23 August 2011

HandPhone Baru !





Assalammualaikum...............

            Walaupun Ain ada sakit hati sikit dan perasaan Tegang (menyesal) akibat kejadian yang berlaku kat sekolah Ain hari nie, Ain tetap nak tulis Entry pasal 'Happy Story'. Blog Ain nie, Ain tak nak tulis pasal 'Bad Story' atau 'unhappy story'. Ain dah tak nak fikir pasal kejadian yang berlaku kat sekolah Ain tu sebab ia buat Ain jadi 'Stress Person'. Ain tak nak jadi 'Stress Person'.

    Tapi, bila Ain teringat pasal HandPhone baru Ain tu, Ain rasa nak lompat-lompat sambil teriak " Yeeeeeyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!" . Biar satu dunia tahu....( Hyperbola)

Okey, Meh Ain cerita :

   Entah tiba-tiba Abah Ain cakap ada telefon Screen Touch yang murah kat sebuah kedai. Dan abah Ain tanya " Ain nak telefon tak?". Tanpa segan silu, Ain cakaplah nak. Jadi, Abah Ain belikan lah untuk Ain HandPhone SamSung Screen Touch. Warna pink pulak tu...Cute sangat-sangat..Kad sim tu pulak, Abah Ain beli yang U-Pax punyer ( Celcom). Korang tahukan, yang U-Pax tu tak ada tarikh tempoh sehingga kita berumur 25 tahun? Jadi, Ain happy sangat-sangat..

     Tapi, Ain dah setkan untuk diri Ain yang Ain tak boleh bergayut atau mesej setiap hari terutama main COLONY macam remaja sekarang. Ain always dengar Abah dan Umi Ain nasihat Abang Ain ( Syahir ). Abang Ain tu dah ada girlfriend. Telefon dia selalu kat tangan dia. sebentar-sebentar bunyi mesej masuk.

    Ain pun tekad tak nak jadi macam tu.. Jadi, kalau kawan-kawan Ain nak call atau mesej, Ain akan jawab atau balas pada hari Sabtu dan Jumaat je..Sebab time tu, Ain benarkan diri Ain guna telefon. Selain daripada tu, tak dibenarkan kecuali kecemasan atau urusan tertentu. Ain nak ada pendirian Ain sendiri..





P/S :  Hari Raya dah semakin hampir...Tak sabar rasanya...^^ Selamat Hari Raya !!


No comments: