramai kan pengantin? Cer bilang..semuanya ada 10 pasangan pengantin.


 


              Wah!! Pasangan pengantin yang sejoli dan amat padan bagai pinang dibelah dua..Ceehhhh!

                                  
                         


                                    Bergambar bersama dengan pengantin perempuan

Okey, that's me with my cousin after akad nikah..muahehe

             This scene semasa bersiap sedia nak pergi Majlis Malam Berinai pada waktu malam lepas Maghrib.


                                          Ini dia pasangan pengantin barunya..Tahniah!


                                       Ini Majlis Malam Berinai pada waktu malam.


      Mak saudara, Cik Ngah sedang renjis air inai.


                                                   Berarak ke rumah pengantin perempuan.


                                   Ada tarian Melayu, belakang tu tempat makan-makan.

                                       Ini lah Majlis Bersanding nyer..Blue colour.....^ O ^


That's all. Memang Best sangat. Akhir sekali, Ain nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pak Su Ju dan Cik Su. Semoga berbahagia dan kekal buat selama-lamanya...hihihi .Kbai






No comments: