06 September 2011

Sambut Hari Raya dengan keluarga..

Assalammualaikum,


       Macam mana dengan Hari Raya korang?? Best tak?? Meh Ain cite pasal Hari Raya Ain..Tema warna keluarga Ain ialah warna Biru. Tapi, Ain pakai baju warna lain sikit, iaitu warna light blue. Keluarga Ain pakai warna biru yang gelap sikit.. Kalau tak percaya tengok gambar bawah nie :



  Hah! Teka yang mana 'Ain'. Alah! Yang pakai baju warna light blue tu..Yang solehah tu..(Perasan)




  Pada pagi raya, Ain tolong Umi sediakan makanan. Kaum lelaki pergi solat raya. Ain tak pergi sebab Umi Ain tak pergi. Ain ikut Umi Ain...hehehe..Ain kan anak umi.

   Selepas siap solat, adik-beradik Ain pun salam dengan Abah. Termasuk sepupu Ain. Kemudian, Ain dan keluarga menjamu selera : makan sate dan nasi beriani.




   Sedang kami menjamu selera, datang lah sekumpulan budak yang nak beraya ( actually nak duit raya ^^) hihihihi. Ain pun tolonglah hidangkan Air sirap untuk budak-budak tu..Umi Ain asyik tanya " Anak sapa nie??" " Nama mak awak apa?'....
" Rumah kat mana?"....

   Kemudian, keluarga Ain pun bergambar bersama. Lepas tu, keluarga Ain pun pergi melawat nenek sebelah Abah Ain di PCB, Pantai Cahaya Bulan.

   Hari raya kali nie, Ain dapat duit raya : RM106.00, gembiranya.......^^

P/S : Post ini Ain tulis sebab nak jawab soalan Shin Lee nie : Thank You..

No comments: