27 October 2011

First Tagged

Assalammualaiku, readers

    Ada orang tagged Ain lah. Ini kali pertama tau. Thank You Aisyah sebab Tagged Ain. Ini syarat-syarat nya :

Rules:
You must post these rules.
Each person post 11 things about themselves in their journal.
Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
Go their page and tell them you have tagged him/her.
No tag backs. No stuff in the tagging section about ' You are tagged when you're reading this' you legitimately (have to tag 11 people)

11 Things about myself :
-Nama penuh Ain ialah Nurain Syahirah
-panggil Ain atau nama penuh. Tak suka panggil Syahirah.
-Umur 14 tahun
-Tinggal di Gua Musang, Kelantan
-Lahir di Sarawak
-Pernah melancong ke Medan, Indonesia bersama keluarga
-Suka makan Chicken Chop
-Benci semua budak lelaki dalam kelas (2Mekah)
-Suka warna pink-purple
-Minat K-pop
-Mempunyai anak2 yang cute (anak pokok)

11 soalan tagged:
1) Ada pakwe? :Tak ada
2) Sayang tak dia? : -
3) Bila lahir? : Saya lahir pada 15 Feb 1997
4) Pen atau pensel? : Pen
5) Adik beradik? : 5 orang
6) Jantina kamu? : Perempuan
7) Online guna apa? : Laptop
8) Impian hidup? : Ingin  menjadi perempuan anak solehah yg di berkati Allah.
9) Minat lagu apa? : Semua lagu Girls Generation.
10) K-pop lover ke tak? : Ya
11) Suka huruf A atau B? : Suka huruf A

OKey, sekarang soalan saya:
1) Minat Beast? Kenapa?
2) Minat Girls Generation? Kenapa?
3) Apa yang awak tahu tentang saya (Nurain Syahirah)?
4) Apa tujuan awak buat Blog?
5) Pernah melancong ke luar negara?
6) Nak jadi kawan saya tak?
7) Apa yang awak  tahu tentang Super Junior?
8) Apakan lagu terbaru SNSD selepas lagu Hoot?
9) Awak minat lagu Inggeris ke Melayu?
10) Bila hari lahir awak?
11) Pernah tak melawan cakap ibu?

Sekarang masa tagged orang, saya tagged :

 Nurul Atikah
Syarafana Elya
 Yosh Sajidah
 Nurul Atikah
 Nur Nabila
 Nurul Hanisah
 Azwa Akma
 Akira

21 October 2011

Freebies : Cheer doodle


Assalammualaikum, readers.

Today, Ain nak beri korang doodle. Ini doodle kedua yang Ain buat sendiri. Yang sebelum nie, Ain ambil dari Games. Doodle pertama yang ialah gambar kat atas tu ..

Okey, inilah doodle kedua yang Ain maksudkan tu..Kalau korang nak ambil, credit to Ain ye..:



http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/yellow.png

http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/red.png

http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/pink.png


http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/pinky-1.png
http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/oren.png


http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/light.png


http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/green.png



http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/blue.png

14 October 2011

Hari Akhirat








Sumber ni, Ain copy dari Facebook..Ain harap korang dapat manfaat dari bacaan nie..^_^




1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~

//Subhanallah, takutnya >.<

09 October 2011

Tutorial : Daftar Churp-Churp

Assalammualaikum,

Sekarang nie, Ain sibuk mempromosikan iklan Churp Churp..Jadi, mungkin, korang akan dapat Kiriman Pautan di dinding Facebook korang...Ayatnya, berbunyi macam nie :


Click here untuk tahu pasal Minuman Nescafe dan vote untuk design mereka :http://www.churpchurp.com/nurain-syahirah/share/nescafe-chillah-voteClick ye....^_^ Saya menunggu....:)

Jadi, Ain harap korang jangan marah..Memang macam tu, kalau masuk Churp Churp. Kita kena promosikan iklan Churp Churp pada semua kawan Facebook Kita. Kalau kongsikan iklan tu di dinding kawan Facebook kira lebih baik lah..Churp Churp memang menggalakkan macam tu pun..

So, Let's Start. 


2) Kemudian, link itu akan keluar macam nie :


3) Jadi, korang click di tempat yang anak panah tunjuk tu, dan sign in Facebook korang. 

4) Siap! Senangkan....^_^


Kebaikan Churp :
Churp Churp lebih untung berbanding dengan Nuffnang dan Heartbeat kerana :
Nuffnang : Setiap click , anda akan perolehi RM yang berbeza.
Heartbeat : Setiap click, anda kan perolehi RM0.04
Churp Churp : Setiap click, anda akan perolehi RM0.20

Di sini Ain ada senaraikan Kempen yang Ain sertai di Churp Churp. Kalau korang click Ain akan dapat RM0.20..Ain akan hargainya...amat menghargainya..^_^ 
1) Daftar Churp-Churp kat sini...Click here ^_^
2) Invent your own games by Milo Click here
3) Be a Genie today! Grant that wish to someone. Click here












06 October 2011

Cute Freebies




Assalammualaikum,

Hari nie, Ain nak bagi Freebies kat korang. Kalau korang rasa cute, ambil lah..Jangan lupa Credit ye.

http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/doodleNini.png
       
http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/doodleNana.png
           


http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/linny.png 



http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/Amir.png



http://i1193.photobucket.com/albums/aa355/nurain2/Riny.png

Ain Credit to The Games 

My Teacher


Assalammualaikum,

Ain rasa nak terharu sangat apabila Teacher Ain halalkan hutang buku yang Ain tak sempat nak bayar. Thank you, teacher. Sarange...Jadi, ini rupanya kebaikan FB. Ain dapat berhubung dengan Teacher.

You are bad Oppa T^T

Assalammualaikum,




Oppa, you are a bad Oppa.
You say you forget her...
You say you were alone...
Why are you meeting that Unnie?
Oppa ! You are a really bad person..
You really don't know my feeling..
Please believe in me..
I can be good too....
Oppa, don't treat me like a baby

       Sedih nya....Best betul lagu nie. Vocal Seohyeon, Jessica dan Tiffany memang hebat.. Disebabkan lagu nie best, Ain letak lagu nie dalam blog Ain.. Harap korang Enjoy...^^

Antara banyak-banyak k-pop group, Ain paling minat Girls Generation. Super Junior  the second

04 October 2011

Keputusan Peperiksaan

Assalammualaikum,

       Selepas sekian lama menunggu dan menanti, akhirnya Ain dapat jugak tahu keputusan peperiksaan Ain. Ujian kali nie Ain dapat no.3 dalam kelas. Tapi, perkara macam no.3 atau kedudukan kita dalam kelas sebenarnya tak penting. Yang penting berapa A kita dapat??  Kan? Kan? Hah! Kalau nak tahu Ain dapat berapa A, tengok sendiri ye..:



       Sebenarnya kan, time exam tu, Ain malas nak menghafal subjek-subjek bahasa arab. Contohnya, Akhlak. Cuba korang tengok keputusan Ujian Akhlak Ain..Memang teruk kan? hihihi..

     


Why Internet kat rumah Ain nie lembab sangat..Nak Upload gambar pun susah..*_*