04 February 2012

About me




Selamat Datang ke Blog Ain. Terima Kasih..Ain betul-betul hargai korang yang nak tahu tentang diri Ain nie..Okey, Let's Start....


     Nama penuh Ain ialah Nurain Syahirah Binti Ismail. Ain sekarang berumur 15 tahun dan bersekolah di Maahad Muhammadi Gua Musang, Gua Musang, Kelantan. Ain lahir pada 15 Februari 1997 di Hospital Serian, Sarawak. Ain ada 5 orang adik beradik dan Ain anak ke-3. Cita-cita Ain ialah ingin menjadi Wartawan. Makanan kegemaran Ain ialah nasi ayam manakala minumannya pula Air Teh.

      Abah Ain bernama Ismail Bin Nor, bekerja sebagai Guru Sejarah Tingkatan 6 di SMK Tengku Indra Petra (1). Um Ain pula bekerja sebagai Guru BM Tingkatan 1,2 dan 3 di SMK Tengku Indra Petra (2).

      Perwatakan Ain ialah ceria dan suka menyakat orang terutama kawan-kawan Ain. Ain suka dengan orang yang nak kawan dengan Ain. Nak nombor telefon tak? Hmmm......Tak payahlah, nanti benda lain pulak jadi. Ain juga suka baca Komik Gempak Starz.

      Ain juga minat artis-artis Korea sebab Tarian dan Lagu diorang best.. Muka diorang pun comel-comel. Group yang Ain paling minat sekali ialah Girls Generation/SNSD. Yang Kedua : Super Junior. Yang Ketiga : U-Kiss. Yang keempat : Kara

     Kawan yang Ain paling rapat ialah Anis Diyana dan Nur Basirah. Sebenarnya, Ain rapat dengan semua orang. Ain tak ada Boyfriend dan sama sekali tidak berminat. Ain tak berapa rapat dengan budak lelaki dalam kelas Ain, 2 Mekah, tapi diorang ada lah jugak usik Ain dengan kawan-kawan. Bukan 'usik' lebih kepada 'bergurau'. Selalunya, Basirah lah yang 'sound' atau balas balik. Mereka jenis berdebat. Ain diam je..Kalau diorang usik, Ain senyum je...kadang-kadang ada lah 'sound' sikit...hahahha.......

      Ain mula Blogging pada 27 Mac 2011. Jadi, Insyaallah tahun depan Ain akan buat Contest ' 1st Aniversary Nurain Syahirah's Blog' kalau di Translate kan ialah Contest ' UlangTahun Pertama Blog Nurain Syahirah.

      Ain kan anak cikgu, jadi Ain mementingkan pelajaran. Kerja sekolah, Ain akan pastikan ia nya siap. Dalam peperiksaan, kedudukan Ain selalunya diantara no.1 hingga 5.

     Blog Ain nie lebih kepada tentang diri Ain iaitu tentang apa yang Ain lalui dalam kehidupan seharian. Oh, Ya! Hari Jumaat dan Sabtu, Ain memang tak gunakan Internet sebab pada hari tu, Ain kena buat ulangkaji dan latihan semua matapelajaran dengan buku latihan peribadi yang Umi Ain beli. Maksudnya, Ain buat latihan sendiri dan tak ada kena mengena dengan sekolah. Ataupun, Ain buat Folio, Ain kemas rumah, kemas bilik, Ain basuh baju dan seumpamanya......

       Setakat itu je yang Ain boleh ceritakan diri Ain kat korang. Cuma satu je yang Ain perlukan dari korang iaitu Support Ain dan always lah visit Blog Ain. Terima Kasih kerana membaca 'Page About Me'. Ain betul-betul hargai nya......^^v


P/S : Thank You, Reader.......^_^



No comments: