11 April 2012

EXPDC Mendaki Gua Musang




Assalammualaikum,

       Walaupun letih selepas  balik dari mendaki  gua, Ain gagahkan jugak diri Ain untuk menaip Post kali nie. Habis lebam badan Ain nie sebab gelongsor waktu nak turun bukit.

 Meh Ain cite dari awal hingga akhir. Ain dan kawan-kawan kena berkumpul di kantin sekolah dulu. Masa tu lebih kurang pukul 9pg. Selepas semua peserta datang, cikgu suruh kitorang duduk dalam kumpulan masing-masing. Ain dalam kumpulan 5 sekali dengan Zara, Hanan, Aidah, Amal, Suzi, Najwa, Zulaikha, Hanisah dan adik Ain, Uyu. Ramaikan? Semua sekelas dengan Ain, 3 Mekah. Jadi, kitorang memang 'galak'. Asyik suka-suka je masa nak daki gua tu. Diorang ada juga cakap pasal "Kalau ada orang jatuh, hanya 2  perkara perlu buat. Iaitu, tengok dan suka." LOL, memang kelakar ayat tu.


Selepas siap berada dalam kumpulan masing-masing, kitorang berjalan kaki dari sekolah ke Stesen kereta api lama. Kat situ, ada sikit taklimat. Kitorang pulak sibuk bergambar. Biasalah, budak remaja sekarang nie, suka bergambar je.. LOL..hehehe







Sebelum masuk gua kita kena ikut jalan 'kaki bukit' Memang banyak pokok kat situ. Ain pulak sibuk duk perhatikan seluar trek Ain ni, takut pacat bertenggek kat seluar Ain. I really hate you, lintah!  Pacat dengan lintah jenis yang sama kan? Oooo...Whateverlah!



Lepas tu, kitorang terpaksa mengharungi pintu gua yang tersangat sempitnya. Finally, Ain dah sampai dalam gua. Cerahlah jugak dalam gua tu sebab ada lubang besar yang membenarkan cahaya matahari masuk. Ceh..Klassnya ayat Ain...hehehe





Kat dalam gua tu, kitorang terpaksa tunggu beberapa minit, tunggu giliran nak panjat cerun yang licin. Kan malam tu kan hujan, jadi, cerun jadi licin sikit. Kitorang kena panjat cerun tu one by one dengan guna tali. Nak selamatlah katakan.....

Masa tu lah, tapak kasut sukan Ain nie tercabut sebelah, lepas tu sebelah lagi. Sedih sangat-sangat masa tu. Tak dapat dah Ain nak imagine macam mana rasa kaki Ain masa tu. Time tu jugaklah kitorang nampak buaya. Buaya tu gigit kaki Hanan. Kaki Hanan pun berdarah. Okey, Ain reka cite....huhuhu.....Sowwy....
Actually, kita just nampak batu yang bentuknya macam buaya.



Then, kitorang masuk dalam gua tu. Masa tu gelap sangat-sangat. Tak nampak apa-apa pun. Nasib baik Ain bawak lampu suluh. But, Hanisah mintak nak pegang. Ain just bagi kat dia tanpa pikir apa-apa pun. Hanisah jalan lambat sekali dengan Amal, Hanan, Aidah,dan Zara. Ain kat depan. So, Ain terpaksa melangkah dalam gelap. But, nasib baik Amalin dengan Haifaa pimpin tangan Ain. Thanks you guys.

Kemudian, kitorang nampak cahaya. But, kitorang terpaksa mengharungi satu cabaran lagi iaitu, panjat dinding gua guna tali. Memang mencabar sangat. Kesian kat Amalin, dia beberapa kali jatuh sebab tergelincir.




Lepas tu, kitorang meneruskan perjalanan dengan mendaki gua bertemankan pokok-pokok kecil. Ada jugak pokok yang berduri. Kesian kat Zulaikha, tangan dia luka sebab kena batang pokok berduri tu lah. Hish! Bad Tree! You're really bad tree!




Panjat punya panjat, finally sampai jugak di puncak gua. Alhamdulillah, Ain memang teruja sangat tengok Bandar Gua Musang dari atas. Semuanya nampak kecil je macam model bangunan. Memang menakjubkan ciptaan Allah! Apalagi, kitorang pun bergambarlah. Tahu tak? Senior lelaki pasang bendera PAS kat puncak tu. Jadi, sapa yang tinggal di Gua Musang yang nak tahu puncak mana kita sampai, cari bendera PAS...huhuhuhu








Kat atas tu, Ain just makan Roti Coklat. Air botol yang Ain minum rasa sedap sangat-sangat. Lama jugak duduk di puncak gua tu. Rasa-rasanya dekat 45minit.


Finally, tiba masa kitorang turun gua. Masa turun gua memang mencabar sangat. Kitorang terpaksa turun sambil duduk untuk seimbangkan badan takut  tergelincir. Eka hampir-hampir tergelincir. Jadi, Eka pun gelonsor. Habis kotor baju dia.

Hanisah pulak sempat nyanyi lagu "Siapa rasa gembira, tepuk tangan." Pak! Pak! <--bunyi tepuk tangan. Time tu, Ain sempat rakam diorang nyanyi. Tengok kat YOUTUBE ye....





Masa sampai kawasan gelap dalam gua yang Ain cite tadi, budak laki duduk bertenggek atas batu. Actually diorang nak usik budak perempuan dengan pura-pura jadi hantu. You know, tempat tu kan gelap. Turun punya turun finally, kitorang sampai jugak di stesen kereta api. Then, kitorang pun ambil nasi bungkus dan air botol. Sebenarnya, kitorang cadang nak pi KFC, but kitorang cuma bawak duit sikit je..Then, abah Ain sampai. THE END

P/S : Panjangnya ayat Ain. First time buat post panjang macam ni..hehehehe....Kbai. Nak urut kaki dengan ubat TYT. Tangan Ain nie pulak habis merah sebab gatal.

No comments: