20 April 2011

Korea..

Assalamualaikum, semua

Disebabkan minat korea, saya berusaha juga malam nie untuk mencari maklumat tentang Korea..Sekarang saya dah jumpa maklumat tu....Jadi, saya nak kongsi dengan korang.

Sapa-sapa yang minat artis Korea tu, perlu tahu tentang negara Korea..kalau tak, rugi tau.....

Nama "Korea" diambil dari nama kerajaan Goryeo (935-1392) dan Goryeo telah mengambil namanya dari kerajaan Goguryeo yang ditubuhkan sebelumnya.
Dalam bahasa Korea, negara itu dalam keseluruhannya dikenali sebagai Chosŏn (Hangul: 조선, Hanja: 朝鮮) oleh Korea Utara dan Han-guk (Hangul: 한국, Hanja: 韓國) oleh Korea Selatan.


Korea dalam bahasa Arab bermaksud kampung...ha..ha..ha...(dari fikiran saya nie...bukan fakta...)


Pembahagian Korea

Dengan kekalahan Jepun pada 1945, kerajaan Amerika dan Soviet dengan segera menggantikan kehadiran Jepun dengan diri mereka di Korea. Kesatuan Soviet menyokong penubuhan kerajaan Korea Utara yang berfahaman komunis sementara Amerika pula menyokong kerajaan Korea Selatan. Dari 1946 hingga 1950, kerajaan Korea Selatan dengan bantuan tentera Amerika telah melancarkan beberapa kempen untuk melenyapkan unsur-unsur komunisme di negara itu. Namun kempen ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang membangkang kerajaan itu. Seramai 100,000 yang mati dalam kempen-kempen ini.
Di Utara pula, mereka yang bersubahat dengan Jepun dan juga pemilik-pemilik tanah dihukum dan dihilangkan kuasa, tanah dan kemewahan mereka. Rakyat Korea yang telah berjuang bersama China meraih kuasa dan kemasyhuran. Pada masa ini juga, Kim Il Sung memperkukuhkan sokongan yang didapatinya dan muncul sebagai ketua negara. Pada 1946, kerajaan Korea Utara merampas tanah mereka yang bersubahat dan juga pemilik-pemilik tanah yang lain dan kemudian mengagihkan tanah yang dirampas kepada para peladang untuk dikerjakan. Namun para peladang tidak memiliki tanah tersebut.


Dulu pun, saya pelik kenapa media menggunakan 'Korea Selatan' untuk artis Korea.
Contoh ayat : Yoona, artis baru Korea Selatan telah mula berjinak dengan dunia lakonan'

Rupanya, Korea terbahagi kepada dua...kesian nyer....negara tu asyik gaduh je....




Lokasi Korea

No comments: