30 April 2012

Perdana Menteri akan datang Gua Musang!



Wah!! Ain betul-betul excited nak tengok PM. Ya lah, beliau kan pemimpin negara kita. Beliau akan merasmikan Program Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Pusat Sivik.

Sekarang nie, Ain perhatikan, dah banyak kereta. Dalam radio pun ada diwar-warkan. Ramai jugak DJ radio yang nak datang. Ain rasa, mesti masuk TV3..hehehe...Abah Ain cakap, selepas ni mesti sesak bandar Gua Musang sebab ramai yang datang. YB, YAB, Dato', Datin semua datang.

For your information, Karnival BRIM ini diadakan selama 3 hari. bermula dari 3 Mei hingga 5 Mei. Pada 5 Mei nanti lah, PM datang pada pukul 4ptg lebih..Cehh..tahu belaka Ain..

Pada 3 Mei, rasanya ada buat sukan rakyat dan sukaneka. Malam tu ada Forum (Ceramah)..
Then, pada 4 Mei ia adakan Pameran produk 1Malaysia.
Finally, 5 Mei perasmian dan ada persembahan.
Macam tu lah aktivitinya, kalau tak silaplah...hehehe..Ain pun tahu daripada Radio FM.

Time nak balik rumah, Ain mesti akan tengok kat Pusat Sivik. Dah banyak khemah yang didirikan. Malangnya, tak sempat nak ambil gambar sebab abah pandu cepat sangat.

So, kat sini Ain nak ucapkan " SELAMAT DATANG KE GUA MUSANG, PERDANA MENTERI"

No comments: