29 June 2011

Ain akan pergi lawatan ke Universiti Malaya Nilam Puri



          Besok Ain akan pergi lawatan ke Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Ain betul-betul excited. Ain dah tak sabar dah nie.Ain dah packing semua barang yang perlu Ain bawa nanti kat sana. Telefon, duit, baju, kain tudung dan kain solat, semua dah ada dalam beg. Selepas lawatan ke Universiti Malaya, Ain dan kawan-kawan boleh pergi shopping di Tesco. Ain dah janji dengan Anis nak makan KFC sebab kami dah lama teringin nak makan ayam goreng. Tapi, Ain sedih sangat sebab Basirah tak dapat ikut kami makan KFC. Hanan dan Aishah pun tak dapat ikut kami pergi lawatan sebab ibubapa diorang tak bagi. Apapun, kat sana nanti, Ain nak ambil gambar kawan-kawan Ain dan guru-guru Ain. Semoga Ain dan kawan-kawan selamat dalam perjalanan nanti. Doakan Ain ye.....^^


          Untuk pengetahuan korang, kelas Ain ( 2 Mekah ) tiap-tiap tahun akan buat lawatan. Tahun lepas dah buat lawatan di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Baharu.




P/S : Suzi, telefon Ain dah penuh dengan lagu Girls Generation. Sabar ye..Nanti, kita sama-sama dengar dalam bas nanti...^^

28 June 2011

SNSD : Pembedahan Plastik ...

                                                                                          
        Sejak kali pertama Ain tengok video clip Hoot, terdetik dalam hati Ain yang Sooyoung paling cantik. Dan Ain pun buat kesimpulan sendiri yang Sooyoung semakin membesar menjadi seorang artis yang cantik berbanding ketika umurnya 17 tahun iaitu semasa SNSD First debut, Into The New World. Sebab dalam Video Clip Into The New World, Sooyoung nampak hodoh lah jugak..hahaha...sikit je tau....Tapi, sangkaan Ain tu meleset bila Ain dapat tahu Sooyoung buat pembedahan plastik.. patutlah muka dia nampak cantik dan manis. Ain ada baca satu artikel pasal seorang wartawan bertanya tentang pembedahan plastik yang dibuat oleh Sooyoung. Korang nak tahu Sooyoung jawab apa???? Sooyoung jawab " Salah ke, kalau seorang artis membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan dirinya bagi peminat-peminatnya ?"

        Tapi, walauapapun, Ain masih tetap jadi peminat mereka. Sebab lagu mereka semuanya best. Berusaha, SNSD !


P/S : Tak sabar nya Ain nak pergi lawatan ke Universiti Malaya, Nilam Puri..:)

26 June 2011

Tutorial : daftar dan buat akaun Heartbeat.

           Ain nak ajar bagaimana nak daftar akaun dengan Heartbeat. Tapi, sebelum tu, Ain nak credit Tutorial ni pada Kak Lyssa. Sebab Gambar dalam tutorial nie Ain ambil dari blog Kak Lyssa. Ain ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Kak Lyssa. Sebab Kak Lyssa, Ain sekarang dah ada akaun Heartbeat. Jadi, Ain nak kongsi tutorial nie dengan korang.

First Step : Korang Click banner di bawah nie dulu :




2. Then , korang ikut step picture kat bawah ni :


Click icon Heartbeat


Klik Create Account


*Lepas Klik "Create Account" , korang kena isi maklumat yang diperlukan..
klik Continue


*Klik Join HB!Affiliate


*Scroll ke bawah dan cari "Online Application" seperti dalam gambar atas nie.
kemudian , Klik dia.



 Selepas korang click tadi , satu borang untuk isi maklumat akan keluar.
Then , selepas sudah isi , korang kena nyatakan korang nak pembayaran tu melalui apa..
Lepas tu , TICK I agree .. Dan tekan Continue



Seterusnya , korang bolehlah tekan MY HB!Affiliate



 Klik Get Code



 korang pilih lah shape banner yang korang nak guna.
Copy Code Banner



 Seperti biasa pergi ke :   Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript > paste kat ruang      kosong tu..



               Siap.....

P/S : Step picture dalam Tutorial nie semua nyer Kak Lyssa punyer...Sebab kalau Ain buat gambar Tutorial nie, Ain akan ada satu lagi akaun Heartbeat...:)

21 June 2011

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun

       Actually Ain malu nak tunjuk keputusan peperiksaan Ain sebab Ain takut ada di antara korang nanti cakap Ain ' budak tak pandai'. Ain tak nak. Ain tak nak. Yang pasti, lepas korang tengok result Ain, korang nilai sendiri lah Ain nie pandai atau tak. Korang jadi 'penilai' Ain, okey ??



           Macam mana ?? Apa pendapat korang tentang Ain ?? Ain dapat nombor 2 dalam kelas..

13 June 2011

Marry Me, Mary



            Sebenarnya, Ain baru je selesai buat blog untuk umi Ain tentang sewa kedai yang Umi Ain punya. Sekarang, Ain baru boleh blogging. Kalau nak pi tengok blog umi Ain click here...  Bagus kan Ain, siap promote lagi. huhuhu  ;) Oh! Baru Ain ingat, korang tahu kan drama Naughty Kiss dah tamat.. Ain cuma nak beritahu drama Marry Me, Mary!  yang akan ganti cite Naughty Kiss tu....Ain dah tengok dah drama tu di KBSW..Best !!! Cuma Ain ada lawat satu blog. Tuan punya blog tu cakap akan ada drama Personal Taste di TV8. Tapi, Ain tak tahu pukul berapa?? Kalau tuan punya blog tu baca entry Ain nie? Beritahu Ain ye...



P/S : Anis, kenapa tak datang sekolah??  Ada cikgu syak awak nak lari dari kena rotan..( Ustaz Tarmizi)

10 June 2011

Tutorial letak lagu dalam blog.

           Sekarang Ain nak ajar korang masukkan lagu dalam blog. Mula-mula korang pergi ke link nie. Click sini ye...

            Kemudian, ia akan keluar macam nie :


                      Search lagu yang korang suka di ruang yang ditunjukkan oleh anak panah hijau tu. Then, ia akan keluar senarai lagu. Korang pilih lah antara banyak-banyak lagu tu. Lepas tu, cari Embed Options.  Macam gambar kat bawah nie :

                                    
                           Copy code yang ada dalam kotak macam gambar kat atas nie.

                           Seperti biasa ikiut step nie : Dashboard> Design> Add Gadget
dan paste kat dalam ruangan kosong tu....

                            Siap...Preview dulu ye....

Buat halaman blog di Facebook



          Ain nak ajar korang macam mana nak buat halaman facebook. Mula-mula sign in FB korang. Then, korang cari ayat Buat Halaman di bawah sekali. Macam gambar nie :

           

            Click di ayat Buat Halaman tu. Then, ia akan muncul macam gambar di bawah nie :



                 Kemudian , ia akan muncul 6 kotak kesemuanya. Pilih yang Ain tunjuk dengan anak panah tu ye...Yang ada bentuk love tu....takkan tak nampak....Lepas tu, isi apa yang dia nak.
                
                 Ingat halaman yang  Ain tunjuk tu untuk buat halaman blog...Enjoys

Free Cute Font.

           Hari ini mood Ain baik sikit. Jadi, Ain nak kongsi link font yang comel-comel dengan korang. Nak ke tak ni ?? Okey.. kalau nak link tu, click sini ye...

            Dan pandai-pandai lah download ye..... Bye...

Letak Saving Energy Mode.

            Lama dah Ain tak buat tutorial.. Now, Ain nak ajar letak Saving Energy Mode. Seperti biasa, ikut step nie  :     1. Dashbord> Design> Edit HTML
           
                2. Then, cari code di bawah nie dengan menggunakan ctrl+ f  :

             <head>

              Kalau dah jumpa paste code nie di bawah <head> :

                   <script language="javaScript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js"></script>

                    Sekarang siap......Enjoys....



Thank You !

 


            Thank You, Anis Nutella sebab edit blog Ain. Ain betul-betul hargai nya. Love you..Ain ingat lagi dalam kelas, Anis cakap " Ain tak update pun blog Ain.". Jadi, Ain pun blogging lah hari ini. Terima kasih jugak pada korang yang follow Ain. Ain hargai sangat. Ain janji akan follow balik ye.. dan  lawat lah blog Ain selalu ye....

03 June 2011

Seronok Melancong di Medan !!!!

    

     Seronok tau, melancong di Medan. Tapi, yang paling seronok dapat naik kapal terbang. Best sangat-sangat. Actually, Medan tu bandar yang agak tak menarik.Kalau nak dibandingkan dengan KL, rasa-rasanya KL lebih menarik. Sebab Kat sana, ada juga orang yang tidur tepi jalan, penjual pun jual sambil merayu ' beli lah, bang....' macam tu lah contoh rayuan diorang. Kesian kat Abah Ain. Sebenarnya, Umi Ain yang beria-ria sangat nak ke Medan sebab nak pergi lawat Lake Toba. Seronok jugak lawat Lake Toba sebab Ain dapat pengalaman naik bot besar, bukan bot kecil okey??

      Selepas tu, dapat makan makanan mewah yang sedap-sedap. Oh! Ain dah rasa Mi Bakso. Tak lah sedap sangat. Mi Bakso tu macam Mi sup kat negara kita je..Ice Milo, kat Medan panggil Milo dingin.
Ain rasa, yang paling seronok dapat naik Kapal Terbang. Biasa lah , orang macam saya memang 'darat'...
Apa pun, Ain bersyukur sebab Ain dah ada gambar family Ain..Senang lah Ain nak buat Folio pasal keluarga Ain....Alhamdulillah....

      Hari last, Ain dan keluarga pergi shopping di Medan Mall. Kat sana, Ain beli beg duit baru...yeyyy !! Happy nyer...Sekurang-kurang nya Ain ada barang dari Indonesia. Harga beg duit tu ialah :  65000 rupiah tau
That All pengalaman Ain......