29 June 2011

Ain akan pergi lawatan ke Universiti Malaya Nilam Puri



          Besok Ain akan pergi lawatan ke Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Ain betul-betul excited. Ain dah tak sabar dah nie.Ain dah packing semua barang yang perlu Ain bawa nanti kat sana. Telefon, duit, baju, kain tudung dan kain solat, semua dah ada dalam beg. Selepas lawatan ke Universiti Malaya, Ain dan kawan-kawan boleh pergi shopping di Tesco. Ain dah janji dengan Anis nak makan KFC sebab kami dah lama teringin nak makan ayam goreng. Tapi, Ain sedih sangat sebab Basirah tak dapat ikut kami makan KFC. Hanan dan Aishah pun tak dapat ikut kami pergi lawatan sebab ibubapa diorang tak bagi. Apapun, kat sana nanti, Ain nak ambil gambar kawan-kawan Ain dan guru-guru Ain. Semoga Ain dan kawan-kawan selamat dalam perjalanan nanti. Doakan Ain ye.....^^


          Untuk pengetahuan korang, kelas Ain ( 2 Mekah ) tiap-tiap tahun akan buat lawatan. Tahun lepas dah buat lawatan di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Baharu.




P/S : Suzi, telefon Ain dah penuh dengan lagu Girls Generation. Sabar ye..Nanti, kita sama-sama dengar dalam bas nanti...^^

No comments: