22 August 2011

Majlis Berbuka Puasa 2 Mekah 2011




Assalammualaikum....


Ain gembira sangat sebab Majlis Berbuka Puasa kali nie berjalan lancar dan sangat meriah. Untuk pengetahuan semua, Majlis Berbuka Puasa 2 Mekah 2011 ( MBP 2 Mekah 2011 ) telah diadakan pada 10 Ogos 2011 bersamaan dengan 10 Ramadhan 1432 Hijrah. Ramai guru lelaki datang ke kelas Ain. Antaranya ialah Ustaz Abidin, Ustaz Tarmizi, Ustaz Aizat, Sir Hasnizam dan banyak lagi. Tapi, guru perempuan seorang pun tak hadir. Kawan Ain cakap guru perempuan selalunya ada anak dan keluarga. Jadi, diorang lebih mengutamakan keluarga mereka.

      Ain kan dah janji nak share gambar dengan korang semua. Jadi, ketika dalam kelas, Ain tak habis-habis ambil gambar dan rakam. Sehingga kawan-kawan Ain pun ada marah-marah sikit sebab diorang tak suka Ain ambil gambar diorang. Ustaz Ain pun ada cakap : " Kenapa ambil gambar Ustaz?"

Apa-apa pun..Jom, tengok gambar yang Ain ambil.

# Suasana ketika menghidang :






# Suasana Ketika Berbuka :





   
         Menu makanan utama Majlis Berbuka Puasa ialah Nasi Kerabu Ayam Bakar, Air Sirap bandung dan Air Teh panas. Korang tahu tak Ain digelar 'Wartawan 2 Mekah' sebab Ain asyik pegang kamera dan ambil gambar je..( Cita-cita Ain nak jadi Wartawan)

        Ain ambil gambar sebab nak share dalam blog dan Facebook. Lagipun, semua gambar kawan Ain comel-comel belaka.

 6.00 :    Ain menghidang makanan. ( Ain banyak ambil gambar)
7.30 :     Guru-guru berbuka puasa dan menjamu selera. Time nie, semua budak perempuan pergi solat maghrib dulu
8.00 :     Selepas siap solat Maghrib, semua budak perempuan pergi makan dalam kelas. Time nie, guru-guru lelaki dan semua budak perempuan pergi solat Maghrib.
9.00 :      Ain dan kawan-kawan solat Terawih di Masjid sekolah.
9.50 :      Ain berbual dengan kawan-kawan sambil tunggu Abah Ain datang.
10.00 :    Balik rumah.....

        Ketika menghidang satu kejadian telah berlaku, iaitu nasi tumpah :



 Ini ialah gambar-gambar budak-budak 2 mekah :







 
                             ( Ini gambar Guru Kelas Ain )




                             ( Ini gambar Kawan Baik Ain, )
                               Anis dan Basirah.......





 Best sangat-sangat sebab nie First Time Ain solat Terawih. Tahun lepas lagi Ain nak solat Terawih. Akhirnya, Impian Ain tercapai jugak....



P/S : Ain dapat Handphone SAMSUNG ( Screen Touch). Warna pink pulak tu...Cute sangat-sangat.. Ain akan ceritakan di next post ye.....Happy nyer.....^_^




1 comment:

✿atikah✿ said...

comeynya blog adik..jeles tengok..he