06 November 2012

10 Tip Atasi Tekanan




Kehidupan dan tekanan merupakan sesuatu yang sinonim. Apa yang penting kita bijak menangani tekanan secara positif setiap kali kita mengalaminya. 10 tip dibawah akan membantu kamu untuk menghadapi tekanan yang kamu hadapi. Pasti selepas ini tekanan tak jadi masalah utama kamu.



1) Pertamanya kamu perlu bersyukur dengan apa yang kamu ada. Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain kerana setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri.


2) Setiap kali kamu berasa tertekan, dengarkan muzik dan lagu-lagu kegemaran kamu. Tak perlu malu jika ingin turut menyanyi lagu yang kamu dengar itu. Kamu tentu akan berasa lega.


3) Setiap kali bangun daripada tidur, jangan lupa katakan sesuatu yang positif untuk diri kamu sendiri.


4) Mulakan hari kamu setiap hari dengan sarapan yang berkhasiat. Pasti hari-hari yang kamu lalui berjalan dengan lancar.


5) Setiap kali berasa tertekan, tarik nafas kamu dalam-dalam kemudian lepas secara perlahan. Ulang kaedah tersebut dua hingga tiga kali. Perasaan kamu pasti lebih selesa selepas itu.


6) Kamu bertanggungjawab untuk menjadi seperti apa yang kamu mahukan. Maka itu jangan kusutkan fikiran kamu dengan hal-hal lain. Fokus pada keinginan kamu dan pasti tekanan tidak menghantui kamu.

7) Luahkan perasaan kamu kepada kawan setiap kali kamu mempunyai masalah. Jangan pendam kerana ia bakal memberikan lebih tekanan kepada kamu.


8) Luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan dengan keluar bersiar-siar atau bersenam. Cara tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang kamu hadapi.


9) Mandi juga dapat mengurangkan tekanan dalam diri kamu. Jika di rumah kamu ada tab mandi, berendamlah di dalamnya dan tenangkan diri kamu.


10) Tidur yang cukup juga penting untuk kamu menghilangkan tekanan. Semasa tidurlah otak kamu akan berehat daripada memikirkan tentang masalah yang dihadapi. Tentunya apabila bangun, kamu akan berasa
lebih segar.






Diharap Tip-tip tersebut dapat mengurangkan tekanan yang kamu hadapi. Terima Kasih kerana membaca. Credit to Bintang Kecil.


No comments: